Assalamualaikum wbt..
Saya nak berkongsi sikit tentang 9 jenis penyakit yang paling kerap menyerang lelaki.. So lepas nie awak kena jaga kesihatan sebabnya kesihatan tue amat penting dalam kehidupan seharian... Tanpa hidup sihat, kita takkan dapat menjalani aktiviti yang kita sukai dan ahli keluarga sudah tentu mempunyai perasaan bimbang tentang diri kita..
1) Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
Faktor penyebab : Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis
2) Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
Merupakan gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara.
Faktor penyebab : Merokok
3) Kencing manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
Faktor penyebab : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.
4) Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba, biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Faktor penyebab : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes, genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.
5) Kanser pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.
Faktor penyebab : Amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang tinggi, diabetes dan merokok.
6) Kanser prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki.
Faktor penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.
7) Tekanan darah tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
Faktor penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.
8) Batu karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau galistone.
Faktor penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.
9) Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Faktor penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.
terima kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteSedih! memang ada diantara penyakit tu, pada hubby Mrs. A.
ReplyDeleteInfo yang sangat berguna.. ayah siqah ada batu karang.. huhu
ReplyDelete