Review : Home Itoshi No Zashiki Warashi (2012)

Thursday, February 16, 2017

Assalamualaikum wbt..

Entri jurnal nie dah lama terperap dalam draf, sepatutnya dikeluarkan sama dengan Review : 10 Promises To My Dog tapi baru sekarang nak keluarkan..

Pada hari yang sama, selepas saya menonton filem 10 Promises To My Dog, Channel Red by HBO menayangkan sebuah lagi filem Jepun, tajuk filem nie adalah Home Itoshi No Zashiki Warashi.. Ianya diadaptasi daripada sebuah novel Jepun yang dikarang oleh Hiroshi Ogiwara pada tahun 2008.. Filem nie ditayangkan pada tahun 2012.. 

Image result for Home Itoshi No Zashiki Warashi

Kisah ini adalah mengenai hubungan kekeluargaan, di mana keluarga Takahashi berpindah daripada bandaraya Tokyo menuju ke kawasan pendalaman bernama Iwate.. Seorang bapa bernama Koichi Takahashi telah ditukarkan ke tempat kerja akibat kegagalan tugas di ibu pejabat di Tokyo dan dia membawa seluruh ahli keluarganya berpindah, iaitu isteri ( Fumiko Takahashi), dua orang anak (Azumi Takahashi, Tomoya Takahashi) dan ibu (Sumiyo Takahashi).. 

Image result for Home Itoshi No Zashiki Warashi

Keluarga nie berpindah dan menyewa sebuah rumah lama yang berusia 100 tahun, dan takde di antara mereka yang gembira di tempat baru walaupun kawasan di sekeliling amat mempersonakan. Mereka menghadapi kesukaran untuk memulakan kehidupan baru terutama bila ada kejadian pelik mula berlaku pada mereka.  Orang yang pertama perasan tentang kehadiran 'sesuatu' adalah ibu Koichi, tapi sering disanggah oleh Koichi yang tidak mempercayai apa-apa semangat ataupun dunia halus. Kemudian, Azumi pulak 'ternampak' kelibat seorang budak lelaki  takala dia melihat cermin muka dan menyebabkan Azumi menjerit ketakutan, tapi disanggah oleh ibu bapanya dan mengatakan yang itu cuma khayalan Azumi.. Azumi bertegas nak balik ke Tokyo kerana dia tak sanggup untuk pergi ke sekolah yang beranggapan kawan-kawan sekolah barunya tak mahu berkawan dengan Azumi. 

Image result for Home Itoshi No Zashiki Warashi

Selepas itu, Tomoya berjumpa dengan rakan kelasnya untuk bertanyakan kelibat yang sering dilihat oleh kakak dan neneknya.. Rakan kelasnya memberitahu rumah itu mempunyai satu roh semangat seorang kanak-kanak lelaki yang baik bernama Zashikiwarasi dan dipercayai mempunyai aura kebaikan yang boleh merapatkan ikatan kekeluargaan... Zashikiwarasi semakin hari semakin memperlihatkan dirinya dan orang terakhir yang nampak kelibatnya adalah Koichi sendiri..

Related image

Setelah beberapa bulan tinggal di rumah itu, hubungan kekeluargaan antara mereka yang sebelum ini agak retak kini semakin erat dan selepas itu, mereka dikejutkan dengan berita yang pihak atasan di Tokyo mengarahkan Koichi kembali semula untuk bekerja di sana. Tetapi mereka sekeluarga agak keberatan untuk tinggalkan rumah lama itu memandangkan mereka semua mulai rapat dengan semangat roh Zashikiwarasi tetapi mereka bersepakat untuk kembali semula ke Tokyo. 

Sebelum mereka tinggalkan rumah itu, Tomoya mengisi pelbagai mainan dan makanan ringan dalam sebuah beg untuk Zashikiwarasi dengan harapan dia takkan berasa sunyi tanpa mereka sekeluarga. Bila sampai di Tokyo, mereka berhenti di tempat letak kereta untuk menikmati makan malam dan Tomoya terperanjat beg yang ditinggalkan di rumah itu berada dalam kereta. Mereka tertanya-tanya adakah Tomoya terlupa meletakkan beg itu di dlam rumah tapi Tomoya berkata yang dia sememangnya meletakkan beg itu di dalam rumah. Mereka memutuskan untuk menghantar beg itu pada keesokkan harinya memandangkan hari sudah malam. Mereka singgah di sebuah restoran dan disapa oleh seorang pelayan. Pelayan itu bertanyakan adakah mereka memerlukan meja untuk 6 orang. Pada mulanya keluarga ini terpinga-pinga tapi dengan pantas Koichi mengatakan 'ya'.. Setelah mereka mendapat tempat duduk dan pelayan itu beredar seketika, secara perlahan-lahan Koichi menarik sebuah lagi kerusi dan terdengar bunyi suara gelakan kanak-kanak. Rupa-rupanya Zashikiwarasi telah mengikut mereka sekeluarga berpindah di Tokyo...

Walaupun cerita ini bergenre kan seram (tapi takdelah seram pun), sebenarnya kalau kita melihat di sebalik mesej yang disampaikan, ikatan kekeluargaan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.. Si anak yang inginkan perhatian daripada ibu bapa walaupun kadangkala mereka memberontak inginkan sesuatu tetapi sebagai ibu bapa yang matang, kena teliti apa yang mereka mahukan. Kisah ini juga memaparkan bagaimana untuk menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua daripada kita dan sebagaimana ibu bapa menjaga kita sedari kecil, macam tue la kita perlu menjaga ibu bapa kita bila mereka meningkat usia.. Hubungan keluarga akan menjadi rapat sekiranya rasa hormat menghormati dan saling sayang menyayangi sentiasa diterapkan dalam diri sesebuah keluarga.. 

10 comments

  1. Replies
    1. Maksudnya filem jepun ke atau genre seram..? hihi

      Delete
  2. Kalau ana yang tengok, dari kurang seram boleh jadi seram teruk. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tapi kak Ana, memang tak seram pun bila last babak...

      Delete
  3. Seram yg sweet gitu..haha..hntu plak yg rapatkan dorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi yea, bila tengok sampai habis filem nie, memang tak seram langsung.. kelakar lagi adalah... tapi ianya terslit pelbagai moral yang baik..

      Delete
  4. Cite jepun / korea memang bnyk yg kita bleh contohi sebab dia memang ajar moral dr kecik lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea memang betul Mek, dan sebab tue akak suka tengok filem mereka..

      Delete
  5. Dah lama tak tengok cerita Jepun. Channel RED by HBO means HBO kat Astro ke kak? ke ada channel lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, RED by HBO nie channel yang ada dalam Hypptv..HBO kat astro tue hanya memaparkan citer mat salleh jea, tapi RED by HBO nie memaparkan pelbagai citer, spt mat saleh dan kebanyakan negara asia...

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧