Assalamualaikum
wbt...
Awak
sakit gigi..? Bila gigi dah sakit nie, rasa nak marah orang pun ada,
mood pun bertukar-tukar, yealah..nak makan pun tak boleh, nak bekerja
pun serba tak kena dibuatnya dek penangan sakit gigi.. Bila sakit tue
datang pada hujung-hujung minggu, lagi lah rasa nak marah.. Sebabnya
nak kena tunggu hari Ahad ataupun hari Isnin untuk ke klinik gigi..
Tapi
jangan risau, saya nak kongsi beberapa cara ekspress untuk
mengurangkan sakit gigi awak tue sementara nak ke klinik pada hari
esoknya... Jom kita selidik..
1)
Bunga cengkih
Orang
tua dulu-dulu memang suka kunyah bunga ini untuk menyegarkan mulut
dan tak tersangka pula ia juga berkesan sebagai ubat 'bius' untuk
hilangkan sakit. Ini kerana herba ini memiliki kompaun eugenol yang
mana ia merupakan pelali natural. Kulum sebiji atau dua (ikut
keselesaan dan tahap kesakitan awak) sehingga rasa sakit awak hilang
atau berkurangan.
2)
Bawang
Bawang
memiliki properti antiseptik dan juga antimikrob yang boleh mengawal
sakit gigi. Ia memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman
penyebab infeksi. Jika awak mula rasa sakit gigi, kunyah bawang
mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan. Kalau tak
mampu nak kunyah, ambil sedikit cebisan bawang dan letakkan pada gigi
rosak atau gusi yang sakit tersebut.
3)
Air garam
Ambil
satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas
untuk membuat mouthwash yang membunuh kesakitan. Ia boleh
membersihkan sisa-sisa makanan yang menjengkelkan serta membantu
mengurangkan bengkak. Kumur selama 30 saat sebelum diludah keluar.
Air garam membersih kawasan di sekitar gigi dan juga menarik keluar
cecair penyebab bengkak.
4)
Garam dan lada hitam
Campuran
ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua
bahan ini mempunyai properti antibakteria, anti-radang dan pelali.
Campur 1:1 garam dan lada hitam dengan beberapa titik air untuk
menjadi pes. Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan
beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.
5)
Teh
Teh
hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu hilangkan
sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai
digunakan dengan berkumur. Anda juga boleh gunakan uncang teh yang
suam dan tuamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara.
Ju besa kumur ngn garam kalo sakit tu. kalo da xdpt tahan confirm g cabut trus =D
ReplyDeletepart bunga cengkih tu penah dengar
ReplyDeleteabah saya pun masih amalkan sampai sekarang
bunga cengkih tu mmg dari kecik2 dulu kalo sakit gigi, mak suruh buat, kan...mujarab la jugak
ReplyDeleteBerguna sekarang sedang sakit gusi
ReplyDeleteRabia selalu ada appoinment dengan dr gigi..
ReplyDelete