Rindunya pada dunia persilatan

Tuesday, December 20, 2016



Assalamualaikum wbt..
Bila saya terbaca entri salah sorang blogger Ubai Ismail tentang dunia persilatan, teringat saya pada masa dulu...

Yea, dulu saya penah digelar pesilat wanita..Antara silat yang saya penah belajar adalah silat gayong pulut dan silat sepelet gunung jati, guru yang melatih saya pada masa tue cuma digelar Pak Mat.. Tapi bukan saya sorang saja yang penah mempelajari seni silat nie, malah dua orang adik lelaki saya jugak merupakan pesilat dan dalam masa tiga tahun kami berlatih, kami dianugerahkan tali pinggang hijau...

Tapi saya terpaksa menarik diri daripada dunia persilatan kerana nak menumpukan pelajaran terlebih dulu..Walaupun kini saya tak masuk gelanggang, semangat nak belajar tue masih kuat dan sekarang nie saya masih lagi cuba memujuk suami untuk masuk semula ke gelanggang di samping nak bawak sekali suami ke dunia persilatan... Harap2 lah satu hari nanti kami berdua akan masuk ke dalam gelanggang semula.. wish me luck.. hihi

Jika kita tak pertahankan seni pertahanan warisan kita, mungkin satu hari nanti seni warisan kita akan berkubur selama-lamanya dan generasi akan datang hanya mengetahui seni warisan ini pada ensiklopedia dan internet saja.. Betul tak..?

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧