Viral pasal pelajar didenda duduk atas jalan tar

Wednesday, November 09, 2016

Assalamualaikum wbt... 
Awak ada dengar pasal viral sekarang..? Ala, pasal ada segelintir mak ayah tak berpuas hati melihat anaknya didenda duduk atas jalan tar kerana lambat datang ke sekolah.. 




Lagipun bagi saya denda yang diorang buat nie bukanlah memalukan sangat, dan bukannya mereka duduk atau berdiri di depan pelajar2 yang lain dan buat announcement bahawa pelajar2 nie didenda kerana datang lambat ke sekolah.. Kalu ikutkan zaman sekolah saya dendanya lebih teruk lagi, tapi Alhamdulillah takde pun saya berasa sakit mental akibat denda yang dibuat oleh cikgu, malah hingga sekarang, masih terkenang2 akan denda yang cikgu buat.. Dengan denda itulah saya berjaya dalam kehidupan nie dan berkerjaya walaupun bukan berpangkat tinggi.. Adoii... Saya peliklah dengan perangai mak dan ayah sekarang..? atas sebab apa mereka viralkan gambar nie dan lahirkan rasa tak puas hati..? Bukan ke zaman diorang sekolah dulu pun duduk atas jalan tar.. Tengok pada gambar tue, pelajar nie lambat datang ke sekolah semasa perhimpunan, so standard lah kalu kena denda pun, siap duduk lagi.. Saya masih teringat lagi, masa zaman saya sekolah dulu, bila cikgu beri peluang untuk duduk daripada berdiri, rasa nikmat yang amat sangat.. Letih wooo nak berdiri selama satu jam semasa perhimpunan atau masa pengetua berucap panjang, rasa macam nak patah jea pinggang nie sebab lama berdiri..

Kalu saya kena denda pun, bukannya boleh bagitau pada abah dan ummie saya, silap haribulan mereka tambah lagi denda tue di rumah.. Saya tak faham la konsep mak ayah sekarang, maaf cakaplah TERLALU MANJAKAN ANAK... Camne anak nak berjaya dalam hidup jika kita terlalu manjakan mereka hingga mereka dah tak tahu mana yang baik dan mana yang buruk.. 

Okey, saya tau saya belum ada anak lagi, tapi cuba kita fikir balik camne pendekatan cara mak ayah kita mendidik kita... Cuba kita fikir balik cara cikgu mendidik kita, adakah dengan cara mereka kita menjadi lebih maju ke depan atau mundur ke belakang..? 

Betul, kita patut didik anak dengan penuh kasih sayang tapi jangan sampai mereka tak tahu camne nak hormati kita dan orang2 di sekeliling, tak kira tua ke muda, jika kita tak ajar mereka cara nak hormati orang.. Memang betul kita perlu mendidik anak dengan rasa belai kasih tapi jangan terlalu manjakan mereka hingga mereka tak dapat nak bezakan apa yang boleh dilakukan dengan tak boleh dilakukan... 

Jangan didik anak kita untuk jadi mundur ke belakang dan bukannya maju di depan, maksud saya jangan didik hanya kerana nak maju dalam pelajaran/kerjaya/kehidupan, tapi perlu jugak didik mereka untuk maju dalam rohaniah hati mereka... Jangan didik mereka maju dalam dunia tapi mundur di akhirat.. 


#justberipendapat 
#salahsilapharapmaaf

9 comments

  1. Setuju sangat dengan pendapat Shikin nie..
    Akak zaman sekolah dulu macam denda dah kena..
    Relax je.. Siap nyorok lagi dari mak ayah..
    Kalau mak ayah tau, ditambahnya dengan rotan..

    ReplyDelete
  2. eiii dulu2 kita kena rotan gan cikgu tak cite gan mak apak ni,silap2 kena rotan kali ke-2..

    ReplyDelete
  3. mak ayah skg manja kn anak sgt.. duduk atas tar pun kecoh..kita dlu2 da bsyukr kalau dpt duduk.. kalau x pegetua tu berucap 3 jam, 3 jam la ko sdiri!! hahahahaha.. apapun x blh

    ReplyDelete
  4. Mak pak yg trlampau concern kat ank ni, elok buat skolah sndiri. Tk, sies la mak pak sekalian, korang dlu skolah tk penah kne cm ni ke? Bukan berbirat punggok ank engkau tu pon duk atas tar. Elok je dduk tkde kne rotan bgai. Mek pn gen y tp zmn skolah dlu klau ckp kne denda dgn mak, mmg mak yg tlg bebel balik. Lg di gertaknya kita klau lmbt pegi skolah, klau xsiap kje skolah. Tlg la bukak mata mak pak yg sejenis concern lbh kat ank ni --'

    ReplyDelete
  5. Jika ada ibu bapa yang tak mahu anaknya didenda oleh guru, elok ajar sendiri semua subjek di rumah. Belailah elok-elok. Usah suruh pergi sekolah.

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu family tau cikgu denda.. dimarah lgi kami adik beradik. hahaha.. kecian cikgu2 skrg..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧