Kepentingan jadi pendengar yang baik kepada pasangan

Wednesday, December 07, 2016

Image result for husband and wife islamicAssalamualaikum wbt..
Lama betul kan saya tak coretkan nota jurnal saya, mintak maaf la yea suma...Terima kasih kerana awak masih sudi nak baca nota jurnal saya yea (Kalau ada pembaca setia la, hihi).. Okey, entri saya kali nie saya nak berkongsi sikit info tentang hubungan suami isteri.. Bagus untuk kita yang telah berumahtangga ataupun yang akan berumahtangga, sebab bila awak berada di alam perkahwinan, ianya bukan perkara yang mudah.. Banyak benda yang kita perlu pelajari dan hadam ilmu perkahwinan dengan betul..

Salah satu ilmu perkahwinan yang kita perlu pelajari adalah kepentingan untuk jadi pendengar yang baik kepada pasangan kita. Dalam perhubungan suami isteri, menjadi pendengar yang baik adalah salah satu perkara yang sangat penting, malah merupakan komunikasi dua hala yang menjadi tonggak utama dalam perhubungan..

Apabila pasangan kita berdepan dengan masalah, sebenarnya dia takdelah mengharapkan kita untuk menyelesaikan masalah dia, hanya memandai menjadi pendengar yang baik dan seterusnya dapat melegakan perasaan gundah gulana dalam hatinya. Pasangan yang baik adalah seseorang yang cuba membantu menyelesaikan apa2 masalah yang dihadapi oleh pasangannya.. Pun begitu, kemampuan seseorang adalah terbatas kerana ada perkara yang kita hanya perlu mendengar tanpa cuba selesaikannya sebab pasangan kita mampu untuk selesaikan sendiri dan apa yang lebih penting, dia cuma nak berkongsi cerita.. Jadi, camne nak menjadi seorang pendengar yang baik untuk pasangannya..?

Image result for good listener
Fokus
Takala si dia sedang berkongsi masalahnya, dengar dengan tekun. Jangan beri tumpuan kepada hal lain contohnya menjawab Whatsapp, membelek facebook atau menjawab telefon bimbit. Fokus awak hendaklah kepada setiap butiran yang diucapkan oleh si dia.. Awak perlu kosongkan fikiran, lupakan hal awak sebentar dan fokus pada masalah si dia..

Teliti
Fokus saja tak cukup tapi awak perlu teliti.. Cuba fahami cerita yang disampaikan. Jangan nanti bila si dia ulangi ceritanya itu, awak tak tahu apa yang si dia cakapkan. Senang cerita, jangan berpura-pura mendengar tapi hakikatnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Pandang wajahnya
Yang nie memang penting untuk menjadi pendengar. Bila si dia bercerita tentang masalahnya, tolong pandang wajahnya setepat mungkin. Bahasa mata atau dalam bahasa omputihnya 'eye contact' dikatakan boleh membantu meredakan keresahan seseorang sebab bila awak buat camtu, si dia tentu lebih bersemangat nak berkongsi masalahnya..

Fahami emosinya
Untuk fahami emosi si dia, cuba awak perhatikan nada suaranya bila si dia bercerita sebab daripada getaran suara boleh menggambarkan emosi dia ketika itu..

Redakan si dia
Bila awak mendengar masalah si dia, secara tak langsung awak memberi dua kesan positif padanya. Pertama, ianya menunjukkan bahawa awak seorang pasangan yang sanggup mendengar masalah dan kedua awak melegakan perasan si dia kerana si dia dah keluarkan emosi terpendam dalam dirinya..

Tenang
Bila si dia meluahkan perasaannya, mungkin adakalanya dia terlajak kata dan menjadikan awak sebagai mangsa hamburan kemarahannya. Jadi apa yang perlu awak buat adalah awak perlu bertenang dan tetap menjadi pendengar yang baik. Janganlah awak membalas kemarahannya kerana ianya boleh jadi berlanjutan dan menjadi punca dalam perbalahan rumah tangga.. Sifat tenang awak sangat dituntut supaya si dia sedar bahawa awak cuba untuk menredakan emosinya.. Bak kata orang, bila api dah marak, jangan kita simbah dengan minyak tanah, sebaliknya, kita perlu menjadi air supaya boleh meredakan api yang tengah marak..

Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita...


3 comments

  1. Ilmu yang wajib ada untuk suami isteri..
    kekadang luahan perasaan sahaja yang diharapkan..
    Suamikena dengar apa yang isteri nak luahkan..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    ReplyDelete
  3. Wahhh..ilmu bermanfaat tuk masa hadapan..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧