Review : Sunk Into The Womb (2013)

Friday, November 04, 2016


Assalamualaikum wbt...
Baru2 nie masa saya godek2 fesbuk, saya ada tertengok satu filem yang di share oleh sahabat saya iaitu filem Sunk Into The Womb.. Sebenarnya filem nie dah beberapa hari dah berada dalam fesbuk dan di share oleh ramai ahli fesbuk tapi saya tak berapa nak endah sangat.. Bila baca komen2 tentang filem nie, keinginan nak tengok filem nie meluap2, sebab menurut komen2 yang saya baca ianya adalah kisah benar dan diadaptasikan dalam bentuk filem..

Filem ini mengisahkan seorang isteri bernama Yukiko menunggu suaminya Toshiya, yang tidak pulang ke rumah walaupun suaminya berjanji untuk membawa mereka sekeluarga berkelah. Anak perempuannya Sachi dan anaknya Sora menunggu dengan sabar sambil Yukiko memberitahu mereka menunggu hanya sedikit lebih lama. Yukiko cuba untuk menjadi ibu yang baik, dengan melakukan kerja-kerja rumah dan membesarkan anak-anak secara bersendirian. Walau bagaimanapun, dia mula merasakan bahawa Toshiya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, dan apabila dia balik ke rumah untuk kali pertama dalam beberapa hari, Yukiko cuba untuk menyalakan semula cintanya. Toshiya menolak dan memberitahu bahawa dia akan meninggalkan Yukiko. Selepas mereka bercerai, Yukiko mula hidup dengan anak-anaknya dalam sebuah apartment kecil. Yukiko yang berkahwin muda, tidak berpendidikan dan tiada pengalaman bekerja, memaksa dirinya untuk mengubah kehidupan.Yukiko bergelut dengan pembahagian masa antara menjaga anak-anaknya dan waktu belajar dalam bidang sijil perubatan. 


Oleh kerana kekangan kewangan dan keperluan menjaga anak, dia mengambil nasihat sahabatnya itu dan mula bekerja di sebuah kelab pada waktu malam. Semakin hari dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam, yang menjadikan dia sukar untuk dia menghabiskan masa pada kerja-kerja rumah atau anak. Yukiko perlahan-lahan mula berasa terasing daripada anak perempuannya Sachi dan dia cuba untuk menghiburkan ibunya selepas pulang lewat malam. Yukiko akhirnya terpikat dan taksub dengan pemilik kelab untuk menghilangkan kesepian diri serta kesukaran untuk membesarkan anak-anak. Satu hari, Yukiko meninggalkan rumah selepas membuat makanan untuk anak-anaknya, lari dengan seorang lelaki tanpa berfikir untuk pulang ke rumah. Manakala anak-anak kecil yang tidak dapat menyediakan makanan mereka sendiri, dibiarkan sahaja di dalam pangsapuri mereka. Sachi menenteram Sora yang menangis, cuba untuk memberi makan kepadanya. Sachi memberikan makanannya pada Sora walaupun dirinya sendiri kelaparan tapi ianya masih tak mencukupi untuk anak kecil tue... Dan sebelum dua hari sebelum hari lahir Sora, akhirnya Sora meninggal dunia akibat kelaparan. Sachi kini bersendirian, ditemani lalat yang menghurung mayat adiknya. Dia terus menunggu ibunya pulang, makan apa-apa dia boleh mencari, sama ada sisa makanan yang ditinggalkan dalam tong sampah, beras yang belum dimasak dan makanan dalam tin yang belum dibuka. Satu bulan selepas meninggalkan anak-anaknya, Yukiko tiba-tiba pulang ke rumah. Sachi menyedari ibunya pulang rumah, dengan lemah dia berjalan dan memeluk ibunya sambil berkata : "Ibu begitu lewat, tengoklah Sora yang taknak bangun-bangun..." Melihat seluruh bilik diliputi dengan sampah dan mayat anaknya yang mereput, Yukiko menjadi membisu dan menyedari tentang dosanya. Dia mencuci badan Sora yang dipenuhi dengan ulat, mengemas rumah yang penuh sampah sarap, dan kemudian membunuh Sachi dalam tab mandi, yang sebelum nie terselamat menunggu kepulangannya. Yukiko berasa amat tertekan dengan dosanya dan cuba untuk memarut kemaluan sendiri. Dia memikirkan jika dia berbuat demikian, seolah-olah dia menghukum dirinya, yang kini membawa nyawa baru dalam kandungannya.



Filem ini adalah diadaptasi kisah benar yang berlaku di Jepun, kisah seorang wanita yang begitu tertekan dengan kehidupannya yang terpaksa menjaga dua orang anak yang masih kecil setelah ditinggalkan oleh suami.. Kesian pada anak2nya yang terpaksa menjadi korban akibat perasaan tertekan ibunya dan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab pada keluarganya... hmmm macam2 dunia nie.. Sifat kasih sayang dan nilai kemanusiaan semakin hilang dalam peradaban manusia zaman nie.. 

Pada sapa2 yang belum tengok filem nie, cubalah tonton, pasti ianya akan meruntun jiwa awak, terutama pada babak2 di mana dua kanak2 nie bergelut untuk terus bernafas sambil menunggu ibunya pulang akhirnya salah sorang telah menemui ajal akibat kelaparan.. 

8 comments

  1. Bila baca sinopsis ni tak terasa ingin menonton kerana tak dapat bayangkan kesedihan dua beradik itu... :(

    ReplyDelete
  2. adehh.. cite ni dah ada tapi belum berkesempanan nak tgk,.. Nk tgk pown rasa serba salah.. Rs macam x sanggup aje..

    ReplyDelete
  3. Akak smpai harini tak berani nak tgk citer ni..takut xbleh tdo

    ReplyDelete
  4. Siqah tak berani nak tengok cter ni. Dengar kisahnya pun dah menyayat hati. Huhu.

    ReplyDelete
  5. singgah

    https://belogsjm.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. ramai jugak yang share dalam FB tentang cerita ni ...cerita ini ada dalam sub bahasa melayu, belum ada kesempatan lagi nak tengok

    ReplyDelete
  7. Bace sinopsis pn dh mnitik ayaq. Tk bleh tgk kot cite cam ni. Trgamaknya mak dia tggalkan ank dia yg tk tahu ape ape

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧