Tazkirah tengah hari :: AKU DAH LAMA TAK SOLAT .. ::

Wednesday, November 09, 2016

Assalamualaikum wbt..
Semoga kisah di bawah menjadi panduan untuk kita semua..
Image result for solat
Kita tau kita lama dah tak solat.. Bukan tak tau.. Bukan takde masa.. Tapi entahlah.. Kalau pergi ke rumah orang, kita sanggup tunggu sampai selepas Maghrib, sebab tak nak jumpa Maghrib di rumah orang.. Nanti serba salah.. Tak solat, rasa malu.. Nak solat, rasa menipu.. Sebab di rumah sendiri tak solat.. Kita nampak kawan-kawan di pejabat pergi surau, tapi kita buat tak hirau.. Bukan tak boleh pergi.. Tapi entahlah.. Tiba-tiba kita tengok sejadah di rumah, terdetik dalam hati.. Lama aku tak guna kau.. Nak solat, rasa malu sangat dengan ALLAH.. Hati nak, tapi entahlah.. Malu ada, serba salah ada.. Semua serba tak kena.. Sebenarnya, kalau kita tiba-tiba ada rasa malu pada Tuhan, ada rasa serba salah pada Tuhan, itu tandanya ALLAH rindu.. ALLAH tengah tunggu.. ALLAH seru kita suruh jumpa DIA.. ALLAH rindu nak tengok muka kita sujud kepadaNya.. Waktu ni iman kita kena jentik.. dan waktu tu jugak Iblis menggeletek.. Dia akan cuba sedaya upaya untuk kita hilangkan rasa malu dan serba salah tu.. Tu yg bila kita tak jadi solat, tandanya Iblis menang dah.. Tapi ALLAH tak berubah.. DIA masih rindu.. DIA masih tunggu.. DIA tunggu bila kita nak solat.. Bila kita nak taubat.. Pada masa yang sama, ALLAH masih lagi bagi rezeki pada kita.. ALLAH masih kesian pada kita walaupun kita tak sudi nak jumpa DIA.. Sayangkan ALLAH pada kita?

#copypaste
#taksemestidulujahatkinitetapjahat #sedayaupayainginkankeredhaanAllahswt
#perlukanbimbingan
#InshaAllah
Image result for starlavenderluna

3 comments

  1. agree dgn sis... buat apa nak malu buat baik kan...

    ReplyDelete
  2. kadang boleh pulak mngaku 'aku solat bile rase nak solat je' . mek diam je kalau dengar org ckp mcm ni. smoga dia sedar la satu hr nnt yg solat bukan ikut suka kau, tapi ikut ape yg Allah sruh

    ReplyDelete
  3. Sheila Adziz : betul tue sis..
    Ayunie Ramli : Insha Allah, kita doa2 la yang baik untuk orang tue..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧