Entri kali nie saya nak berkongsi sikit info mengenai bayi
pulak, asyik2 citer pasal orang dewasa jea kan.. Ianya jugak boleh
jadi rujukan saya di masa depan, Insha Allah..
Kerak kepala bayi, awak penah tengok tak...? Hehe soalan nie saya tanyakan pada yang bujang trang tang tang, pada yang dah jadi mak dan ayah, memang dah sedia maklum pasal kerak kepala bayi nie kan.. Okey, definisi kerak kepala bayi nie adalah ianya kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi yang baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Kerak nie kerap terjadi berlaku di kalangan bayi berusia bawah lapan bulan dan selalunya sering terjadi pada bayi yang mempunyai rambut nipis. Bila kerak nie berada di kulit kepala bayi, secara tak langsung menjadikan penampilan bayi tue sendiri kurang menarik dan menyebabkan bayi menjadi gelisah, gatal pada kepala dan menghidu bau kepala yang tak enak.. Kalu kerak nie menjadi teruk, ianya mungkin boleh menjadi radang atau mendapat refeksi. Ubatan seperti krim anti fungus akan diberikan untuk merawat kerak kepala bayi tapi ada cara tradisional yang boleh membersihkan kerak di kulit kepala bayi..
a)
Sediakan minyak atau krim anti kerak kepala, berus rambut bayi dan
tuala kecil. Minyak kelapa, santan kelapa atau minyak zaitun juga
boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan kerak kepala.
b)
Letak sedikit minyak pada tuala kecil sebelum menggosokkan pada
kepala bayi.
c)
Gosok menggunakan tuala bayi yang telah diletakkan minyak. Lakukan
gosokan di atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi
kerak kepala. Lakukan secara perlahan-lahan dan lembut untuk mengelak
kulit kepala bayi mengalami luka atau melecet.
d)
Biarkan minyak itu meresap di kepala bayi minimum 15 minit sehingga 1
jam. Dalam tempoh itu, biarkan bayi awak bermain dengan permainan
kesukaannya.
e)
Selepas tempoh itu, dengan menggunakan berus khas bayi, gosoklah pada
bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi. Buat gosokan
secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati tau, sebab
kulit kepala bayi masih lagi lembut.
f)
Setelah itu, basuh rambut bayi dengan menggunakan air untuk
mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi.
Untuk lebih berkesan, awak boleh gunakan sedikit syampu atau sabun
bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi.
g)
Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sikit minyak kelapa atau
minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi awak. Ia seakan menjadi
minyak rambut bayi awak. Lakukan pembersihan ini berulang kali
sekiranya kerak masih ada pada keesokan harinya dan buat dua kali
sehari sewaktu awak nak mandikan bayi awak.
h)
Kalau yang gunakan santan kelapa tue, awak kena beli kelapa parut
yang fresh, lepas tue, ambil sedikit kelapa parut dalam anggaran saiz
2 sudu besar, letakkan dalam kain lampin atau tuala bayi, bungkuskan
jadi bunjut supaya hampasnya tidak berselerak. Kemudian awak perahkan
bunjut kelapa parut tue pada kulit kepala bayi yang berkerak secara
lembut dan perlahan-lahan. Jangan letakkan air pada kelapa parut
kerana boleh kurangkan khasiat santan asli tue sendiri.. Lepas tue,
step seterusnya sama seperti step di atas (step 'd' hingga 'g').
Semoga
ianya memberi manfaat pada kita semua.
great sharing
ReplyDeleteinfo yang bagus
ReplyDeleteinfo yg bgus, dulu anak sy berkerak sy guna kain basah, lap lembut2..lama2 hilang dgn sendiri ye..
ReplyDeletenice info kak ..
ReplyDelete