Sunyi...?

Sunday, November 06, 2016

Image result for loneliness teddy

Assalamualaikum..
Sunyi..? Apa sebenarnya yang dimaksudkan perkataan sunyi.. Mengikut definisi dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan sunyi memberi pelbagai maksud.. Contohnya tidak membuat sebarang bunyi, tidak berkata-kata, nyenyak tidur (lena) dan sepi.. 

Tapi kita lebih kenal maksud sunyi nie adalah keseorangan, yang tiada teman berbicara.. Ramai yang bertanya kepada saya, tidakkah saya berasa sunyi tanpa kehadiran suami di sisi, memandangkan kami berada jauh antara satu sama lain.? Tidakkah saya berasa sunyi takala bila sampai di rumah, tidak orang yang menyambut kepulangan saya..? Tidakkah saya berasa sunyi takala ingin makan malam berseorangan, tanpa ada seseorang yang menemani saya makan..? Itulah segala persoalan yang sering dilontarkan pada saya.. Dan inilah jawapan saya berikan setiap kali soalan itu dikeluarkan...

Bohonglah perasaan saya jika saya tidak berasa sunyi sebab itulah sifat yang Allah berikan kepada kita semua.. Setiap manusia pasti akan berasa sunyi dalam hidupnya.. Tapi macamana kita nak elak perasaan sunyi tue daripada menguasai fikiran dan kehidupan kita, semuanya atas kehendak kita sendiri.. Kalu kita biarkan perasaan sunyi tue menguasai diri, maka kita akan berasa sunyi.. Tapi jika kita menjadi ketua kepada perasaan itu, maka kita tidak akan berasa sunyi malah kita berasa lebih bersemangat dalam kehidupan.. 

Yea, adakalanya saya berasa amat sunyi, lebih2 bila berada di rumah.. Tapi saya takkan membiarkan perasaan itu menguasai diri saya, saya akan terus menghidupkan suasana riang dalam kesunyian.. Ada banyak cara untuk saya hilangkan kesunyian saya, antaranya saya akan membuat kerja2 rumah seperti mengemas rumah, membasuh baju.. Okey, yang tue terlalu biasa untuk sesiapa saja.. Lagi, cara saya hilangkan kesunyian adalah gunakan imaginasi saya untuk bermimpi walau di siang hari.. Imaginasi seolah2 saya dikelilingi ramai sahabat2 saya, dikelilingi ramai artis2 dalam dan luar negara dan dikelilingi dengan ahli keluarga dan sanak saudara... Walaupun nampak seperti halusinasi dan merepek, tapi itulah cara terapi saya hilangkan sunyi, cuma takdelah sampai terbawak dalam mimpi.. Dengan cara itu, saya akan lebih berkeyakinan pada esok hari dan dapat berkomunikasi dengan orang baru dikenali dan hingga kini saya dapat memberi perkhidmatan urut terapi.. Mesti ada yang berkata, giler ke nak berhalusinasi seperti tue..? Yea, nampak saja giler tapi sebenarnya tak pun kalu kita boleh bezakan antara mimpi dan realiti, cuma jangan benarkan halusinasi tue menguasai diri kita sepenuhnya.. 

Saya tidak menjadikan perasaan sunyi tue satu bebanan dalam kehidupan saya sebab ada cara yang lain lagi untuk hilangkan perasaan itu.. Kucing.. Yea, bermain dan bercakap dengan kucing adalah satu terapi yang berkesan untuk hilangkan perasaan sunyi, malah akan berlalu seperti angin yang menyapu di pipi.. Walaupun ada yang berkata, ianya kedengaran seperti merepek tapi terapi bercakap dengan kucing adalah cukup berkesan pada orang2 yang kesunyian.. Yea memang betul kucing tak boleh menyahut apa yang kita cakapkan pada ia, tapi kucing adalah makhluk yang bernyawa dan diciptakan oleh Allah serta mungkin ia memahami kita bercakap.. Dan mungkin ia akan mendoakan kesejahteraan kita, sapa tahu kan.. 

Terapi yang paling berkesan yang selalu saya lakukan adalah sentiasa berzikir pada Allah dan antara zikir kegemaran saya adalah Ù„ا إلهَ إلا أنتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظّالِÙ…ِÙŠْÙ†َ 
setiap kali saya berasa sunyi.. Bila saya melafazkan zikir nie, hati terasa tenang sangat dan tanpa disedari airmata mengalir di pipi.. Mengalir airmata bukanlah ada rasa perasaan sedih tapi paling nyata terasa amat tenang sekali dan terlepas segala bebanan yang berada di fikiran.. Setiap kali saya mempunyai masalah, sunyi dan sedih, saya akan letakkan tangan di dada dan lafazkan zikir kegemaran, dan seperti air mengalir perasaan itu akan hilang..


5 comments

  1. sunyi tu terkadang dtg dgn sndirinya. huhu

    ReplyDelete
  2. Sunyi apabila kita selalu berdua tiba2 keseorangan..
    Sunyi akan datang dan pergi dengan sendirinya..

    1. Guna madu lebah. Caranya: cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari.


    2. Rendam mata dalam air garam. Caranya: Buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.

    3. Guna daun sirih. Caranya: Basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Keudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik/ Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.

    4. Titiskan susu ibu ke dalam mata.

    5. Guna tuala basah. Caranya: Guna tuala yang dibasahkan dengan air sejuk dan tekapkan pada mata. Air sejuk boleh mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata.

    6. Kurangkan mengadap laptop, handphone, tv. Guna teknik 20-20 iaitu 20 minit tengok monitor dan 20 minit rehat.

    7. Cuba amalkan doakan di bawah setelah usaha-usaha di atas dilakukan.

    ReplyDelete
  3. Tkpe kak kin, skang ade hp dh :) nnt bace novel sblom tido :)

    ReplyDelete
  4. cara yg terbaik dgn berzikir dan sentiasa ingatkan Allah,sibukkan diri dgn aktiviti smasa,masak ke,menjahit ke,aktiviti yg kita suka kan..

    ReplyDelete
  5. persaan sunyi ni memang sllu ada.. bila sunyi terus hati jadi kosong.. Zikir tu mgubat nya..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧