Kisah roti hangit

Thursday, February 16, 2017


Assalamualaikum wbt... Sama-samalah kita menhayati kisah tersirat dari yang tersurat ini... Moga-moga ianya menjadi pedoman dan iktibar dalam kehidupan kita...

Seorang anak menceritakan :
Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. 
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu. Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.



Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku.
"Sayang..., jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit."


Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit.


Ayahku merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:


"Anakku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.Lagipun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai "roti yang hangit sedikit" menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya." 

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif.Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.

#jom. Kita fikir yang baik-baik. Cakap yang baik-baik.

3 comments

  1. Peringatan yang menginsafkan.. semoga kita semua mengambil iktibar dari kisah roti yang hangit ini..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..benar skli kak..seklling yg mencorakkn kita.kena hti2 memilih persekitrn hidp biar sentiasa positif...baiknya ayhnya begitu mbghrgai

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧