Assalamualaikum wbt..
Saya terjumpa satu post yang mungkin ada antara kita tak tahu, camne nak buang bisa pada ikan tongkol.. Tang bisa tue saya tak pasti bisanya kat mana, mungkin alergi kegatalan kot..
Nk share petua...ada yg pggil ikan aye/tongkol/kayu.Saya kalau siang ikan ni mesti buang ekornya mcm ni.●kat ekor tu patahkan, pulas2 skit lepas tu tarik akan kluar la benda alah tu...Mak mertua sy ckp utk bg lagi sedap rasa isinya & untuk hilangkan bisa pada ikan tu. (kredit petua : Pn. Yati Nfa)
Assalamualaikum wbt..
Hihi, awak faham tak..? Jenuh la saya nak baca dan cuba translate ke bahasa sastera...
Apa kata awak cuba plak translate dan faham kan apa maksud kata-kata adik nie..
hihi.. Budak-budak sekarang..
Assalamualaikum wbt... Semoga nota nie memberi manfaat kepada kita semua..
Malam ni malam jumaatMalam yang penuh berkatJangan hanya pikir hal syahwatBanyaklah baca selawatMalam ni malam jumaatBanyak sungguh perkara sunatKutip lah ia dengan semangatNgaji zikir tazkirah dan bertaubatMalam ni malam jumaatAlam dijadikan dengan rahmatDunia dihancurkan dengan kiamatHendaklah kita selalu beringatMalam ni malam jumaatTafakur disejadah baca munajatMohon ampun segala khianatMasa berdosa selalu tak ingatMalam ni malam jumaatAlam kubur hendaklah diingatDisana jarang orang yang selamatKerana hidup dalam gelap gelematMalam ni malam jumaatBaca selawat beroleh syafaatSemuga hidup dapat berkatDan mati pula dalam rahmatMalam ni malam jumaatBasahi mata dengan air yang hangatMenanggis dan merintih dalam munajatSemuga segala dosa diangkatWahai Allah yang bersifat kamalatAmpuni dosa hambaMu ini yang jahatTerangi hatiku yang gelap gelematDengan kasihMu berserta rahmat...Sesekali utk berkongsi...satu kelainan..
Assalamualaikum wbt..
Pelik-pelik kan orang di negara China nie, tikus pun mereka tak lepaskan... huhu.. Semalam kat harian Metro ada citer pasal seekor tikus di China telah 'dimalukan' dengan mengikatnya pada sebuah troli selepas ditangkap 'mencuri' beras... Sekeping kad digantung pada leher tikus yang bertulis tikus nie dihukum kerana ditangkap semasa tengah 'mencuri' beras...
Kata netizen dalam laman sosial Weibo, "Sungguh malang nasib tikus nie, camne ia nak sambut Tahun Baru Cina nanti kerana dimalukan," haaaaaaaaa😱
Kalu awak nak tahu, pada gambar pertama tue, mesej pada kad tue bermaksud, "Saya tak berani buat lagi..!" dan pada gambar kedua pulak bermaksud, " Huh! Ini terbaik yang kamu lakukan? Walaupun kamu memukul saya sehingga mati, saya takkan mengaku beras di rumah kami itu dicuri oleh saya.." and again..haaaaaaaaaa😱
Ya Allah...🙀Apalah diorang nie... Dengan tikus pun diorang cari gaduh... hihi memang pelik kan orang-orang di negara China nie..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM yang diadakan di Perbadanan Putrajaya.. Burrpp. Alhamdulillah, kenyang perut nie kerana menikmati jamuan makan yang disediakan..
Hihihi skema btul ayat kat atas nie..
Majlis APC disempurnakan oleh Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM dan seramai 69 orang telah menerima anugerah nie..Sepatutnya ada 70 orang tapi salah sorang penerimanya telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu, nak tahu citer, awak baca sini.. Jadi walaupun agak meriah tapi dalam masa yang sama kami semua terasa kehilangan jugak..hmm
Tengok menu yang disediakan, memang sedap.. hihi apa yang pasti lauk gulai kambing memang ada dalam list menu makanan kami..
Kami naik bas untuk ke Perbadanan Putrajaya, kebetulan pulak kat situ ada jualan, so kami berdua sempatlah ber 'makeover' mekap.. hihihi tengok gambar kat bawak tue, yang sebelah kiri awak, kami tak bermekap lagi, sebelah kanan tue kami bermekap.. hihi mesti awak pelik mana kawan saya sorang lagi kan..? Sebenarnya pagi tadi dia memang nak ikut tapi disebabkan alahan teruk, jadi dia tak larat nak ke sana..
Apapun tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan staf sokongan yang menerima APC pada tahun 2016...
Assalamualaikum wbt..
Sebagaimana cuaca pada hari nie yang mendung dan hujan turun renyai, begitulah hati kami di Cawangan Pentadbiran khususnya dan HQ JBPM amnya, kerana kami kehilangan sahabat kami yang kami sayangi, Pn. Norizan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai CC Norizan pada jam 3.10 petang tadi..
Kali terakhir saya berjumpa dan bercakap dengan beliau adalah pada hari Khamis lepas dan kali terakhir saya menziarahi arwah adalah pada petang tadi di Hospital Serdang.. Arwah Norizan menemui Ilahi akibat penyakit asma..
Arwah adalah seorang wanita yang murah dengan senyuman, sering bertegur sapa dengan sesiapa saja yang ditemuinya dan yang paling ketara sekali adalah arwah kami semua anggap sebagai seorang ibu yang lemah lembut.. Kami pasti merindui senyuman dan tutur nasihat daripada beliau...😢
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..
Sumber gambar : Google Images |
Assalamualaikum wbt..
Pagi nie saya nak review pasal satu restoran yang agak istimewa iaitu Restoran Pinggan² Nasi Kukus di Gong Badak, Kuala Terengganu.. Kenapa saya cakap istimewa..? Sebabnya adalah restoran nie ada menyajikan nasi kukus yang sangat istimewa dan awak boleh pilih samada nak makan berlaukkan ayam goreng berempah ataupun ikan yang digoreng garing... Selain itu, restoran ini juga menyajikan lauk pauk kampung seperti ikan singgang, daging gulai, kentang yang digoreng bersama sambal..
Tengoklah menu-menu yang disediakan..
Nampak menyelerakan menu-menu dia..? Restoran nie jugak ada menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, korporat dan kerajaan, harganya pun agak berbaloi jugak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Pakej katering mereka nie jugak ada menyediakan lengkap dengan peralatan seperti kanopi, scallop, kipas, set meja bufet, kerusi meja dan alas kerusi.. Peralatan mereka pulak eksklusif dan nampak mewah tapi mereka membawa konsep 'Eksklusif dan Mampu Milik'...
Bagi harga katering untuk majlis perkahwinan, Pinggan² Nasi Kukus memberi harga yang agak berbaloi iaitu bermula dari RM7.50 untuk seorang, manakala untuk organisasi kerajaan dan korporat pulak katering sarapan hanya RM5 seorang dan untuk hidangan tengahari pula, restoran ini memberi harga dari RM8 seorang..Agak murah kan..
Jadi jika awak nak mencari hidangan tengahari dengan lauk pauk tradisional Terengganu, awak bolehlah singgah di Restoran Pinggan² Nasi Kukus yang terletak di alamat ini : Pinggan Nasi Kukus, Emporium Hock Kee Seng Gong Badak, Kuala Terengganu..
Selamat menjamu selera..
..•.¸¸•´¯`•.¸¸.ஐ [Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Roshayu Muhamad, Allah selamatkan kamu] ஐ..•.¸¸•´¯`•.¸¸.
Sanah helwah kak Ayu.. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah.. Hari nie secara kebetulan pulak, hari lahir sahabat saya yang tersayang, Kak Ayu dan inilah citer kelakar berlaku pada hari nie..
Selalunya kalu di hari lahir, kita akan membeli kek pada yang diraikan, betul tak..? Tapi kak Ayu nie lain sikit orangnya, dia pulak yang membeli kek untuk sahabat-sahabat dia termasuklah saya.. Tapi saya punya kek special sikit.. Jeng..jeng..jeng...
Inilah dia kek special tue.. hihi yang lain-lain jangan jeles yea.. Kak Ayu nie memang dah tau saya tak berapa gemarkan apa jugak jenis yang bercoklat, sebab tue dia belikan kek yang lain untuk saya.. Terharu dan segan rasanya pada dia sebab patutnya saya yang belikan kek untuk dia, tapi sebaliknya dia pulak yang belikan.. Siapa yang celebrate birthday sebenarnya nie..? hihihi
Anyway, terima kasih kak Ayu kerana sudi belikan kek untuk saya, memang terharu sangat-sangat.. Hadiah nanti boleh tuntut yea.. hihi
Selamat hari lahir kak Roshayu Muhamad..
Assalamualaikum wbt..
Be notices..
Tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar Masihi iaitu pada 21 September 2017 telah dianjak ke 22 September 2017 berikutan setelah Panel Pakar Falak Jakim telah meneliti semual data bulan Zulhijjah 1438H..
Assalamualaikum wbt..
Selamat tengahari dan selamat menunaikan solat Zohor kepada awak suma.. Semalam saya bagitau kat awak yang ada majlis raptai perbarisan tahunan JBPM dan hari nie selesailah upacara majlis perbarisan tahunan JBPM..
Seperti biasa, Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM memberi ucapan amanat kepada semua anggota bomba dan staf sokongan.. Memandangkan staf sokongan Bahagian Pengurusan terlalu ramai, jadi hanya sebilangan kecik jea yang beratur kat situ, yang lain-lain berada di pentas bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan JBPM (termasuklah saya).. hihi nasib baik jugak la sebab pagi tadi cuaca amat cerah sekali dan mentari menyinari dengan penuh semangat..
Selesai majlis perbarisan, acara makan-makan pun berlangsung dan menu pagi tadi adalah nasi beriani, ayam masak merah, kari kambing (MENU WAJIB DI JBPM), buah-buahan dan air minuman.. Tapi maaflah takde gambar yang nak dipersembahkan sebab masing-masing tengah lapar gilerr.. hihihi..
Yang sempat ambik gambar adalah ini..
Kan.. Nampak tak cahaya mentari yang menyinari dengan penuh semangat..?
Dan sekarang tamatlah majlis perbarisan tahunan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan majlis nie berlangsung serentak di semua Ibu Pejabat JBPM Negeri dan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara..
Assalamualaikum wbt.. Semoga nota nie memberi manfaat dalam kehidupan kita..
DILARANG SOMBONG
*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*
*Nama* : diberi oleh *Orang lain*
*Pendidikan* : didapat dari *Orang lain*
*Gaji* : diterima dari *Orang lain*
*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*
*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.
*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*
*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*
*Pemakaman* : dilakukan oleh *Orang lain*
Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.
Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain :
*DI MANAKAH KEHEBATAN KITA*
Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN".
Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka. 😊
DILARANG SOMBONG
*Lahir* : ditolong oleh *Orang lain*
*Nama* : diberi oleh *Orang lain*
*Pendidikan* : didapat dari *Orang lain*
*Gaji* : diterima dari *Orang lain*
*Kehormatan*: diberikan oleh *Orang lain*
*Mandi pertama*: dilakukan oleh *Orang lain*.
*Mandi terakhir*: dilakukan oleh *Orang lain*
*Harta setelah meninggal*: menjadi hak *Orang lain*
*Pemakaman* : dilakukan oleh *Orang lain*
Ternyata sejak lahir hingga meninggal kita selalu memerlukan *Orang Lain*.
Kita mulai sedar bahawa hidup ini memerlukan orang lain :
*DI MANAKAH KEHEBATAN KITA*
Ternyata, kita bukanlah siapa-siapa tanpa "ORANG LAIN".
Bersahabatlah dengan semua orang kerana kita tidak tahu bila kita memerlukan bantuan mereka. 😊
Assalamualaikum wbt...
Selamat tengah hari suma.. Maaf la sebab dah beberapa hari jurnal nie takde nota, disebabkan kesibukan pada awal tahun.. Semalam kami berdua telah pergi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk membuat pinjaman buku berkelompok..
Pinjaman berkelompok? Library pun pinjam buku jugak ke..? Okey, camnie citernya.. Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok nie adalah disediakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Sesebuah institusi/jabatan yang telah berdaftar boleh meminjam sebanyak 400 buah buku untuk tempoh tiga (3) bulan. Institusi/jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap buku yang mereka pinjam tertakluk kepada syarat dan peraturan Pinjaman Bekelompok.
Contohnya macam dekat library Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia adalah library khusus dalam bidang kebombaan, jadi kebanyakan buku yang ada di library JBPM nie adalah berkaitan dengan bidang kebombaan.. Tapi kami ada jugak beli buku ilmiah ringan yang lain cuma kuantitinya takdelah banyak sangat.. Jadi dengan pinjaman buku berkelompok nie kami utamakan bahan bacaan ringan seperti novel, buku citer kanak-kanak, agama, pengurusan, sains dan matematik yang takde dalam senarai di dalam library kami untuk galakkan lagi pengguna datang ke library dan meminjam buku.. Jadi setakat nie, kami dah pinjam sebanyak 15 kali dah dan sambutannya amat menggalakkan terutama di kalangan anak-anak staf yang memang suka pada buku-buku citer kanak-kanak terutama buku-buku komik...
Hari nie jugak ada majlis raptai hari perbarisan tahunan yang akan berlangsung pada pagi esok di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, dan dengar-dengar citer novelis Mia Kiff yang menulis novel 'I love you abang bomba' akan datang esok.. Memang setiap tahun JBPM akan membuat perbarisan tahunan pada awal tahun untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh YAS Datuk Wira Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah kami..
Sumber gambar daripada www.bomba.gov.my |
Itu aktiviti waktu siang... Waktu malamnya pulak, saya masih lagi buat perkhidmatan urut terapi buang angin di sekitar kawasan yang saya cover.. Macam semalam, walaupun hujan turun renyai-renyai tapi ianya tak mematahkan semangat saya untuk berbakti pada masyarakat, dan nasib baik rumah customer saya berdekatan dengan taman perumahan saya.. hihi jadi takdelah rasa nak kejar masa sangat kan..
Kalau ikutkan memang selepas balik daripada rumah, hati meluap-luap nak bercerita tapi apakan daya, rasa penat dan mengantuk menguasai diri dan sebab itulah agak jarang jugak saya update nota jurnal saya kat sini.. Konon-konon tahun baru nak update paling minima 4 entri setiap hari tapi huhuhuhu belum kesampaian lagi...
Okey, jaa nee..
Assalamualaikum wbt...
Biasanya perut kembung nie selalunya dikaitkan dengan baby dengan kanak-kanak tapi tak dinafikan orang dewasa macam kita nie memang kadang-kadang ada merasainya.. Perut kita mesti tak selesa disebabkan pengumpulan gas berlebihan di dalamnya, kan..
Pagi nie saya nak berkongsi dengan awak tips camne nak atasi masalah perut kembung. Jom kita selidikinya...
Minum sebelum makan
Saat menghadap makanan yang digemari, jangan awak teruja atau gelojoh menjamahnya. Ambik nafas seketika dan minumlah segelas air, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan. Cara ini dikatakan boleh membantu perut kita bagi mencerna makanan dengan lebih baik.
Makan dan minum perlahan-lahan
Awak tau tak bahawa makan dan minum dalam keadaan cepat hanya akan memudaratkan kesihatan sekaligus mengakibatkan masalah perut kembung. Ini adalah kerana ketika kita menelan, kita sebenarnya 'makan' lebih banyak udara berbanding makanan yang mana ia kemudiannya akan menyebabkan pertambahan gas. Oleh sebab itu, jalan penyelesaian yang boleh diambil malah mudah dilakukan adalah dengan memperlahankan waktu kunyahan dan menelan sama ada ketika makan atau minum.
Hentikan tabiat buruk
Sama ada kita sedar ataupun tak, sebenarnya kita mempunyai tabiat buruk yang boleh memudaratkan kesihatan. Awak tau tak yang merokok, kunyah gula-gula getah dan minum melalui straw hanya akan membuatkan perut kita cepat kembung kerana banyak udara telah ditlan tanpa disedari.
Elak pemanis buatan
Mesti ramai yang dah tahu yang pemanis buatan hanya akan memudaratkan kesihatan.Namun itulah yang sering kita gunakan dalam makanan mahupun minuman. Sorbitol iaitu sejenis bahan yang sering digunakan dalam penghasilan gula-gula getah yang dikatakan 'rendah kandungan gulanya'. Bukan setakat tue jea, istilah gula seperti sakarin, sukralose dan aspartam juga mampu membuatkan perut berasa kembung dan tak selesa.
Amalkan teh pudina
Awak tau tak pudina amat bagus untuk melegakan perut yang kembung sekaligus mengurangkan rasa sakit yand dialami. Apa yang awak perlu buat adalah minum secawan teh dengan pudina setiap kali selepas makan malam dan rasailah kesannya.
Minum air halia
Masa perut merasa kembung, mesti tekak kita akan berasa loya dan tak selesa. Cara yang boleh awak lakukan untuk kurangkan simptom ini adalah dengan minum air halia panas, awak minum secara perlahan-lahan. Insha Allah, perut akan menjadi lega selepas beberapa ketika..
Assalamualaikum wbt...
Nota yang nie berbeza daripada sebelumnya, selalunya ada orang buat tutorial buat blog tapi saya nak kongsi pada awak tutorial cara nak cari nama dalam group Whatsapp.. Kalau ahli dalam group tue tak sampai 10 orang takpelah jugak tapi camne cara nak cari nama jika ahlinya mencecah 100++...? Mesti penat kan nak scroll ke bawah cari satu-satu nama dalam group info..
So apa yang awak perlu buat adalah :-
Taip.
Q*@
Awak boleh nampak gambar dan ahli group awak jadi awak tak perlulah nak pegi ke group info untuk melihat ahli dalam group.... Contoh gambar adalah seperti di bawah.. selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons