Lama
betul kan saya tak coretkan nota jurnal saya, mintak maaf la yea
suma...Terima kasih kerana awak masih sudi nak baca nota jurnal saya
yea (Kalau ada pembaca setia la, hihi).. Okey, entri saya kali nie
saya nak berkongsi sikit info tentang hubungan suami isteri.. Bagus
untuk kita yang telah berumahtangga ataupun yang akan berumahtangga,
sebab bila awak berada di alam perkahwinan, ianya bukan perkara yang
mudah.. Banyak benda yang kita perlu pelajari dan hadam ilmu
perkahwinan dengan betul..
Salah
satu ilmu perkahwinan yang kita perlu pelajari adalah kepentingan
untuk jadi pendengar yang baik kepada pasangan kita. Dalam
perhubungan suami isteri, menjadi pendengar yang baik adalah salah
satu perkara yang sangat penting, malah merupakan komunikasi dua hala
yang menjadi tonggak utama dalam perhubungan..
Apabila
pasangan kita berdepan dengan masalah, sebenarnya dia takdelah
mengharapkan kita untuk menyelesaikan masalah dia, hanya memandai
menjadi pendengar yang baik dan seterusnya dapat melegakan perasaan
gundah gulana dalam hatinya. Pasangan yang baik adalah seseorang yang
cuba membantu menyelesaikan apa2 masalah yang dihadapi oleh
pasangannya.. Pun begitu, kemampuan seseorang adalah terbatas kerana
ada perkara yang kita hanya perlu mendengar tanpa cuba selesaikannya
sebab pasangan kita mampu untuk selesaikan sendiri dan apa yang lebih
penting, dia cuma nak berkongsi cerita.. Jadi, camne nak menjadi
seorang pendengar yang baik untuk pasangannya..?
Fokus
Takala
si dia sedang berkongsi masalahnya, dengar dengan tekun. Jangan beri
tumpuan kepada hal lain contohnya menjawab Whatsapp, membelek
facebook atau menjawab telefon bimbit. Fokus awak hendaklah kepada
setiap butiran yang diucapkan oleh si dia.. Awak perlu kosongkan
fikiran, lupakan hal awak sebentar dan fokus pada masalah si dia..
Teliti
Fokus
saja tak cukup tapi awak perlu teliti.. Cuba fahami cerita yang
disampaikan. Jangan nanti bila si dia ulangi ceritanya itu, awak tak
tahu apa yang si dia cakapkan. Senang cerita, jangan berpura-pura
mendengar tapi hakikatnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Pandang
wajahnya
Yang
nie memang penting untuk menjadi pendengar. Bila si dia bercerita
tentang masalahnya, tolong pandang wajahnya setepat mungkin. Bahasa
mata atau dalam bahasa omputihnya 'eye contact' dikatakan boleh
membantu meredakan keresahan seseorang sebab bila awak buat camtu, si
dia tentu lebih bersemangat nak berkongsi masalahnya..
Fahami
emosinya
Untuk
fahami emosi si dia, cuba awak perhatikan nada suaranya bila si dia
bercerita sebab daripada getaran suara boleh menggambarkan emosi dia
ketika itu..
Redakan
si dia
Bila
awak mendengar masalah si dia, secara tak langsung awak memberi dua
kesan positif padanya. Pertama, ianya menunjukkan bahawa awak seorang
pasangan yang sanggup mendengar masalah dan kedua awak melegakan
perasan si dia kerana si dia dah keluarkan emosi terpendam dalam
dirinya..
Tenang
Bila
si dia meluahkan perasaannya, mungkin adakalanya dia terlajak kata
dan menjadikan awak sebagai mangsa hamburan kemarahannya. Jadi apa
yang perlu awak buat adalah awak perlu bertenang dan tetap menjadi
pendengar yang baik. Janganlah awak membalas kemarahannya kerana
ianya boleh jadi berlanjutan dan menjadi punca dalam perbalahan rumah
tangga.. Sifat tenang awak sangat dituntut supaya si dia sedar bahawa
awak cuba untuk menredakan emosinya.. Bak kata orang, bila api dah
marak, jangan kita simbah dengan minyak tanah, sebaliknya, kita perlu
menjadi air supaya boleh meredakan api yang tengah marak..
Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita...
Ilmu yang wajib ada untuk suami isteri..
ReplyDeletekekadang luahan perasaan sahaja yang diharapkan..
Suamikena dengar apa yang isteri nak luahkan..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi rabu
Wahhh..ilmu bermanfaat tuk masa hadapan..
ReplyDelete