Assalamualaikum
wbt...
Hanya
tinggal 32 jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru dan masa
itulah kita sibuk memperkatakan azam tahun baru masing-masing.. Tak
kurang jugak ada yang mulai sibuk untuk menyiapkan kelengkapan
anak-anak yang akan mulakan persekolahan.. Apapun yang kita lakukan,
kena selalu beringat pada diri sendiri, apa yang kita lakukan adalah
semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk duniawi
saja.. Macam persiapan untuk anak-anak yang akan bersekolah, yang
sinonim memang memerlukan belanja yang besar, janganlah kita mengeluh
seolah-olah ianya terlalu berat bebanannya sebab kalau kita terlalu
meluahkan perasaan mengeluh tue, seolah-olah kita mengeluh apa yang
Allah dah rancangkan dalam kehidupan kita..
Yea
saya tau saya masih belum mengalami situasi untuk memberikan
anak-anak pendidikan dan belum layak untuk memperkatakannya, tapi
saya ada pendapat saya tersendiri.. Saya menyatakan sedemikian kerana
saya melihat dan mendengar segelintir ibu bapa yang mengeluh sakan
tentang belanja sekolah anak-anak.. Kita kena akui yang kita berada
di zaman yang memerlukan banyak belanja dan bukannya berada di zaman
nilai belanja yang besar.. Hakikat hari ini duit sebanyak RM50 hanya
dapat dibeli beberapa barangan saja jika dibandingkan dengan RM50
pada 20 tahun dulu, satu troli penuh kita dapat beli barangan
keperluan harian, betul tak..?
Sebenarnya
apa yang kita alami sekarang semuanya daripada perancangan Allah dan
hanya Allah saja yang mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya
yang kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..
Bila saya mendengar ada yang mengeluh,
“ Adoii,
pokai bulan nie disebabkan tiga orang anak bersekolah..”
“ Mak
aii... Mahalnya yuran sekolah, tue baru sorang yang daftar, belum
campur yang taska lagi..”
“ Baju
sekolah, alat tulis, buku dah beratus-ratus habis, belum lagi yuran
sekolah... Camne tue? ”
“ Kakak dah masuk asrama, duit RM2k dah melayang.. Nie belum adik-adik dia lagi nie... Mana nak cekau duit? ”
Penah dengar kan ayat-ayat di atas.. Walaupun nampak seperti ringan saja pernyataannya tapi itulah hakikatnya kita mengeluh.. Saya tak kata kita tak boleh mengeluh sebab kita nie manusia biasa, kadang-kadang memang akan terkeluar ayat-ayat mengeluh nie.. Saya pun sendiri memang mengeluh jugak jika ada sesuatu yang menganggu kehidupan saya.. Seperti saya katakan tadi, kita berada di zaman yang memang memerlukan belanja yang banyak, suka ataupun tidak, kita kena harungi jugak.. Mengadulah pada Allah jika ianya terlalu membebankan kita, semoga Allah permudahkan urusan kita.. Walaupun kami berdua masih belum dikurniakan cahayamata tapi kami sendiri terkesan jugak apa yang berlaku, sama seperti awak suma.. Nak beli barang yang menjadi idaman perlu berfikir banyak kali disebabkan ada benda penting lagi yang diperlukan...
Cara segelintir ibu bapa mengeluh tue ada kalanya tak kena, contohnya bila ada gadget yang baru dikeluarkan, masing-masing sibuk nak membelinya samada untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak.., lepas tue upload pulak gambar-gambar seperti handbag baru, barangan kosmetik yang mahal, spot rim, jam tangan berjenama ataupun pergi ke restoran dengan ber 'caption' #jgnkecamsaya #handbagboniasales #tukarbajuspotrim.. Tapi bila beli keperluan yang asasi seperti keperluan sekolah anak-anak mula mengeluh ; mahal lah ; pokai duit lah ;... Kehendak melebihi keperluan...
Tapi walaupun kehendak, mereka mengeluh jugak cuma ada perbezaan sikit dari segi ungkapan mengeluh, contohnya..
“Alamak, terbeli pulak kasut jenama Hush Puppies...Matilaanak..”
“ Ala, murah jea kosmetik nie, baru RM180 satu set daripada RM250..”
“ Alahai, sori yea, gambar tak jelas... Camnie la rupanya kalu snap gambar pakai phone cokia... ”
Nak mengeluh tue boleh, tapi adalah lebih baik kita mengeluh di depan Allah, Insha Allah pasti Allah akan memberi ilham untuk kita, membantu kita.. Semoga kita semua tidak berada di dalam golongan yang suka mengeluh kerana sifat mengeluh nie adalah satu satu penyakit jiwa.. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana kita masih dapat memberikan anak-anak pendidikan, dapat memberikan anak-anak kita makanan, pakaian dan tempat berteduh..
Dan semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat mengeluh dalam keriak- kan kerana ianya amat memudaratkan dalam kehidupan seharian kita...
Assalamualaikum
wbt...
Awak
sakit gigi..? Bila gigi dah sakit nie, rasa nak marah orang pun ada,
mood pun bertukar-tukar, yealah..nak makan pun tak boleh, nak bekerja
pun serba tak kena dibuatnya dek penangan sakit gigi.. Bila sakit tue
datang pada hujung-hujung minggu, lagi lah rasa nak marah.. Sebabnya
nak kena tunggu hari Ahad ataupun hari Isnin untuk ke klinik gigi..
Tapi
jangan risau, saya nak kongsi beberapa cara ekspress untuk
mengurangkan sakit gigi awak tue sementara nak ke klinik pada hari
esoknya... Jom kita selidik..
4) Garam dan lada hitam
Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini mempunyai properti antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur 1:1 garam dan lada hitam dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan pes ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Buat ini setiap hari dalam masa beberapa hari.
5) Teh
Teh hitam yang pekat memiliki tanin astringen yang membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan dengan berkumur. Anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam dan tuamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan sementara.
Pam
susu payudara adalah benda yang penting bagi kita yang berkerja dan
menyusukan anak kerana ianya memudahkan tugas untuk mengepam susu
dengan lebih lancar dan sekaligus senang untuk buat stok susu...
Tapi
apa caranya kita untuk membeli pam susu yang terbaik? Semoga panduan
berikut dapat digunakan sebaiknya ketika membeli pam payudara. Ini
kerana setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama
lain.
1.
Bajet
Ini
faktor paling penting! Beli ikut kemampuan awak, jangan ikut orang
lain. Pam yang mahal tidak semestinya sesuai untuk awak. Kini ada
banyak pilihan pam berkualiti dengan harga mampu beli. Jika hendak
berjimat, awak juga boleh beli pam terpakai yang masih berkualiti
atau beli di jualan murah gudang yang menawarkan harga menarik.
2.
Jenis
Terdapat
empat jenis jam iaitu manual, menggunakan kuasa bateri, elektrik
sahaja dan gabungan bateri elektrik. Pam manual menggunakan tangan.
Ia agak meletihkan tetapi harganya lebih murah. Ia sesuai untuk ibu
yang jarang mengepam iaitu suri rumah.
Pam
bateri perlu dipastikan jangka hayatnya bertahan lama. Pam elektrik
lebih mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika memiliki pam
yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.
3.
Keselesaan
Jika
tidak selesa bagaimana awak hendak menghasilkan susu yang lancar.
Oleh itu pastikan corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai
alas getah yang lembut dan selesa.
4.
Daya tahan
Jika
awak mengepam dengan kerap, pilih jenis pam yang memiliki motor mampu
bertahan lama. Jangan terpengaruh dengan harga promosi. Bimbang nanti
motor pam awak tidak mampu bertahan lama.
5.
Daya hisapan
Sebaiknya
pam yang dipilih mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu.
Pam begini akan membantu awak mengeluarkan susu lebih lancar dan
tidak membuatkan awak berasa sakit ketika mengepam.
6.
Alat ganti
Jangan
terpengaruh kepada harga promosi atau rekaan yang menarik. Tetapi
pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti yang mudah diperoleh.
Selain itu, pam yang dibeli juga mudah ditanggal dan dipasang untuk
dibersihkan.
7.
Bunyi
Aspek
ini tidak kurang pentingnya. Pam yang mengeluarkan bunyi bising
ketika digunakan sudah tentu membuatkan awak kurang selesa kerana
bimbang orang lain mendengar bunyi pam awak. Dapatkan pam yang senyap
atau kurang bunyi. Barulah tenang masa mengepam!
8.
Mobiliti
Pam
yang bagus adalah jenis yang mudah dibawa ke mana-mana terutama
sekiranya awak jenis ibu berkerjaya yang selalu bekerja luar kawasan.
Tentu sukar membawa pam yang mempunyai banyak bahagian ke mana-mana.
9.
Tunggal atau berganda
Awak
perlu memilih sama ada hendak mengepam secara tunggal atau berganda.
Bagaimanapun ibu bekerja digalakkan memilih pam berganda kerana boleh
mengepam kedua belah payudara serentak dan menjimatkan masa ketika
bekerja.
10.
Saiz dan berat
Jika
awak seorang yang selalu bertugas di luar pejabat, digalakkan memilih
pam yang ringan, kecil dan mudah dibawa. Sekurang-kurangnya ia
memberi semangat untuk terus mengepam. Maklumlah kalau pam besar dan
berat, nanti awak jadi malas hendak mengepam.
Assalamualaikum
wbt..
Hahaha mintak maaf la sebab lama tak munculkan diri sejak Jumaat lepas, sebabnya saya balik kampung suami sempena cuti Krismas baru2 nie.. Kali nie saya lone ranger drive sorang2, memang penat giler sebab hari Jumaat tue, kami ada hari 'Let's Get F.I.T.' dan kali ini Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan menjadi hos acara...
Acara pertama yang dilakukan adalah warm-up yang diketuai oleh abang-abang bomba daripada balai bomba KL, Putrajaya dan Selangor, mungkin jugak daripada Unit STORM.. Kemudian, kami perlu berlari keliling bangunan HQ sejauh 1 pusingan, walaupun hanya satu pusingan tapi letihnya seyhhh... adoiii rasa nak tercabut kepala lutut nie, nasib baik diorang suma bagi support pada kami yang tak berkemampuan nak berlari macam Watson Nyambek tue... hahaha.. Lepas tue, acara diteruskan dengan senaman ala2 kebombaan dan tarian poco-poco.. hahahaha jangan disangka se sado-sado abang bomba, mereka boleh menari poco-poco tau, kalah kami yang perempuan nie... Walaupun latihan kali nie agak meletihkan tapi kami suma enjoy dengan senaman nie, sebabnya dapat bersenam yang belum tentu akan terbuat jika bersendirian..
Hahaha mintak maaf la sebab lama tak munculkan diri sejak Jumaat lepas, sebabnya saya balik kampung suami sempena cuti Krismas baru2 nie.. Kali nie saya lone ranger drive sorang2, memang penat giler sebab hari Jumaat tue, kami ada hari 'Let's Get F.I.T.' dan kali ini Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan menjadi hos acara...
Acara pertama yang dilakukan adalah warm-up yang diketuai oleh abang-abang bomba daripada balai bomba KL, Putrajaya dan Selangor, mungkin jugak daripada Unit STORM.. Kemudian, kami perlu berlari keliling bangunan HQ sejauh 1 pusingan, walaupun hanya satu pusingan tapi letihnya seyhhh... adoiii rasa nak tercabut kepala lutut nie, nasib baik diorang suma bagi support pada kami yang tak berkemampuan nak berlari macam Watson Nyambek tue... hahaha.. Lepas tue, acara diteruskan dengan senaman ala2 kebombaan dan tarian poco-poco.. hahahaha jangan disangka se sado-sado abang bomba, mereka boleh menari poco-poco tau, kalah kami yang perempuan nie... Walaupun latihan kali nie agak meletihkan tapi kami suma enjoy dengan senaman nie, sebabnya dapat bersenam yang belum tentu akan terbuat jika bersendirian..
Orang lain sibuk berlari, kami berdua sibuk bergambar, sambil berlari.. hahahaha |
Abang-abang bomba yang menjadi jurulatih.. Letih tapi seronok... Kredit gambar : Pn. Jamilah |
Malam Sabtu tue dalam pukul 8.45 malam, saya pun bergerak balik ke Sungkai, ingatkan dah tak jemmed dah jalan nak menghala ke Utara tapi jangkaan saya meleset, daripada Rawang hingga ke Bukit Beruntung, asyik pakai gear no.2 jea, lenguh kaki duk tekan clutch... Hadoii, nasiblah awak Wan Nur Ashikin pakai kereta manual... Lepas daripada tol Bukit Beruntung, jalan raya pun lancar semula tapi mula kembali tersekat berhampiran dengan Tol Slim River..Saya pun ambik keputusan masuk ke Tol Slim River sebab masa tue, jam menunjukkan pukul 12.16 pagi sebab tak tahu pukul berapa nak sampai ke Sungkai sekiranya saya ambik jalan ke Tol Sungkai.. Sampai jea kat Sungkai, rupa2nya mak mertua, ayah mertua dan hubby sendiri belum makan lagi kerana menunggu saya balik, sudahnya kami singgah ke kedai untuk menikmati makan malam.. huhuhu lemak di badan baru jea turun petang tadi, dah naik semula, sebab makan malam...Adoiii, taknak makan kesian pada mereka yang setia menunggu saya balik, nak makan sama2....
Lepas makan, saya terus mengikut hubby ke tempat kerja kerana saya memang tidur dalam kereta, menemani hubby bekerja.. Hihihi saya memang tak tidur di rumah mertua sebab selalu jugak kena halau dek mertua, suruh saya temankan hubby yang bekerja malam.. Oleh kerana situasi yang sama berlaku, kali nie saya bawak persiapan lebih rapi, ada bantal dan selimut, seronok tau tidur dalam kereta dengan pakai penyaman udara semula jadi, iaitu angin malam yang meniup, ditemani dengan bunyi unggas dan unggun api yang begitu cantik sekali...
Bergambar sementara menunggu kereta mertua isi minyak.. Tengoklah hubby yang keletihan..Kesian dia.. |
Esoknya, kami sekeluarga pergi ke kenduri majlis pernikahan Bainun, adik mak sedara hubby yang berusia lebih kurang dengan hubby.. Majlis dimulakan dengan majlis berkhatam Al-Quran pada pukul 9 pagi, kami tak pergi pun ke majlis berkhatam sebab saya dengan hubby masa tue baru balik dari tempat kerja... hihihi.. Majlis pernikahan berlangsung pada pukul 12 tengahari, manakala majlis resepsi perkahwinan akan berlangsung pada 14 Januari nie, tapi masih ada jamuan secara kecil-kecilan untuk tetamu kedua-dua belah pihak..
Masa nie, orang dah berkurangan tapi kami sebenarnya menunggu ahli keluarga yang lain... Dari kiri sekali, itulah ayah mertua saya, yang berbaju merah tue, sepupu mak mertua, yang cantik tue mak mertua saya, saya dan hubby.. |
Mesti awak suma pelik tengok sepupu mak mertua saya kan, sebenarnya dia nie kacukan India-Melayu tapi kalau awak nak tau dia pernah masuk tv dalam rancangan 'Tunggu Sekejap' yang dihoskan oleh Awie.. Masa tue Awie mencari suara yang mirip pada suaranya, dan sepupu mak mertua nie memang seiras dengan suara Awie jika menyanyi dan lagu favourite dia adalah lagu 'Ratuku'...
Bergambar dengan mak mertua dan sepupunya... |
Pada hari Ahad pulak, kami sekeluarga memenuhi dua jemputan majlis perkahwinan di Teluk Intan.. Huhu memang jahanam dah senaman Jumaat lepas, turun lemak sikit jea, nie dah naik berkilo2, niepun hanya menjamah sikit2 jea... Ingatkan
Hubby yang memang susah nak senyum... hihi tue matanya dah mengantuk dah sebab banyak makan nasi minyak dan nasi beriyani.. |
Hubby ambik gambar secara curi-curi... |
Bergambar dengan ahli keluarga yang lain.. Kiri sekali, mak long, yang bertudung merah tue Opah Sue, Mak Ngah dan pengantin baru Bainun.. |
Saya ingatkan majlis nie habis setakat tue jea tapi terlupa yang mereka nie mempunyai susur galur daripada negara India Selatan, jika tak pergi ke kedai mamak memang tak sah.. Habis saja dua majlis perkahwinan di Teluk Intan, kami sempat singgah di kedai mamak Syakir Sungkai untuk pekena teh tarik dan roti canai... hahahaha lagi la lemak nie naik berkilo2 tapi kali nie saya cuma minum ais kosong jea sebab perut dah terlalu penuh muatan dah, memang tak larat nak makan atau minum lagi... huhuhu
Bergambar dengan ahli keluarga.. |
Itulah ceritanya... hihihi sekian... Nanti saya sambung pulak...
Assalamualaikum wbt..
Semut sememangnya menjadi penghuni tetap di rumah kita dan kehadiran dia sememangnya merimaskan kita.. Mana taknya, makanan nak kena sorok dalam bekas yang bertutup rapat, gula tumpah sikit jea, dia punya hurung satu batalion turun... Camne cara nak buat supaya mereka tak singgah lagi ke mana-mana lokasi kesukaan mereka..
Saya ada cara tersendiri dan Alhamdulillah cara nie memang berkesan, D.I.Y. Ini dipraktikkan oleh ummie saya, terima kasih Puan Sharifah Hindon Binti Syed Abdul Rahman Al-Kaff...
Caranya adalah, awak ambik 5 ulas bawang putih dan awak tumbuk kasar2 tau dan jangan terlalu hancur bawang putih tue.. Lepas tue, awak masukkan sikit air, dalam agak2 setengah gelas dan letakkan bersama2 dengan bawang putih dalam mangkuk.. Lapkan air bawang putih tue di keliling kaki meja dan kerusi serta di tempat yang ada semut, Insha Allah, semut takkan singgah.. Setakat nie ianya berkesan pada saya, selamat mencuba..!
D.I.Y. cara untuk membersihkan celah botol minuman yang berdaki & berbau busuk
Friday, December 23, 2016
Assalamualaikum wbt..
Botol minuman nie kalau kita gunakan dalam jangka masa yang lama, pasti akan ada kotoran dan daki di celah-celah dan ianya sangat susah nak bersihkan.. Walaupun kita menggunakan berus tapi ianya masih lagi tak dapat nak tanggalkan daki yang berada di celah-celah botol minuman nie..
Hari nie, saya nak kongsi camne cara nak bersihkan segala daki dan kotoran yang berada di celah botol minuman.. Kredit to Majalah Impiana..
Bahan-bahan:
Air panas
Pencuci pinggan mangkuk
Beras
Baking soda
Jirus botol minuman dengan menggunakan air panas. Jika kotoran ataupun daki pada bekas minuman begitu sukar ditanggalkan, isikan penuh-penuh air panas di dalam bekas minuman dan letakkan sedikit pencuci pinggan mangkuk. Biarkan selama 20 minit.
Bila awak mengoncangkan botol minuman beberapa kali, buka penutup botol dengan berhati-hati untuk mengelakkan ‘letupan’ gara-gara ereksi baking soda. Tuang lebihan ke dalam sinki.
Diharapkan ianya dapat membantu kerja-kerja rumah seharian kita..
Assalamulaikum wbt,
Cicak.. Salah satu haiwan yang paling aktif dalam rumah kita.. Kalau di masa zaman kecik2 mesti abah saya akan melastik cicak menggunakan gelang getah yang kadang2 mengena kadang2 tersasar.. Sekarang, ada cara nak halau haiwan nie menggunakan bahan-bahan bajet.. Jom kita selidik..
1) Serbuk kopi - Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Awak kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.
2) Bawang putih - Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur dibahagian yang mudah didekati cicak.
3) Bawang besar - Awak juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun awak juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.
4) Cili kering - Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.
5) Bela kucing - Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya! (p/s : Cara nie tak menjadi bagi saya sebab askar2 wataniah saya hanya memerhatikannya saja tanpa berbuat apa2...huhu makan gaji buta jea diorang nie...)
6) Kulit telur ayam - Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
7) Bunuh serangga - Mesti awak tahu bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi awak perlu membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah awak tiada serangga, Insha Allah cicak juga tiada!
8) Jaga kebersihan rumah - Pastikan rumah awak sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
9) Air dan cili api - Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.
Assalamualaikum
wbt... SubhanAllah... Cantik petikan ini.
Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam perut ibu mu , dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim.
Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanan mu.
Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati. { liver } dan di kirimu hempedu { spleen } ibumu.
Setelah itu, Aku ajarkan engkau untuk tetap dan duduk di dalam badan ibu mu. Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??
Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, Aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang untuk mengeluarkan mu
dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu.
Tiada bagi mu gigi untuk mengunyah, jua tangan, untok menggapai, juga kaki untuk berdiri engkau tidak punya apa2.
Aku jadikan susu yang lengkap lagi bersih dari dada ibumu, yang sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk.
Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tua mu.
Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.
Apabila engkau telah kuat untuk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan.!! Dan engkau langsung tidak malu padaKu.
Maka Aku tetap peringatkan:
Jika engkau berdoa,
Aku makbulkan.
Jika engkau meminta,
Aku berikan.
Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu
Sungguh ajaib, engkau wahai anak Adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagi mu wahai anak Adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkan mu dari tubuh ibumu,
dan ketika kau mati tidak juga engkau ketahui siapa yang memasukkan engkau ke kubur mu.
Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika kau dilahirkan, ada yang menggosok dan membersihkan mu, dan setelah engkau mati, ada juga yang menggosok dan membersihkan mu.
Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan bersedih ke atas mu.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau di dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih untuk menutupi mu, mati mu juga engkau dikafankan dengan kain putih untuk menutupi mu.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam ..
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat tentang amal-amal engkau yang sholeh dan apa bekalmu untuk akhirat?
Paksakan untuk sebut di hati Dua kalimah Syahadah.
Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رØمن * آمين يا رØيم..Ø£َÙ…ِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِينْ.
ِ ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤à®œ
ٍِSemoga kita dapat menyebar luaskan kata kata yang bermanfaat ini.
Agar ia akan jadi ilmu Amal Jariaah Bagi jawapan di hadapan Allah Nanti..ْ
Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam perut ibu mu , dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim.
Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanan mu.
Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati. { liver } dan di kirimu hempedu { spleen } ibumu.
Setelah itu, Aku ajarkan engkau untuk tetap dan duduk di dalam badan ibu mu. Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??
Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, Aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang untuk mengeluarkan mu
dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu.
Tiada bagi mu gigi untuk mengunyah, jua tangan, untok menggapai, juga kaki untuk berdiri engkau tidak punya apa2.
Aku jadikan susu yang lengkap lagi bersih dari dada ibumu, yang sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk.
Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tua mu.
Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.
Apabila engkau telah kuat untuk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan.!! Dan engkau langsung tidak malu padaKu.
Maka Aku tetap peringatkan:
Jika engkau berdoa,
Aku makbulkan.
Jika engkau meminta,
Aku berikan.
Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu
Sungguh ajaib, engkau wahai anak Adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagi mu wahai anak Adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkan mu dari tubuh ibumu,
dan ketika kau mati tidak juga engkau ketahui siapa yang memasukkan engkau ke kubur mu.
Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika kau dilahirkan, ada yang menggosok dan membersihkan mu, dan setelah engkau mati, ada juga yang menggosok dan membersihkan mu.
Sungguh ajaib perihalmu anak Adam..
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan bersedih ke atas mu.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau di dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam..
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih untuk menutupi mu, mati mu juga engkau dikafankan dengan kain putih untuk menutupi mu.
Ajaib sungguh perihalmu anak Adam ..
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat tentang amal-amal engkau yang sholeh dan apa bekalmu untuk akhirat?
Paksakan untuk sebut di hati Dua kalimah Syahadah.
Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رØمن * آمين يا رØيم..Ø£َÙ…ِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِينْ.
ِ ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤à®œ
ٍِSemoga kita dapat menyebar luaskan kata kata yang bermanfaat ini.
Agar ia akan jadi ilmu Amal Jariaah Bagi jawapan di hadapan Allah Nanti..ْ
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons