Kisah
Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya
ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu
melahirkan seorang bayi yang comel.
"Hadiah
apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi
untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara
lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak
berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk
isteriku walau tiada alasan yang istimewa."
Petang
itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya
sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran
kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini
terjadinya perceraian antara mereka.
Dari
manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan
kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.
"Kamu
tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu
sudah ramai?”
Rumah
yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh
penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam
keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit
dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan
berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.
Kisah
ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "
Sejak
saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji
pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan
terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan
mengganggur.
"Berapa
kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya
menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia
makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih
kerap lagi."
Hati
si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan
memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini
memburukkan kesihatan tubuhnya.
Apakah
sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya
seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari
mencampuri kehidupan orang lain.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.
Jika
terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan
di muka bumi ini.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?
Na'uzubillahi
minn zaalik.
#Juga
nasihat untuk diri saya sendiri
#Semoga bermanfaat pada kita semua..
#Semoga bermanfaat pada kita semua..
Contoh yg ringkas tp penuh pgajaran.. Allahu smoga kita di jauhkan dr mjadi pyebab spt yg d tunjukkn d atas.. Huhu
ReplyDelete