Assalamualaikum
wbt..
Okey,
kali nie saya nak berkongsi nota dengan Encik-Encik, jadi adillah kan
ada entri untuk wanita dan lelaki.. hehehe... Siapa yang taknak
berkahwin kan, yang boleh mendampingi kita ketika susah dan senang,
yang boleh mendengar masalah kita ketika dilanda musibah daripada
persekitaran keliling kita.. Dah jadi trend di zaman sekarang ada
segelintir lelaki yang memilih untuk berkahwin di usia muda..
Tapi,
sejauh mana awak bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam rumah
tangga..? Adakah awak bersedia dari segi mental dan fizikal untuk
memikul amanah Allah yang awak perlu bawak sehingga hari akhirat..?
Jom kita semak panduan ini...
Lupa
kisah silam
Apabila
awak bersedia untuk mengahwini seorang wanita bermakna awak perlu
bersedia untuk melupkan kisah lampau. Perjalanan yang dilalui bersama
bakal isteri tidak memerlukan kisah silam awak.. Bahkan ianya hanya
mengundang bencana dalam perkahwinan, jadi awak perlu lupakan
semuanya..
Bina
kasih sayang
Dasar
cinta yang diungkapkan kepada bakal isteri memerlukan komitmen awak
sepenuhnya. Sayangi bakal isteri sepertimana yang awak janjikan pada
si dia.. Tunjukkan kasih sayang awak dalam cara yang kreatif kerana
kelebihan ini akan menambahkan kasih dalam perkahwinan kalian.
Biasakan
diri
Setelah
bertukar status daripada bujang kepada dah berkahwin, kehidupan awak
akan menjadi lebih mencabar terutama pada awak yang dah berada dalam
zon selesa. Awak perlu meluangkan masa lebih banyak dengan isteri
berbanding dengan kawan-kawan.. Masa aktiviti bersukan awak boleh
dibahagikan sama rata dengan masa untuk bersama keluarga ataupun awak
boleh melakukan aktiviti bersukan bersama2 dengan keluarga.. Awak
perlu mencuba untuk mengurangkan sesi lepak bersama dengan
kawan-kawan awak kerana awak perlu sedar bahawa awak kini sudah
dimiliki dan mempunyai tanggungjawab lebih besar kepada keluarga.
Usah
lepas cakap
Hubungan
antara awak dengan kawan-kawan biasanya lebih kasar. Melalui
percakapan juga ada segelintir lelaki dilihat tidak terlalu menjaga
tutur kata mereka. Apabila awak dah beristeri, awak kena tapis setiap
tutur kata, kerana bimbang mungkin akan mengecilkan hati isteri. Awak
perlu belajar mengawal diri dan berfikir sebelum berkata-kata
walaupun niat di hati ingin bergurau dengan isteri.
Bersemangat
Apabila
menjadi suami isteri, beri sepenuh semangat awak kepadanya. Sokong
minat dan hobinya agar dia sentiasa yakin dengan dirinya sendiri.
Cuba selami keseronokan minatnya sebelum awak cuba menyekat
kesukaannya.
Kendalikan
emosi dengan baik
Takde
sorang wanita dalam dunia nie yang mahu bersuamikan seorang pemarah
dan kasar. Sebagai seorang lelaki, awak perlu belajar memahami sisi
sensitif seorang wanita. Harga diri dan ego seorang lelaki memang tak
boleh dipisahkan cuma gunakan masa yang sesuai. Wanita memerlukan
seorang lelaki yang selesa didampingi dan menenangkan.
Matang
Kematangan
seorang lelaki diukur daripada cara dia menyelesaikan masalah dan
mengendalikan sesuatu situasi. Suami yang matang mampu mencuri hati
wanita dan ia selalunya kelihatan seksi di mata wanita. Jika sifat
ini sukar ditanam, tak mustahil perkahwinan yang dibina tidak memberi
kebahagiaan kepada si isteri..
Momen
Cinta : Belajar menjadi seorang lelaki yang bukan sekadar fahami
istilahnya tapi amanah yang harus dipikul. Ini kerana isteri
merupakan amanah daripada Allah dan apa jua yang awak lakukan dalam
perkahwinan akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti..
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi rabu
kawen muda tu umur sampai berapa ya? 23 24 katogeri kawen muda lagi x ?
ReplyDelete28 kira muda tak??? hahahha
ReplyDelete