Throwback stories: hari Let's Get F.I.T. dan kenduri di kampung suami

Tuesday, December 27, 2016

Assalamualaikum wbt..
Hahaha mintak maaf la sebab lama tak munculkan diri sejak Jumaat lepas, sebabnya saya balik kampung suami sempena cuti Krismas baru2 nie.. Kali nie saya lone ranger drive sorang2, memang penat giler sebab hari Jumaat tue, kami ada hari 'Let's Get F.I.T.' dan kali ini Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan menjadi hos acara...

Acara pertama yang dilakukan adalah warm-up yang diketuai oleh abang-abang bomba daripada balai bomba KL, Putrajaya dan Selangor, mungkin jugak daripada Unit STORM.. Kemudian, kami perlu berlari keliling bangunan HQ sejauh 1 pusingan, walaupun hanya satu pusingan tapi letihnya seyhhh... adoiii rasa nak tercabut kepala lutut nie, nasib baik diorang suma bagi support pada kami yang tak berkemampuan nak berlari macam Watson Nyambek tue... hahaha.. Lepas tue, acara diteruskan dengan senaman ala2 kebombaan dan tarian poco-poco.. hahahaha jangan disangka se sado-sado abang bomba, mereka boleh menari poco-poco tau, kalah kami yang perempuan nie... Walaupun latihan kali nie agak meletihkan tapi kami suma enjoy dengan senaman nie, sebabnya dapat bersenam yang belum tentu akan terbuat jika bersendirian..


Starlavenderluna's Journal Of Life
Orang lain sibuk berlari, kami berdua sibuk bergambar, sambil berlari.. hahahaha

Image may contain: 3 people, people sitting, shoes and outdoor
Abang-abang bomba yang menjadi jurulatih.. Letih tapi seronok... Kredit gambar : Pn. Jamilah
Malam Sabtu tue dalam pukul 8.45 malam, saya pun bergerak balik ke Sungkai, ingatkan dah tak jemmed dah jalan nak menghala ke Utara tapi jangkaan saya meleset, daripada Rawang hingga ke Bukit Beruntung, asyik pakai gear no.2 jea, lenguh kaki duk tekan clutch... Hadoii, nasiblah awak Wan Nur Ashikin pakai kereta manual... Lepas daripada tol Bukit Beruntung, jalan raya pun lancar semula tapi mula kembali tersekat berhampiran dengan Tol Slim River..Saya pun ambik keputusan masuk ke Tol Slim River sebab masa tue, jam menunjukkan pukul 12.16 pagi sebab tak tahu pukul berapa nak sampai ke Sungkai sekiranya saya ambik jalan ke Tol Sungkai.. Sampai jea kat Sungkai, rupa2nya mak mertua, ayah mertua dan hubby sendiri belum makan lagi kerana menunggu saya balik, sudahnya kami singgah ke kedai untuk menikmati makan malam.. huhuhu lemak di badan baru jea turun petang tadi, dah naik semula, sebab makan malam...Adoiii, taknak makan kesian pada mereka yang setia menunggu saya balik, nak makan sama2.... 

Lepas makan, saya terus mengikut hubby ke tempat kerja kerana saya memang tidur dalam kereta, menemani hubby bekerja.. Hihihi saya memang tak tidur di rumah mertua sebab selalu jugak kena halau dek mertua, suruh saya temankan hubby yang bekerja malam.. Oleh kerana situasi yang sama berlaku, kali nie saya bawak persiapan lebih rapi, ada bantal dan selimut, seronok tau tidur dalam kereta dengan pakai penyaman udara semula jadi, iaitu angin malam yang meniup, ditemani dengan bunyi unggas dan unggun api yang begitu cantik sekali... 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar sementara menunggu kereta mertua isi minyak.. Tengoklah hubby yang keletihan..Kesian dia..

Esoknya, kami sekeluarga pergi ke kenduri majlis pernikahan Bainun, adik mak sedara hubby yang berusia lebih kurang dengan hubby.. Majlis dimulakan dengan majlis berkhatam Al-Quran pada pukul 9 pagi, kami tak pergi pun ke majlis berkhatam sebab saya dengan hubby masa tue baru balik dari tempat kerja... hihihi.. Majlis pernikahan berlangsung pada pukul 12 tengahari, manakala majlis resepsi perkahwinan akan berlangsung pada 14 Januari nie, tapi masih ada jamuan secara kecil-kecilan untuk tetamu kedua-dua belah pihak.. 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Masa nie, orang dah berkurangan tapi kami sebenarnya menunggu ahli keluarga yang lain... Dari kiri sekali, itulah ayah mertua saya, yang berbaju merah tue, sepupu mak mertua, yang cantik tue mak mertua saya, saya dan hubby..

Mesti awak suma pelik tengok sepupu mak mertua saya kan, sebenarnya dia nie kacukan India-Melayu tapi kalau awak nak tau dia pernah masuk tv dalam rancangan 'Tunggu Sekejap' yang dihoskan oleh Awie.. Masa tue Awie mencari suara yang mirip pada suaranya, dan sepupu mak mertua nie memang seiras dengan suara Awie jika menyanyi dan lagu favourite dia adalah lagu 'Ratuku'...


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan mak mertua dan sepupunya... 

Pada hari Ahad pulak, kami sekeluarga memenuhi dua jemputan majlis perkahwinan di Teluk Intan.. Huhu memang jahanam dah senaman Jumaat lepas, turun lemak sikit jea, nie dah naik berkilo2, niepun hanya menjamah sikit2 jea... Ingatkan

Starlavenderluna's Journal Of Life
Hubby yang memang susah nak senyum... hihi tue matanya dah mengantuk dah sebab banyak makan nasi minyak dan nasi beriyani.. 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Hubby ambik gambar secara curi-curi... 


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan ahli keluarga yang lain.. Kiri sekali, mak long, yang bertudung merah tue Opah Sue, Mak Ngah dan pengantin baru Bainun.. 

Saya ingatkan majlis nie habis setakat tue jea tapi terlupa yang mereka nie mempunyai susur galur daripada negara India Selatan, jika tak pergi ke kedai mamak memang tak sah.. Habis saja dua majlis perkahwinan di Teluk Intan, kami sempat singgah di kedai mamak Syakir Sungkai untuk pekena teh tarik dan roti canai... hahahaha lagi la lemak nie naik berkilo2 tapi kali nie saya cuma minum ais kosong jea sebab perut dah terlalu penuh muatan dah, memang tak larat nak makan atau minum lagi... huhuhu


Starlavenderluna's Journal Of Life
Bergambar dengan ahli keluarga.. 

Itulah ceritanya... hihihi sekian... Nanti saya sambung pulak...

5 comments

  1. Sakan kak shikin berjalan2 makan kenduri. hihi..habislahh hasil senaman dgn abang sado tu..

    ReplyDelete
  2. Wah meriah ny =D

    Sma la dgn ju, start jumaat lepas da cuti. Bru ari ni on balik & bru ada masa nak bw =)

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan kenduri.. Baru ni ada kenduri rumah staff tapi terbabas lupa tarikh.. Hadoii..

    ReplyDelete
  4. Seronok cuti smb mkn2 ni, ;) takpe lps ni diet balik.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧