#MyTravelokaEscapade : Destinasi impian ke Langkawi

Saturday, December 17, 2016

Assalamualaikum wbt,
Walaupun musim cuti dah nak berakhir tapi tak semestinya kita tak boleh bercuti, kan.. Nak bercuti nie kena ada perancangan betul-betul agar ianya tak kelam kabut bila nak bercuti contohnya tempahan tiket kapal terbang dan hotel.. Awak tau tak ada satu laman web yang boleh menolong kita untuk menempah tiket kapal terbang dan hotel secara serentak, iaitu Traveloka.com. my. Traveloka nie memang membantu kita untuk menempah tiket kapal terbang dan hotel dan kadangkala mereka akan menawarkan harga diskaun lagi.. Hihihi itulah yang kita cari-cari, kan..

Baru-baru nie, saya dapat tau Traveloka ada membuat satu contest untuk penulis blog dan facebook dan awak tau apa hadiahnya..? Kita berpeluang untuk memenangi perjalanan 10 destinasi pilihan kita dengan PERCUMA.. WOW.. Kita boleh pilih samada nak ke El Nido, Hong Kong, Langkawi, Bali, London, Tokyo, Nepal, Sabah, Melbourne dan Korea Selatan... DUA KALI WOWW... Sapa yang taknak perjalanan percuma kan... Hadiahnya pun lumayan jugak tue, rugi jika tak join...














Jadi, destinasi pilihan saya adalah saya nak pergi ke Langkawi.. Sebab apa..? Walaupun Langkawi telah saya lawati sejak dulu, tapi ada banyak tempat-tempat yang belum saya lawati lagi sebab dulu masa kecik-kecik kita tak pandai nak menilai tempat.. Hihihi lagi satu sebab utama, saya nak bawak suami tersayang ke sana kerana dia belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi... Okey, tempat-tempat yang saya teringin betul nak lawati adalah :-





Skybridge Langkawi

Skybridge ini merupakan jambatan melengkung yang menghubungan dua puncak bukit iaitu Bukit Machichang dan saya boleh tengok Pulau Langkawi secara keseluruhan 360 darjah. Skybridge ini telah siap dibina pada tahun 2005 dengan keluasan 1.8 meter lebar dan sejauh 125 meter panjang... Saya teringin nak pergi ke sini disebabkan pernah tengok babak dalam filem 'Cinta Luar Biasa' di mana Farah (Nasha Aziz) bertemu dengan Bam a.k.a. Hamidah (Syanie Hisham).




Muzium seni 3D

Muzium ini menempatkan banyak lukisan mural yang seakan-akan hidup bila kita mengambil gambar. Saya sebenarnya tertarik hati dengan lukisan mural nie masa seorang daripada kawan baik saya mengambil gambar dari sudut yang betul dan menjadikan gambar yang diambil bersama lukisan seakan-akan hidup.




Air Terjun Telaga Tujuh
Walaupun tempat ini seingat saya telah saya lawati masa kecik-kecik dulu tapi belum pandai menilai akan kecantikannya membuatkan saya ingin kembali untuk melawat ke tempat nie.. Ini adalah kerana hanya pada nama unik Telaga Tujuh yang mempunyai kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan-akan telaga yang terbentuk secara semula jadi. Jadi tempat ini adalah tempat yang pasti saya nak lawati lagi..





Makam Mahsuri
Tempat nie memang wajib dikunjungi bila berada di Pulau Langkawi dan rasa macam tak lengkap saja perjalanan ke Langkawi jika lokasi ini tak dikunjungi. Umum tahu tentang lagenda dan sumpahan Mahsuri yang menyebabkan satu masa dulu pulau ini menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.




Dataran Lang
Tempat ini juga salah satu destinasi wajib bagi setiap pengunjung yang datang ke pulau bebas cukai ini. Replika statu burung helang gergasi telah menjadi mercu tanda Pulau Langkawi dan menjadi tempat kegemaran untuk mengambil gambar di sini.





Beras Terbakar di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat
Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Mengikut cerita orang, pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan sumpahan Mahsuri. Dengar cerita, kawasan ini telah menjadi kawasan persendirian dan kalau kita nak pergi melihat kawasan itu, kita perlu melalui kawasan bazar yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan pelbagai cenderamata. Dikatakan di penghujung jalan ini, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah melayu tradisional dan sebaik saja melepasi pintu masuk itu, kita akan dapat melihat tapak beras terbakar yang kini telah dipagar.





Taman Lagenda
Saya yang meminati alam semula jadi pasti takkan dapat lepaskan peluang jika dapat mengunjungi Taman Lagenda yang begitu cantik sekali dari segi lanskapnya dan beberapa monumen yang menarik untuk diambil gambar. Walaupun ianya hanya tempat untuk bersiar-siar tapi sekurang-kurangnya tempat ini menjadi tempat ketenangan bagi sesiapa yang inginkan kedamaian dan menikmati alam semulajadi.


Itulah tempat-tempat yang saya nak pergi jika pihak Traveloka memilih saya sebagai pemenang untuk ke Langkawi #MyTravelokaEscapade. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya nanti.. Pada awak nak join tue, boleh klik pada banner kat paling atas sekali tau.. Best of luck..

6 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧