Assalamualaikum
wbt..
Awak
dah check ke warna gigi awak..? Adakah ianya pudar atau putih berseri
macam dalam iklan ubat gigi..? Bukannya senang nak putihkan gigi
melainkan perlu buat whitening di klinik gigi dan tentulah kosnya
membuatkan kita berfikir dua tiga kali nak buat.. Awak tau ada 5
jenis makan dan minuman yang boleh menjejaskan warna gigi kita..
Walaupun
teh memberi banyak manfaat kepada kesihatan tapi pengambilan kerap
akan memudarkan warna gigi secara semulajadi. Oleh itu, kurangkan
minum air teh sebagai langkah utama untuk mendapatkan gigi yang
cantik.
Dalam
menghasilkan sos, sejenis pewarna telah digunakan untuk
memekatkannya. Begitu juga dengan kicap, sos tomato dan serbuk kari
yang mempunyai bahan pewarna yang kuat. Segeralah berkumur dan
memberus gigi bagi mengelakkan hilangnya warna semulajadi.
Umum
mengetahui bahawa minuman bertenaga mempunyai kadar asid yang sangat
tinggi sekali gus mempengaruhi warna dan kesihatan gigi. Dengan
pengambilan terlalu kerap ia hanya akan mengikis dan membuatkan gigi
rosak. Sebaiknya minumlah air putih yang nyata membawa lebih
kebaikan.
Jika
awak kerap mengambil gula2 getah dan manisan seperti lolipop, ia
hanya akan mengubah warna pada permukaan lidah. Ia juga boleh
merosakkan gigi seterusnya menjejaskan keaslian warna gigi.
Jus
anggur merah sedap diminum tapi kandungan asid yang tinggi dan
kepekatan warnanya hanya akan menyebabkan warna gigi berubah. Elakkan
mengambil minuman ini sebaliknya gantikan dengan minuman yang lebih
berkhasiat terutama sekali air putih.
Nota
kaki : Antara cara yang boleh
dilakukan sekiranya awak telah mengambil jenis minuman dan makanan
ini, jangan sesekali menyimpannya terlalu lama di dalam mulut.
Telanlah ia setelah siap dikunyah, kecuali gula-gula getah... hehe
kang tak pasal2 melekat dalam perut.. Selain itu, minum dengan
menggunakan straw bagi mengelakkan warnanya terlekat di celah gigi.
Cara terbaik yang boleh dipraktikkan adalah dengan segera berkumur
dan memberus gigi selepas mengambil minuman dan makanan yang berisiko
membuatkan warna gigi pudar.
Jarang yg lain ,tapi teh dan sos tu memang selalu ler kak shikin, hahaha, adeh patutlah gigi tak berapa nk putih, kehkehkeh.
ReplyDeleteMy fav drinks mostly tea. Whoaaa. Nape tea ada dalam list?? ;p
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Baru tau.. tapi kan, gula2 getah tu bukan sahaja membuatkan gg kuning malah kalau kita ada tampal ia akan merosakkan tampalan pada gg kita.. serius.. Sha da buat eksperimen kat gg Sha.. hehehe
ReplyDeletesatu dengan dua tu memang sukaa..
ReplyDeletegood info ^_^...
ReplyDeletesos siapa boleh tolak..
kikiki
Perkongsian yang menarik..
ReplyDeleteIkhlas dari
AlongMisuari.com