Kisah
ini dipetik daripada kisah seorang Jutawan Perniagaan di Indonesia
yang memiliki Syarikat Baja yg terkenal, bernama Budi Harta Winata,
beliau ialah Pemilik PT. Artha Mas Graha Andalan.
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:
Ketika ditanya rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi Pengusaha besar, jawabnya singkat sahaja:
“
Jadikanlah
ibu bapamu umpama Raja, maka Allah akan kurniakan rezeki kepadamu
bagai rezeki seorang Raja”.
Pengusaha
yang kini tinggal di Cikarang (Indonesia) ini pun bercerita lagi
bahawa umumnya orang yang hebat dan berjaya di kalangan sahabat2nya
ialah terdiri daripada mereka yang melayani ibu bapa mereka bagai
melayan seorang Raja.
Mereka
menghormati, memuliakan, melayani dan mengutamakan ibu bapa mereka
melebihi diri, isteri dan keluarga mereka sendiri.
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu".
Lelaki (jutawan) yang berasal dari Banyuwangi ini melanjutkan ceritanya, “Jangan perlakukan ibu bapamu seperti Pembantumu, kelak Allah akan meletakkan taraf kamu seperti seorang pembantu".
"Ibu
bapa kita sudah melahirkan dan membesarkan kita, kenapa sehingga
mereka telah tua pun kita masih meminta dan mengharap bantuan harta
atau tenaga mereka, pada hal kita sudah pun dewasa."
"Atau
ibu bapa kita diminta bantu menjaga anak-anak kita ketika kita sibuk
bekerja."
"Bila
keadaan ini terjadi (kita melayan ibu bapa bagai pembantu), maka
ketika itu rezeki kita dinilai adalah sebagai rezeki pembantu, kerana
kita memperlakukan ibu bapa kita seperti pembantu. Maka, Allah swt
memberi upah atau gaji (rezeki) setimpal dengan jawatan pembantu,
bukan gaji seorang Raja."
"Walau
suami/isteri bekerja, tetapi Allah swt tetap memberi rezeki kepada
kita kurang daripada rezeki seorang Raja, bahkan tak pernah cukup
pada setiap bulan."
Menurut
sebuah lembaga penilai yang melakukan penyelidikan ke atas 700
keluarga di Jepun, mendapati mereka yang berjaya adalah, terdiri
daripada mereka yang memperlakukan dan melayani ibu bapa seperti
seorang Pembesar Negara. Dan mereka yang hidup sengsara hidupnya
adalah terdiri daripada mereka yang sibuk dengan urusan dirinya
sendiri dan kurang perduli pada ibu bapa mereka. Walaupun dapat
banyak harta, tapi tak pernah cukup, bahkan jiwa menderita dengan
masalah2 sampingan lain.
Pengajaran
ini diambil iktibar agar anak2 JANGAN mendekati orang tua hanya untuk
mendapatkan hartanya atau untuk mempergunakan tenaga mereka untuk
membantu ketika hadapi kesusahan dan masalah.
Mari
terus berusaha keras agar kita memperlakukan ibu bapa bagai Raja atau
pembesar negara.
Buktikan,
dan jangan cuma hanya ada pada angan-angan sahaja. Praktikkan seperti
mana yg dianjurkan oleh Rasulallah SAW bahawa Redha Allah SWT
terletak kepada redha ibu bapa. Syurga berada di bawah tapak kaki
ibu.
Beruntunglah
bagi yang masih memiliki ibu bapa, dan masih BELUM TERLAMBAT untuk
berbakti. Sebelum mereka kembali ke hadrat Allah SWT.
Waktu
itu, mereka menjadi milik penuh Allah. Hanya kita dapat berbakti
dengan doa yg belum tentu dimakbul Allah, jika kita sebelum ini jadi
anak derhaka ketika mereka hidup dan tak sempat memohon redha
kedua-dua mereka.
WANG
boleh dicari, ilmu boleh digali, tapi kesempatan untuk mengasihi ibu
bapa kita takkan terulang kembali. Ibu bapa cuma satu, isteri dan
anak boleh bertambah, demikian yg wanita, suami bila mati atau
bercerai boleh diganti, tapi ibu bapa bila mati, tak ada ganti lagi.
What goes around comes around. Klau lyn mak ayah kt baik, sekaligus jd cntoh yg baik ntuk anak anak, and 90% ank akn cntohi :) insyaAllah..
ReplyDeleteBetul tu..berbaktilah kepada kedua org tua selagi mereka masih hidup kerna doa mereka amat penting buat kita... ;)
ReplyDeletemacam mn kita layan kedua ibubapa macam tu la anak2 layan kite nanti.. Wallahualam
ReplyDelete