السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sesuatu
barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi
keadaan yang menentukan nilainya. Sebatang buluh yang hanyut tiada
nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan
isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian
juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam
keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang
dahaga di padang pasir.
Demikianlah
juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia,
berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan
hanya pahala. Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka
kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar
manis muka pada saudaramu..
والله أعلمُ بالـصـواب
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDelete