Assalamualaikum wbt...
Okey, kali nie saya nak berkongsi sikit cerita tentang pembersih DIY ini.. Selalunya kita memang membuang sisa makanan ataupun cecair dalam sinki dan lama kelamaan ianya akan menjadi tersumbat..
Kita akan gunakan pelocok ataupun paling tidak kita akan gunakan air panas untuk membuang segala benda yang tersumbat.. Tapi ianya tak menjamin yang ianya akan menjadi lancar semula..
Bahan-bahan:
3/4 cawan baking soda
1/2 cawan cuka putih
1 helai kain buruk
1 biji lemon
Cara penyediaan:
1. Bersihkan sinki awak dari sisa-sisa makanan dan juga pinggan mangkuk.
2. Tuang semua baking soda ke dalam lubang sinki (pastikan majoriti darinya masuk ke dalam)
3. Seterusnya tuang cuka putih dan serta-merta tutup lubang tersebut dengan kain buruk! Ini kerana reaksi di antara baking soda dan cuka putih akan membuatkan ia membuak-buak buih.
4. Biarkan proses ini berterusan selama 30 minit.
5. Kemudian, tuangkan satu cerek air panas setelah awak buka kain buruk dari lubang sinki tadi.
6. Untuk memberikan sinki awak bauan segar, perah lemon tadi ke dalam lubang sinki dan biarkan ia selama 10 minit. Siap! Kini lubang sinki awak bukan sahaja bersih, malah bebas dari bau busuk.
good info!
ReplyDeleteSekali sekala kena bt ni kan kak shikin, kalau tidak sekali tersekat parah kronik nanti.
ReplyDeleteoh boleh try nih..tq share..
ReplyDeleteTips yang bagus..
ReplyDeleteNice sharing cara mudah nak bersihkan sinki. Guna barang2 dapur je :)
ReplyDeletesinki aida selalu la problem.
ReplyDeleteaduhai stress !
tq for sharing :)