Rasanya
kebanyakan daripada kita semua pernah mengalami putus cinta, kan..
Bila dah putus cinta, mulalah berkata dengan diri sendiri, takkan
jatuh cinta lagi, tapi sebenarnya itulah kata-kata pujukan hati pada
diri tanpa kita sedar sebenarnya Allah telah menetapkan kita dengan
jodoh seseorang.. Cuma masa saja yang akan tentukan samada cepat
ataupun lambat...
Sesuatu
hubungan itu kita tak pernah nak jangka bagaimana corak
pengakhirannya, samada bahagia ataupun sebaliknya. Namun bila ianya
putus di tengah jalan, kita seharusnya berfikiran positif dan
teruskan kehidupan kita, dan antara cara nak hadapi saat2 sedih ini
adalah ;
a)
Berikan masa pada diri sendiri
Emosi
kita memerlukan masa untuk menerima kenyataan yang jalinan cinta
sudah berakhir. Beri masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu bersedih
kerana ianya hanya merosakkan emosi.
b)
Bercerita pada sahabat
Di
sinilah pentingnya sahabat. Seorang sahabat boleh jadi pendengar yang
baik dan menjadi bahu untuk kita meluahkan perasaan. Percayalah
bahawa kita sangat memerlukan sahabat di kala hati dirundung duka.
c)
Catat perasaan kita
Menulis
mampu meredakan perasaan. Kala putus cinta, cuba luahkan rasa hati
anda di atas kertas. Kemudian, koyak-koyakkan kertas itu ataupun
simpan di dalam peti besi dan kunci. Ataupun menulis dalam diari
tentang perasaan kita..
d)
Segarkan minda
Pergilah
bercuti ataupun menyewa hotel di ibu kota untuk meredakan perasaan.
Bercuti mampu menyegarkan kembali minda yang berserabut. Boleh juga
bersukan misalnya bermain bowling. Di samping itu, kita pasti rasa
gembira apabila keluar bersama rakan-rakan.
e)
Jaga rutin
Jangan
abaikan rutin diri dan sentiasa tetapkan dalam diri untuk mandi,
makan, kerja serta beribadat seperti biasa.
f)
Elak buka media sosial
Jangan
sesekali menulis bahawa kita telah putus cinta di dalam laman media
sosial. Kita mungkin mengharapkan simpati daripada rakan, namun siapa
tahu ada di antaranya yang bertepuk tangan bila membaca mesej
kesedihan kita. Jadi, lebih baik sepikan diri daripada media sosial
buat sementara waktu.
g)
Jangan hubungi lagi
Perkara
yang penting! Ingat, jangan hubungi lagi si dia. Walaupun tangan
terasa 'gatal' ingin menghantar mesej telefon bimbit kepadanya jangan
sesekali lakukannya. Letakkan sedikit ego supaya kita tidak kelihatan
mudah didampingi dan mudah ditinggalkan.
h)
Serahkan pada Yang Maha Esa
Yang
ini paling penting.. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.
Anggap saja kita tiada jodoh dengan si dia, dan sentiasa berdoa pada
Ilahi agar kehidupan kita diberkati. Jodoh, pertemuan, perpisahan dan
maut itu semuanya di tangan Allah dan kita hanya mampu merancang,
tapi takdir Allah yang tentukan sejak azali lagi.
Setuju dengan point f akak, jangan sesekali bagitahu kat public kita sedang bersedih, ramai sungguh menunggu untuk bertepuk tangan...eh sebenarnya setuju dgn semua point akak,ehehehe. nice entry.
ReplyDeletenice entry.. hee~ walaupun zaman putus cintan dah lama berlalu.. tapi kesemua tips memang saya pernah guna.. eh !! mujarab tau..
ReplyDeletetips yang bermanfaat hehe
ReplyDeletesinggah sini klik2 nuffnang + follow sekali. salam perkenalan :)
Betul tu kalau bersedih serah jr ka Allah.. Xperlu prg lain tahu.. Ma Fi Qalbi Ghairullah..
ReplyDelete