Contoh dokumen perjanjian penyewaan rumah

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum wbt..
Pernah dengar tak pasal penyewa lari pada tengah malam untuk mengelak bayar sewa yang tertunggak berbulan-bulan? Atau tuan rumah yang sering menaikkan sewa rumah sesuka hati tanpa ada apa2 notis? Inilah gunanya dokumen perjanjian penyewaan rumah sebab perjanjian sewa rumah di Malaysia digunakan untuk melindungi penyewa dan tuan rumah. Ia merupakan satu borang atau dokumen yang dicetak dengan pelbagai terma dan syarat yang telah disetujui oleh kedua-dua pihak. Contohnya, amoun sewa, amoun ganti rugi sekiranya terdapat kerosakan.

Di Malaysia, perjanjian sewa rumah boleh dirangka oleh pakar, contohnya peguam. Namun begitu, harganya boleh menjadi mahal maka ramai daripada tuan rumah memilih untuk merangka perjanjian sewa rumah mereka yang tersendiri, atau perjanjian secara oral. Ia menjadi amat sukar untuk tuan rumah apabila terdapatnya pertikaian lidah. Dengan adanya perjanjian sewa rumah, penyewa dan tuan rumah mempunyai bukti yang kukuh untuk mempertahankan diri.

Setelah semua penyewa dan tuan rumah setuju dengan terma dan syarat dalam perjanjian , terdapatnya beberapa deposit yang perlu dibayar oleh penyewa. Yang pertama ialah “Earnest deposit” di mana ia adalah deposit tempahan dengan amoun satu bulan gaji. Setelah menerima deposit ini, tuan rumah tidak dibenarkan untuk menyewakan hartanah kepada pihak yang ketiga.

Dalam tempoh masa 7 hari, tuan rumah dan penyewa mesti menandatangani perjanjian sewa rumah dan juga penyewa membayar “Security deposit” . ia merupakan jumlah sewa rumah sebanyak 2 hari.

Dapatkan perjanjian dan matikan setem
Perjanjian sewa rumah anda mesti dihantar dan dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk mengesahkannya dari sisi undang-undang walaupun ianya sangat leceh. 

Ini adalah salah satu contoh camne nak buat dokumen perjanjian penyewaan rumah.. Di harap pada awak yang nak sewakan rumah mendapat idea daripada contoh nie.. Dan pada yang nak menyewa tue, mintak tuan rumah buatkan dokumen perjanjian demi kepentingan bersama...

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

No automatic alt text available.




2 comments

  1. Bagus ada contoh ni. Nanti senang nak buat sendiri. Rezeki Allah berikan

    ReplyDelete
  2. wahhhh senang nya.. boleh la copy je kan..hihihi..thks akak

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧