9 Cara kumpul duit beli rumah pertama

Wednesday, December 07, 2016

Related imageAssalamualaikum wbt..
Rumah... Antara aset dan perkara penting dalam kehidupan kita.. Sapa yang taknak beli rumah sendiri, dengan hasil titik peluh sendiri, kan.. Sebab rumah adalah sesuatu benda yang berharga yang boleh memberi kita perlindungan dari panas dan hujan.. Boleh memberi keselesaan kepada keluarga kita, anak-anak kita dan cucu kita..

Memang betul harga rumah sekarang membuatkan kita berfikir banyak kali untuk memilikinya apatah lagi dengan keadaan ekonomi kita sekarang.. Tapi dengan adanya perancangan awal dan tabungan secara konsisten, tips yang saya akan kongsikan ini mungkin dapat membantu awak untuk memiliki rumah idaman..

1) Tetapkan matlamat bila awak nak beli rumah. Sebagai contoh, "Saya mesti beli rumah dalam tempoh 3 tahun ini". Daripada situ awak boleh mula membuat pengiraan.
2) Pilih rumah yang sesuai dengan gaji dan pendapatan tambahan awak suami isteri. Ini amat penting bagi memastikan awak mampu untuk membayar deposit, yuran guaman dan ansuran bulanan.
3) Buat perancangan tempoh masa untuk awak kumpul wang deposit yang diperlukan. Sebagai contoh harga rumah RM250,000. Jadi deposit (10%) yang diperlukan ialah RM25,000, awak perlu simpan sekurang-kurangnya RM1,500 setiap bulan selama 18 bulan atau setahun setengah. Kalau awak ingin lebih cepat, awak perlu tambah simpanan setiap bulan dan kalau awak mampu takde salahnya. 

Related image

4) Awak perlu displin yang tinggi untuk menyimpan kalau awak mahu impian awak terlaksana dalam tempoh yang ditetapkan. Awak perlu bertahan dan bersabar untuk kumpul modal ini. Bagi kurangkan rasa berat hati untuk menabung, gunakan kaedah 'standing instruction'. Ingat! Makin lama awak tak menabung, makin lambat impian terlaksana dan makin mahal harga rumah!
5) Keluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 2. Simpanan ini pasti dapat membantu awak untuk mencukupkan deposit dan yuran guaman rumah.
6) Buat analisis perbelanjaan bulanan awak. Catat semua! Dari situ, awak boleh tahu mana satu keperluan, mana satu kehendak. Jadi fikir-fikirkan perbelanjaan mana yang perlu dihapuskan buat sementara waktu.
7) Cari pendapatan sampingan selain gaji bulanan misalnya membuat bisnes online, baking dan sebagainya mengikut kemahiran awak.
8) Apabila awak berjaya mengimbangi pendapatan dengan matlamat simpanan dan perbelanjaan, tuliskan pula bajet supaya awak tahu berapa banyak jumlah wang yang awak perlukan setiap bulan.
9) Letakkan duit (mengikut komitmen) dalam bekas-bekas yang berasingan dan labelkan. Misalnya duit ansuran kereta, rumah, van sekolah anak, duit petrol dan tol, duit poket sekolah anak, duit makan dan sebagainya. Keluarkan bila mahu guna dan ketika itu awak akan sedar, betapa cepatnya duit dihabiskan! Secara tak langsung awak akan berfikir banyak kali untuk berbelanja lebih.

5 comments

  1. waa.. terima kasih untuk tips nya !!!! memang sangat sangat membantu..

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni..sy sekarang dalam proses kumpul duit beli aset hihi penting untuk masa depan kan..

    ReplyDelete
  3. Wahh nice tips. Memang nak berangan ada umah sndri tp bila pikir2 baik jaga rumah pusaka, so niat beli umah tukar dengn Haji.. In sha Allah. Nuce tips akak

    ReplyDelete
  4. Nice tips... rumah ku syurga ku.. hihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧