Cerita tentang askar wataniah-ku

Monday, January 09, 2017

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya entri nie dah lama kat dalam draf tapi baru hari nie berkesempatan nak bercerita.. Rumah saya kini dapat ahli keluarga yang baru iaitu Tam dan Teh, dua ekor anak kucing yang telah dilahirkan oleh Lili.. Sebelum nie Lili dah mempunyai ramai anak tapi apakan daya kebanyakan anak2 dia semuanya mati kerana sakit, yang tinggal cuma dua ekor saja yang masih hidup dan menemani dia, iaitu Bobo dan Lighter..


Tam dengan Teh nie diberi nama sebab warna bulu mereka nie hitam dan putih, macam warna tahi cicak... Hihi sebenarnya saya malas nak fikir nama yang pelik-pelik, dah warna mereka camtu, senang panggil..
Starlavenderluna Journal Of Life


Gambar nie diambil setelah saya selesai mandikan Tam dengan Teh dan kali pertama mereka kena air dan shampoo.. Terus tidur merengkok kesejukan di samping ibu mereka setelah selesai menyusu.. Kini rumah saya ada 5 ekor kucing yang masih tinggal dan hidup sihat.. Yang paling tak best si Bobo dengan Lighter yang dah besar gajah pun duk menyusu lagi dengan ibunya, Lili... Yang si ibu nie plak, memang jenis lembut hatinya, hanya membiarkan saja mereka yang besar gajah nie menyusu sampaikan dua orang adik yang kecik tue terpaksa mengalah... Adoii la, Bobo, Lighter.. Saya banyak kali jugak marahkan mereka tapi mereka hanya buat muka 'toya' kata orang Tganu, kalu orang luar katanya selamba badak.. hihihi geram tau... Saya cakap camnie, “Lighter, Bobo, bagilah kat adik tue menyusu, kamu kan dah besar, takkan nak menyusu lagi.. Tak malu ke..?” huhu.. Sakit jea hati nie bila mereka buat muka selamba badak nie...
Starlavenderluna Journal Of Life


Tapi walaupun begitu mereka nie la yang menjadi hiburan buat saya di rumah walaupun ada kalanya mereka sering 'menganiayai' tuannya... hihi.. 

4 comments

  1. Kena ragging tak nie? Hehe. Kena ajar kawad semua nie. Comel jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa, diorang nie selalu ragging tuan dia...huhu

      Delete
  2. alahai... comel nyer.
    aida xde bela kucing. geli! hi hi hi....
    anak2 main kucing jiran aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, dulu saya pun geli dan takut pada kucing tapi sekarang nie diorang yang menjadi peneman saya di rumah.. =)

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧