Assalamualaikum
wbt..
Semoga
kisah di bawah menjadi panduan untuk kita semua..
Kita
tau kita lama dah tak solat.. Bukan tak tau.. Bukan takde masa.. Tapi
entahlah.. Kalau pergi ke rumah orang, kita sanggup tunggu sampai
selepas Maghrib, sebab tak nak jumpa Maghrib di rumah orang.. Nanti
serba salah.. Tak solat, rasa malu.. Nak solat, rasa menipu.. Sebab
di rumah sendiri tak solat.. Kita nampak kawan-kawan di pejabat pergi
surau, tapi kita buat tak hirau.. Bukan tak boleh pergi.. Tapi
entahlah.. Tiba-tiba kita tengok sejadah di rumah, terdetik dalam
hati.. Lama aku tak guna kau.. Nak solat, rasa malu sangat dengan
ALLAH.. Hati nak, tapi entahlah.. Malu ada, serba salah ada.. Semua
serba tak kena.. Sebenarnya, kalau kita tiba-tiba ada rasa malu pada
Tuhan, ada rasa serba salah pada Tuhan, itu tandanya ALLAH rindu..
ALLAH tengah tunggu.. ALLAH seru kita suruh jumpa DIA.. ALLAH rindu
nak tengok muka kita sujud kepadaNya.. Waktu ni iman kita kena
jentik.. dan waktu tu jugak Iblis menggeletek.. Dia akan cuba sedaya
upaya untuk kita hilangkan rasa malu dan serba salah tu.. Tu yg bila
kita tak jadi solat, tandanya Iblis menang dah.. Tapi ALLAH tak
berubah.. DIA masih rindu.. DIA masih tunggu.. DIA tunggu bila kita
nak solat.. Bila kita nak taubat.. Pada masa yang sama, ALLAH masih
lagi bagi rezeki pada kita.. ALLAH masih kesian pada kita walaupun
kita tak sudi nak jumpa DIA.. Sayangkan ALLAH pada kita?
#copypaste
#taksemestidulujahatkinitetapjahat
#sedayaupayainginkankeredhaanAllahswt
#perlukanbimbingan
#InshaAllah
agree dgn sis... buat apa nak malu buat baik kan...
ReplyDeletekadang boleh pulak mngaku 'aku solat bile rase nak solat je' . mek diam je kalau dengar org ckp mcm ni. smoga dia sedar la satu hr nnt yg solat bukan ikut suka kau, tapi ikut ape yg Allah sruh
ReplyDeleteSheila Adziz : betul tue sis..
ReplyDeleteAyunie Ramli : Insha Allah, kita doa2 la yang baik untuk orang tue..