Assalamualaikum
wbt...
Hanya
tinggal 32 jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru dan masa
itulah kita sibuk memperkatakan azam tahun baru masing-masing.. Tak
kurang jugak ada yang mulai sibuk untuk menyiapkan kelengkapan
anak-anak yang akan mulakan persekolahan.. Apapun yang kita lakukan,
kena selalu beringat pada diri sendiri, apa yang kita lakukan adalah
semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk duniawi
saja.. Macam persiapan untuk anak-anak yang akan bersekolah, yang
sinonim memang memerlukan belanja yang besar, janganlah kita mengeluh
seolah-olah ianya terlalu berat bebanannya sebab kalau kita terlalu
meluahkan perasaan mengeluh tue, seolah-olah kita mengeluh apa yang
Allah dah rancangkan dalam kehidupan kita..
Yea
saya tau saya masih belum mengalami situasi untuk memberikan
anak-anak pendidikan dan belum layak untuk memperkatakannya, tapi
saya ada pendapat saya tersendiri.. Saya menyatakan sedemikian kerana
saya melihat dan mendengar segelintir ibu bapa yang mengeluh sakan
tentang belanja sekolah anak-anak.. Kita kena akui yang kita berada
di zaman yang memerlukan banyak belanja dan bukannya berada di zaman
nilai belanja yang besar.. Hakikat hari ini duit sebanyak RM50 hanya
dapat dibeli beberapa barangan saja jika dibandingkan dengan RM50
pada 20 tahun dulu, satu troli penuh kita dapat beli barangan
keperluan harian, betul tak..?
Sebenarnya
apa yang kita alami sekarang semuanya daripada perancangan Allah dan
hanya Allah saja yang mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya
yang kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..
Bila saya mendengar ada yang mengeluh,
“ Adoii,
pokai bulan nie disebabkan tiga orang anak bersekolah..”
“ Mak
aii... Mahalnya yuran sekolah, tue baru sorang yang daftar, belum
campur yang taska lagi..”
“ Baju
sekolah, alat tulis, buku dah beratus-ratus habis, belum lagi yuran
sekolah... Camne tue? ”
“ Kakak dah masuk asrama, duit RM2k dah melayang.. Nie belum adik-adik dia lagi nie... Mana nak cekau duit? ”
Penah dengar kan ayat-ayat di atas.. Walaupun nampak seperti ringan saja pernyataannya tapi itulah hakikatnya kita mengeluh.. Saya tak kata kita tak boleh mengeluh sebab kita nie manusia biasa, kadang-kadang memang akan terkeluar ayat-ayat mengeluh nie.. Saya pun sendiri memang mengeluh jugak jika ada sesuatu yang menganggu kehidupan saya.. Seperti saya katakan tadi, kita berada di zaman yang memang memerlukan belanja yang banyak, suka ataupun tidak, kita kena harungi jugak.. Mengadulah pada Allah jika ianya terlalu membebankan kita, semoga Allah permudahkan urusan kita.. Walaupun kami berdua masih belum dikurniakan cahayamata tapi kami sendiri terkesan jugak apa yang berlaku, sama seperti awak suma.. Nak beli barang yang menjadi idaman perlu berfikir banyak kali disebabkan ada benda penting lagi yang diperlukan...
Cara segelintir ibu bapa mengeluh tue ada kalanya tak kena, contohnya bila ada gadget yang baru dikeluarkan, masing-masing sibuk nak membelinya samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak.., lepas tue upload pulak gambar-gambar seperti handbag baru, barangan kosmetik yang mahal, spot rim, jam tangan berjenama ataupun pergi ke restoran dengan ber 'caption' #jgnkecamsaya #handbagboniasales #tukarbajuspotrim.. Tapi bila beli keperluan yang asasi seperti keperluan sekolah anak-anak mula mengeluh ; mahal lah ; pokai duit lah ;... Kehendak melebihi keperluan...
Tapi walaupun kehendak, mereka mengeluh jugak cuma ada perbezaan sikit dari segi ungkapan mengeluh, contohnya..
“Alamak, terbeli pulak kasut jenama Hush Puppies...Matilaanak..”
“ Ala, murah jea kosmetik nie, baru RM180 satu set daripada RM250..”
“ Alahai, sori yea, gambar tak jelas... Camnie la rupanya kalu snap gambar pakai phone cokia... ”
Nak mengeluh tue boleh, tapi adalah lebih baik kita mengeluh di depan Allah, Insha Allah pasti Allah akan memberi ilham untuk kita, membantu kita.. Semoga kita semua tidak berada di dalam golongan yang suka mengeluh kerana sifat mengeluh nie adalah satu satu penyakit jiwa.. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana kita masih dapat memberikan anak-anak pendidikan, dapat memberikan anak-anak kita makanan, pakaian dan tempat berteduh..
Dan semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat mengeluh dalam keriak- kan kerana ianya amat memudaratkan dalam kehidupan seharian kita...
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ ØَÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ ØَÙ…ِيدٌ
ReplyDeleteSalam jumaat dr sy. Semoga mendapat Jumaat yg barokah insyaAllah.
Kuncinya bersyukur kan sis..
ReplyDeleteAah. Selalu jugak dengan orang sekeling mengeluh macam tu.
ReplyDeleteHappy new year sis. :)