Assalamualaikum wbt..
Jumaat lepas, saya ada terbaca satu entri blog (lupa dah daripada blog mana) yang bercerita tentang easyparcel packaging.. Sebenarnya dia bercerita tentang plastik parcel yang begitu comel dan harganya pun berpatutan yang sekarang nie tengah sale...
Inilah parcel yang comel tue...
Parcel nie memang sesuai untuk semua kurier, senang nak hantar barang dan tak payah nak beli plastik parcel lagi, kan...
Saya pilih ini..
Kebetulan harganya untuk 100pcs cuma dalam RM49.00 free postage lagi.. Saiznya pulak dalam A3.. Dan akhirnya order saya dah pun sampai pagi tadi..Alhamdulillah..
Comey lote... Camne nak beli..? Okey.. Mula-mula awak pegi ke laman web nie.. Lepas tue, awak pilih la mana yang awak suka..
Klik pada gambar yang awak nak.. Lepas tue dia akan keluar arahan seterusnya.. Pilihlah berapa awak nak beli samada 100pcs ataupun lebih.. Lepas tue awak add pada cart dan lepas tue awak pilih view cart..
Selesai klik pada view cart, akan keluarlah arahan seterusnya..
Kalau awak takde nak buat pertambahan pembelian, so proceed la pada check out dan akan keluar lagi arahan seterusnya...
Lepas awak isi semua maklumat pembelian dan penghantaran, pihak easyparcel akan menghantar emel pada awak camne nak buat pembayaran dan detail mengenai pembelian awak...
So pada sapa-sapa yang buat bisnes online ataupun nak hantar hadiah giveaway, memang sesuai sangat beli parcel nie, yang bukan saja cute tapi menjimatkan kos untuk beli plastik parcel...
Selamat membeli...
*p/s : Kak Sha a.k.a. blogger Kasihku Amani adalah orang pertama yang akan mendapat parcel yang comel nie.. Akak tunggu yea parcel akak.. hihi sori lambat.. 😋
Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Dan awak tau tak bahawa ada 15 fakta menarik tentang senyuman? Apakah fakta yang menarik tentang senyuman nie..Jom kita selidik..
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.
6. Sedar ataupun tak sebenarnya kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Seorang pujangga ada menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi, senyumlah..
Assalamualaikum wbt..
Awak masih ingat kan entri saya yang terdahulu pasal sarapan..? hari nie saya nak kongsi sikit hidangan tengahari saya.. Jeng..Jeng..
Inilah hidangan tengahari saya, chicken wrap... Ehh..Ehh.. Sedang berdiet ke..? hihi Sebenarnya saya bukanlah berdiet tapi sekali sekala tukar menu, tak salah kan.. Kadangkala bila dah bosan nak makan nasi, nie lah antara menu pilihan saya.. Nampak sedap kan...
So awak makan apa tengahari nie..? ataupun awak sedang berpuasa sunat ataupun puasa ganti..?
Alamak..!! Puasa ganti belum habis berganti lagi... huhuhu teruk betul la...
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. So apa sarapan awak suma pada pagi nie..? Tengok sarapan saya.. Pagi-pagi makan salad ayam, murah jea harganya, dalam RM5.. Sebenarnya salad nie sahabat saya yang jual, macam-macam tau dia jual... Antara menu jualan dia adalah chicken salad, chicken wrap, sherpard pie, kek lobak (carrot), brownies dan pelbagai jenis kek cheese..
Kadang-kadang rasa sedap jugak bila sekali sekali tukar menu sarapan pagi, betul tak..?
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن*
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah dengan Mu.
Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan kefahaman. Perindahkanlah kami dengan kesihatan tubuh badan yang baik. Bukakanlah kepada kami makrifat Mu dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurnia Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.
Ya Allah Ya Fattahu Ya 'Alim
Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redha Mu.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu.
Ya Allah Ya Ghaffar Ya Mutakabbir
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ*
*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*
*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين*.ِ
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Pagi-pagi nie saya nak kongsikan tips camne nak jaga buku dengan penuh kasih sayang sebab saya tahu ramai sahabat saya nie merupakan pencinta buku, kan...
Dah keja kat library adalah tips penjagaan yang tertentu tapi boleh jugak dipraktikkan di rumah dan jadikan ianya mini perpustakaan di rumah sebab membaca nie meluaskan pengetahuan kita.. Jadi, jom kita selidik apakah tips-tips penjagaan buku...
1. Elakkan buku dari kepanasan
Jangan letak buku pada tempat yang panas. Membiarkan buku pada darjah suhu yang tinggi menyebabkan buku menjadi melengkung dan permukaannya tidak sama rata. Meninggalkan buku dalam kereta di tempat parkir yang panas atau membiarkan buku berdekatan mesin-jentera berhaba antara perkara yang perlu dielakkan bagi penjagaan buku awak. Bahang panas juga menyebabkan kulit muka dan halaman menjadi kekuningan.
2. Balut buku
Kekalkan penjagaan buku dengan membalut buku-buku yang dibeli. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak di tepi-tepinya dan mengelak lekatnya debu, minyak dan kotor terus pada muka buku. Terdapat pelbagai plastik buku di pasaran mengikut kualiti dan ketebalannya. Pilihlah plastik buku yang berkualiti. Jika awak memilih plastik buku yang nipis atau bermutu rendah maka plastik ini adalah jenis yang tidak tahan lama, mudah koyak dan cepat bertindak balas apabila berhadapan perubahan suhu tinggi.
3. Sediakan almari / rak buku
Buku yang dibeli dari masa ke semasa sedikit demi sedikit menjadi banyak. Kelak ia menimbun dengan pelbagai judul yang memerlukan penyimpanan teratur. Justeru itu penyediaan almari buku atau rak buku merupakan suatu cara supaya buku awak tak bersepah merata-rata. Jika ada duit lebih, beli almari / rak buku yang bercermin bagi mengelakkan buku awak dari cepat berhabuk dan berdebu.
Atur buku ikut kategori dan genre. Maksud kategori adalah pembahagian mengikut majalah, novel, jurnal, diari, ensiklopedia, fiksyen, bukan fiksyen, dsb. Genre pula adalah perjenisan judul buku melalui tema dan intipati sesebuah buku seperti biografi, agama, ekonomi, politik, sejarah, arkitek, pendidikan, tamadun, perubatan, sains, dsb. Terpulang kaedah penyusunan masing-masing. Ada yang suka menyusun mengikut keluaran penerbit. Ada yang gemar menyusun mengikut nama penulis buku. Sebahagian lain mungkin meminati penyusunan mengikut siri / edisi.
5. Atur buku secara menegak
Aturan buku-buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan yang terbaik berbanding penyusunan kaedah buku baring atau melintang. Mengapa? Pertama, buku secara menegak memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Kedua, penyusunan secara menegak memanjang jangka hayat buku. Ini kerana buku-buku secara baring menyebabkan binding buku lama-kelamaan tidak selari akibat bertindih dengan buku-buku lain di atasnya.
6. Letak penghadang buku
Apabila menyusun buku (secara menegak), letakkan penghadang buku pada susunan buku paling tepi / akhir buku. Tujuannya supaya buku-buku yang disusun itu tidak kelihatan senget atau terjatuh. Penghadang buku boleh didapati di kedai alat tulis.
7. Rekod maklumat buku
Pustakakan maklumat buku-buku supaya pengkoleksian senarai bahan bacaan awak lebih tersusun, terurus dan bermaklumat. Bagi sebuah buku, perkara yang boleh direkodkan adalah seperti judul buku, nama penulis, nama penerbit, tahun terbitan, jumlah halaman, ISBN, harga buku, genre, dsb. Perekodan ini memudahkan awak melihat kembali jenis-jenis buku yang ada dalam simpanan dan urutan senarai ini amat bermanfaat bagi kegunaan capaian di masa akan datang. Awak boleh menguruskan perekodan ini melalui catitan pada buku khas.
Semasa Membaca
Pastikan tangan awak bersih, jika ada kekotoran atau berair boleh meresap ke dalam helaian kertas dan meninggalkan kesan kotoran atau kelembapan. (buku resepi mungkin susah nak tinggalkan kesan disebabkan jenis kertasnya)
Semasa sedang bersantai membaca buku sila jauhkan daripada gelas minuman dan jangan makan sambil membaca sebab dikhuatiri minuman dan makanan jatuh di atas buku.
Bila ingin berhenti membaca, jangan biarkan buku terbuka menghadap permukaan, ini boleh menyebabkan ‘binding’ rosak atau berkedut terutamanya buku berkulit lembut. Sila gunakan penanda buku.
Jangan tandakan halaman dengan melipatkan hujung kertas. Guna penanda buku jugalah untuk menanda halaman yang terhenti.
Jangan tulis apa-apa pada buku terutamanya pen dan highlighter. Jika awak terpaksa jugak untuk menulis, sila gunakan pensel dan jangan terlalu menekan ketika menulis untuk mengelakkan daripada tulisan berbekas.
Jangan membaca sambil memandu kereta kerana boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.
Penyimpanan Buku
Buku paling elok disimpan di rak buku. Susunan buku pula sepatutnya didirikan (bahagian ‘spine’ iaitu tulang belakang buku yang mempunyai tajuk menghadap luar)
Pastikan ada ruang di antara buku dan dinding rak tersebut. Cara pengendalian, buku-buku bersebelahan ditolak sedikit ke dalam, buku yang ingin diambil kemudiannya dicengkam pada bahagian depan dan belakang dan tarik keluar. Elakkan daripada menarik keluar dari bahagian atas buku.
Rak buku elok diletakkan di ruang atau bilik yang gelap. Rak buku sama sekali tidak patut diletakkan menghadap tingkap di mana cahaya matahari boleh menjamah koleksi buku. Buku akan menjadi kekuningan dengan kadar lebih cepat.
Ini adalah fakta; buku terdiri dari kertas yang bersifat organik (bahan karbon). Disebabkan ini, buku akan bertindak balas secara kimia dengan cepat jika berada di dalam suhu dan kelembapan yang tinggi.
Pastikan rumah bersih dan bebas serangga perosak seperti lipas dan anai-anai. Terutama sekali tikus. Tikus dilahirkan tanpa kemahiran membaca, tetapi amat mahir untuk menggigit kertas.
Jika ruang rak buku sudah dipenuhi, buku boleh disimpan di dalam kotak. Cara susunan sama seperti di rak buku. Seeloknya beli sahaja rak buku baru atau awak buat jualan atau pre-loved sebahagian buku. Buku yang disimpan terlalu lama di dalam kotak yang tidak ditutup rapi akan bertindak balas kimia dan dirosakkan oleh haiwan perosak seperti di atas.
Antara tempat-tempat penyimpanan buku yang sama sekali patut dihindarkan :
Diluar rumah seperti di anjung, diatas bumbung, di atas pokok, tempat meletak kereta,
Didalam rumah seperti di dapur, di dalam tandas, ruang di atas siling,
Ditinggalkan di dalam kereta ketika parkir di bawah panahan terik matahari
Pembersihan perlu dilakukan sekali-sekala pada buku dan rak buku. Gunakan alatan khas seperti bulu ayam untuk membersihkan habuk yang terkumpul pada bahagian ‘edges’ iaitu bahagian hujung kertas bila buku tertutup rapat. Pastikan rak buku telah kering sepenuhnya sebelum meletakkan buku kembali sekiranya awak telah mengelap menggunakan kain basah pada rak tersebut.
Semoga ianya menjadi panduan kepada semua pencinta ilmiah..
Assalamulaikum wbt..
Bila bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin, setiap pasangan pasti mempunyai impian untuk mempunyai zuriat.. Alangkah bahagianya pasangan tersebut bila dikurniakan zuriat walaupun hanya beberapa bulan mendirikan rumahtangga.. Tapi, bukan semua pasangan berpeluang untuk menimang cahayamata dengan begitu cepat, ada yang menantikan saat-saat bahagia bertahun-tahun.. Mungkin kesihatan yang menjadi punca tapi ramai di kalangan mereka ini takde masalah kesihatan dan kesuburan CUMA BELUM DIIZINKAN OLEH ALLAH.
Saya pun merupakan salah sorang daripada pasangan yang belum diizinkan oleh Allah untuk memiliki zuriat dan boleh dikatakan agak lama juga menunggu.. Dari perkahwinan pertama hinggalah kedua, dah hampir 11 tahun menunggu.. Sebenarnya saya mengalami keguguran baru-baru nie di kala kandungan saya berusia 5 minggu.. Sedih memang sedih sebab agak lama kami berdua menantikan cahayamata tapi kami kuatkan hati dan menganggap yang ianya bukan rezeki kami berdua.. Minggu lepas saya mengalami kemurungan yang agak dahsyat jugak hingga terpaksa mengambil cuti 2 hari untuk mengubat lara hati..Sebenarnya ada sahabat saya menyuruh saya mengambil cuti lagi tapi oleh kerana saya tak mahu terus hanyut dengan perasaan, saya mengambil keputusan untuk kembali bekerja setelah 2 hari terperap dalam rumah.. Saya kuatkan hati saya dan berkata dengan diri sendiri, yang inilah bukti Allah rindukan rintihan saya di dalam sujud sebab itulah diberinya ujian ini..
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar Allah SWT.... Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..
Sebab itulah, jurnal nie kejap on kejap off. Apapun, kita tinggalkan part sedih nie, okay.. Chill up.. Lari daripada topik sebenar.. hihi.. Saya nak berkongsi sikit tips untuk kekal bahagia walaupun kita tak dikurniakan zuriat..
Kuatkan semangat
"Dah berapa tahun kawin?"
"Masih belum ada anak? atau tengah merancang..?"
"Ehh, takkan masih berdua lagi. Bila nak bertiga nie?"
Inilah contoh soalan yang sering diajukan pada kita yang membuatkan psikologi suami isteri bercelaru ditambah pulak dengan rasa sakit hati. Sebenarnya, soalan ini walaupun diajukan dengan nada bergurau SEBENARNYA boleh menggores hati mereka. Dahlah mereka nie sedang diuji oleh Allah, orang-orang di sekeliling pulak menambah kepiluan mereka dengan soalan yang langsung tak patut ditanyakan. Pada mereka yang sedang diuji dengan ujian ini, kita hendaklah bersabar, kuatkan semangat dan janganlah terlalu bersedih. Dalam hal ini, semangat kita akan menjadi tonggak utama untuk melalui hari-hari mendatang. Walaupun ianya pahit untuk ditelan, tapi percayalah..ada hikmah di sebaliknya..
Jangan henti usaha
Pepatah mengatakan 'usaha tangga kejayaan', untuk memperolehi apa yang dihajati, kena ada usaha. Jadi jangan berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat, jika ada masalah tentang kesihatan dan kesuburan, dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan / tuan. Ambillah iktibar daripada kisah Nabi Zakaria A.S. yang tak henti-henti berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun baginda dah berusia tua. Selain daripada perubatan, doa jugak merupakan satu usaha.. Jadi sentiasa berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Kekalkan kasih sayang
Walaupun masalah anak nie boleh membawa kepada tekanan perasaan, suami isteri disarankan supaya jangan sesekali berselisih faham. Jangan menyalahkan antara satu sama lain dan YANG PALING PENTING, jangan menuduh pasangan itu mandul. Tuduhan sebegini boleh menyebabkan emosi pasangan lebih tertekan. Kita seharusnya saling menyokong dan memberikan kata-kata semangat. Kita kena yakin yang satu hari nanti kita akan mempunyai zuriat sendiri dengan izin Allah. Jadi kekalkan kasih sayang seperti kala baru berkahwin dulu, eratkan hubungan dan semai benih cinta supaya kekal berbunga-bunga yang takkan layu. Kita kena percaya, setiap dugaan ada hikmahnya.
Fikir positif
Belum dikurniakan zuriat mungkin bermakna kita diberi peluang untuk menikmati masa berdua sebaiknya. Inilah masanya untuk kita lebih kerap bercuti, melayani kehendak pasangan sebaiknya dan memberikan sepenuh kasih sayang dan tumpuan pada dirinya. Selain daripada itu, sentiasalah tanamkan di dalam fikiran bahawa ada sebab Allah belum mengurniakan rezeki anak pada kita. Walaupun mungkin kita terlalu inginkannya tapi hakikatnya kita masih belum bersedia bergelar ibu bapa. Jadi kena selalu berfikiran positif.
Assalamualaikum wbt...
Pada zaman sekarang yang serba moden nie, salah satu komponen penting dalam set dapur adalah sinki. Terdapat banyak rekaan dan jenis sinki dapur di pasaran dan perlu dipilih berdasarkan kesesuaian konsep yang awak inginkan.
Memilih sinki harus dilakukan dengan teliti agar awak dapar memperoleh manfaat dengan sepenuhnya. Sebagai seorang pengguna yang bijak, awak perlu memilih sinki yang terbaik dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang murah jika ternyata kualitinya kurang baik. Awak harus memilih sinki dapur yang sesuai dengan ukuran dapur tanpa menjejaskan reka bentuk dapur yang diinginkan.
Tapi bagaimana caranya unruk memilih sinki yang tepat? Jom kita selidikinya..
Fungsi
Fungsi utama sinki pada set dapur adalah untuk melakukan kegiatan mencuci bahan makanan seperti sayu, daging, ikan dan buah-buahan selain daripada mencuci peralatan dapur. Oleh kerana itu memang wajar apabila awak memberikan perhatian khusus pada komponen dapur ini.
Keluasan
Awak harus mengetahui luas kawasan untuk sinki pada set dapur. Jika ukuran set dapur awak terbatas, pilih sinki yang memiliki ukuran standard atau single bowl. Jika awak yang jenis gemar memasak dan banyak memerlukan tempat untuk mencuci peralatan dapur yang banyak, sebaiknya awak kena pertimbangkan untuk menggunakan sinki lebih besar untuk menampung peralatan memasak. Tentu ini saja memerlukan kawasan dapur yang lebih luas.
Material
Ada pelbagai jenis pilihan sinki seperti stainless steel dan batu granit. Dan ianya dah semestinya bila semakin baik kualiti barang itu, semakin mahal harganya. Jadi awak kena sesuaikan dengan keperluan dan kemampuan kewangan diri.
Pemasangan
Cara pemasangan sinki juga perlu diberi keutamaan kerana ini berkaitan dengan bahan set dapur yang digunakan. Contohnya apabila membeli sinki dengan model pemasangan undermount atau pemasangan sinki dari bawah meja dapur, awak harus pastikan bahawa meja dapur diperbuat dari bahan yang kuat dan dapat menahan beban sinki.
Assalamualaikum wbt..
Antara sifat seorang Mukmin sejati ialah sentiasa memohon dan meminta kepada Allah SWT dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh. Doa adalah talian hayat dalam kehidupan seorang insan bernama hamba dengan Allah yang Maha Berkuasa.
Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia akan merasakan Allah SWT sentiasa dekat dengannya, mengawal dan memerhatikan segala tindakannya tanpa henti. Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia perlu yakin dan percaya bahawa doanya itu akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Keyakinan ini berasaskan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (al-Mukmin: 60)
Namun begitu, kita perlu berwaspada agar doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT terhalang daripada dimakbulkan. Ini adalah kerana, terdapat daripada kalangan orang beriman yang bukan sahaja tidak dimakbulkan, bahkan langsung tidak dipedulikan oleh Allah SWT. Antaranya ialah;
1) Menggunakan harta haram
Seseorang yang memperoleh pendapatan yang haram. Lalu menggunakannya untuk makan dan minum, membeli pakaian, rumah dan kenderaan. Ia akan menyebabkan doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT terhijab dan tidak diterima.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: …Seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (riwayat Muslim)
Dalam hadis tersebut Rasulullah SAW telah menggambarkan bagaimana doa seseorang itu boleh ditolak disebabkan harta yang haram. Walaupun dia telah menepati ciri-ciri doa yang makbul seperti bermusafir, tawaduk dan bersungguh-sungguh.
Namun, tetap juga ditolak kerana tidak mempedulikan persoalan hartanya, sama ada daripada sumber yang halal atau yang haram. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menentukan sumber pendapatan yang kita peroleh, sama ada haram secara zat (haram lizatihi) atau haram kerana sebab-sebab yang lain (haram lighairihi).
Haram lizatihi boleh terjadi apabila kita terlibat dalam kegiatan haram yang telah terkandung dalam al-Quran dan hadis secara langsung seperti; perniagaan minuman keras, perjudian dan maksiat. Manakala haram lighairihi pula yang melibatkan keharaman secara tidak langsung seperti riba, gharar dan sebagainya.
2) Gelojoh dan terburu-buru
Antara golongan yang ditolak doanya ialah mereka yang gelojoh dan terburu-buru ketika berdoa.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama ia tidak buru-buru, (di mana) ia berkata: Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku. (diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
Yang dimaksudkan dengan demikian ialah mereka yang apabila berdoa, dia seolah-olah mendesak dan memaksa Allah SWT supaya memakbulkan doanya secepat mungkin. Justeru, dalam kita berdoa, kena banyakkan bersabar dan bersangka baik kepada Allah SWT.
Mungkin doa kita sudah dimakbulkan, tetapi menunggu masa untuk dijadikan sebagai realiti. Semuanya mengikut keputusan dan perancangan Allah dan ia adalah yang terbaik.
Lihatlah bagaimana Nabi Musa dan Nabi Harun as. berdoa tentang kekejaman Firaun. Doa mereka berdua dimakbulkan oleh Allah SWT. Namun, kerajaan Firaun tidak tumbang dalam masa sehari dua, bahkan memakan masa puluhan tahun selepas itu.
Demikian juga Nabi Yaakub as. yang tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT supaya dikembalikan anak Baginda iaitu Nabi Yusuf as. Doanya dimakbulkan, namun selepas puluhan tahun baru Baginda bertemu semula dengan Nabi Yusuf as.
3) Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa
Sebagaimana sekiranya kita meminta daripada manusia, kita juga perlu bersungguh-sungguh ketika berdoa dan memohon daripada Allah SWT. Tidak boleh berdoa secara sambil lewa atau acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga.
Sabda Nabi SAW: Apabila seseorang daripada kamu berdoa dan memohon kepada Allah SWT, janganlah dia mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki, dan berilah rezeki jika engkau kehendaki”. Akan tetapi, dia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Dia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya. (diriwayatkan oleh Al-Bukhari)
4) Lalai dan tidak khusyuk
Kita perlu fokus dan betul-betul memberikan perhatian dengan penuh pengharapan. Setiap lafaz perkataan yang diungkapkan daripada mulut perlu keluar daripada hati yang tulus ikhlas. Ini menuntut supaya kita memahami isi kandungan doa yang dikemukakan.
Sabda Nabi SAW: “Berdoalah kepada Allah SWT dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.” (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim).
5) Meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar
Allah SWT telah menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai satu syarat untuk kita menjadi umat yang terbaik. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (ali-Imran: 110)
Apabila kita meninggalkan kewajipan ini, maka akan berleluasalah maksiat dan penderhakaan di atas muka bumi. Apabila kita hanya melihat sahaja ma ksiat yang berlaku tanpa mengambil tindakan untuk membanterasnya, maka pada ketika itulah Allah SWT akan menurunkan bala dan tidak akan memakbulkan doa kita.
Nabi SAW bersabda: “Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan seksaan kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan.” (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons