Tazkirah malam #2

Tuesday, November 01, 2016

Assalamualaikum wbt.. sama2 kita baca dan renungkan kisah ini... Layanilah ibu bapa sebagai seorang raja, INSHA ALLAH kita akan dikurniakan rezeki bagaikan gaji seorang raja...

Image result for islamic parentsKisah ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan di Indonesia yang memiliki Syarikat Baja yg terkenal, bernama Budi Harta Winata, beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:
Jadikanlah ibu bapamu umpama Raja, maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu bagai rezeki seorang Raja”.
Pengusaha yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun bercerita lagi bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan sahabat2nya ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai melayan seorang Raja.

Image result for islamic parentsMereka menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan ibu bapa mereka melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri.
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu".
"Ibu bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita, kenapa sehingga mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan harta atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."
"Atau ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk bekerja."
"Bila keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai pembantu), maka ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu, kerana kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu, bukan gaji seorang Raja."
"Walau suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak pernah cukup pada setiap bulan."

Menurut sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700 keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti seorang Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya adalah terdiri daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya sendiri dan kurang perduli pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan jiwa menderita dengan masalah2 sampingan lain.

Image result for islamic parentsPengajaran ini diambil iktibar agar anak2 JANGAN mendekati orang tua hanya untuk mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan tenaga mereka untuk membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah.
Mari terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau pembesar negara.

Buktikan, dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja. Praktikkan seperti mana yg dianjurkan oleh Rasulallah SAW bahawa Redha Allah SWT terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki ibu.
Beruntunglah bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih BELUM TERLAMBAT untuk berbakti. Sebelum mereka kembali ke hadrat Allah SWT.

Waktu itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita dapat berbakti dengan doa yg belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum ini jadi anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha kedua-dua mereka.

WANG boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk mengasihi ibu bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan anak boleh bertambah, demikian yg wanita, suami bila mati atau bercerai boleh diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi.


3 comments

  1. What goes around comes around. Klau lyn mak ayah kt baik, sekaligus jd cntoh yg baik ntuk anak anak, and 90% ank akn cntohi :) insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Betul tu..berbaktilah kepada kedua org tua selagi mereka masih hidup kerna doa mereka amat penting buat kita... ;)

    ReplyDelete
  3. macam mn kita layan kedua ibubapa macam tu la anak2 layan kite nanti.. Wallahualam

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧