Review drama : Anak Mat Salleh Tapi Melayu (2016)

Tuesday, November 22, 2016


Assalamualaikum wbt..
Untuk kali pertama saya nak review satu drama yang saya tonton kat youtube semalam.. Drama nie ditayangkan pada bulan September lepas, sempena dengan Hari Malaysia... 

Drama Anak Mat Salleh Tapi Melayu, mengisahkan  tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris: Amelia (Diana Danielle), Mary (Amelia Henderson) dan Jane (Jelita Kako) yang membesar di Chicago, USA dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan (Redzuan Hashim), bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Tok Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Tok  Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari, sebagai contoh camne cara nak bersalam dengan orang-orang yang lebih tua dan mempelajari adab-adab budaya Melayu.. Dan mereka bertiga didedahkan dengan masakan Malaysia yang selama nie mereka tak pernah menjamah semasa berada di Chicago dulu macam sambal belacan dan nasi lemak.. 

Image result for drama anak mat saleh cakap melayu

Amelia seorang gadis yang memang sukakan suasana di Malaysia, berbeza sangat dengan Mary yang sering menyebut nak balik ke Chicago sebab katanya dirinya tak sesuai berada di Malaysia, malah dia berasa bangga kerana dilahirkan di Chicago.. Manakala adik bongsu mereka Jane yang pada mulanya tak berapa suka nak tinggal di Malaysia, akhirnya dia terpaut hati pada suasana kampung..  
 
Part yang paling kelakar adalah masa babak anak2 gadis ini diajar membuat sambal belacan, oleh kerana mereka tak penah rasa sambal belacan, Tok Mah memberi mereka merasa sedikit sambal belacan... hihihi 😂berkejar2 tiga beradik nie ke sinki sebab kepedasan dan semasa mereka merasa sambal belacan, mereka menutup hidung masing2 sebab tak tahan bau belacan.. Dan bila Tok  Mah mintak mereka bercakap Jawa, secara automatik loghat Jawa dikeluarkan daripada mulut tiga beradik nie, akibat kepedasan.. hihihi..

Awak try la tengok drama nie, memang kelakar tapi ada diselitkan unsur-unsur teladan..

11 comments

  1. kelaka ni kak shikin da penah tgk, rasanya drama lama da kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yea la kot, sebab akak baru tengok kat youtube.. =)

      Delete
  2. mek tgk jugak tp tk habes. hahah. lawak citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan.. tapi Mek bleh tengok semula kat youtube.. =)

      Delete
  3. mmg lawak cerita ni, baru tengok separuh lepas tu anak dah request nak tgok ceria..acanerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kak Zie bleh tengok youtube.. =) xyah nak berebut dengan anak.. =)

      Delete
  4. Mai tengok cerita ni sekerat haritu, mmg lawak. part awal2 ja terlepas, lambat buka tv.

    ReplyDelete
  5. mesti kelakar ni, boleh tengok nanti

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧