Tip kekal bahagia walau tanpa zuriat

Tuesday, February 21, 2017

Image result for up couple

Assalamulaikum wbt..
Bila bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin, setiap pasangan pasti mempunyai impian untuk mempunyai zuriat.. Alangkah bahagianya pasangan tersebut bila dikurniakan zuriat walaupun hanya beberapa bulan mendirikan rumahtangga.. Tapi, bukan semua pasangan berpeluang untuk menimang cahayamata dengan begitu cepat, ada yang menantikan saat-saat bahagia bertahun-tahun.. Mungkin kesihatan yang menjadi punca tapi ramai di kalangan mereka ini takde masalah kesihatan dan kesuburan CUMA BELUM DIIZINKAN OLEH ALLAH. 

Saya pun merupakan salah sorang daripada pasangan yang belum diizinkan oleh Allah untuk memiliki zuriat dan boleh dikatakan agak lama juga menunggu.. Dari perkahwinan pertama hinggalah kedua, dah hampir 11 tahun menunggu..  Sebenarnya saya mengalami keguguran baru-baru nie di kala kandungan saya berusia 5 minggu.. Sedih memang sedih sebab agak lama kami berdua menantikan cahayamata tapi kami kuatkan hati dan menganggap yang ianya bukan rezeki kami berdua.. Minggu lepas saya mengalami kemurungan yang agak dahsyat jugak hingga terpaksa mengambil cuti 2 hari untuk mengubat lara hati..Sebenarnya ada sahabat saya menyuruh saya mengambil cuti lagi tapi oleh kerana saya tak mahu terus hanyut dengan perasaan, saya mengambil keputusan untuk kembali bekerja setelah 2 hari terperap dalam rumah.. Saya kuatkan hati saya dan berkata dengan diri sendiri, yang inilah bukti Allah rindukan rintihan saya di dalam sujud sebab itulah diberinya ujian ini.. 

Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar Allah SWT.... Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..

Sebab itulah, jurnal nie kejap on kejap off. Apapun, kita tinggalkan part sedih nie, okay.. Chill up.. Lari daripada topik sebenar.. hihi.. Saya nak berkongsi sikit tips untuk kekal bahagia walaupun kita tak dikurniakan zuriat..


Kuatkan semangat
"Dah berapa tahun kawin?"
"Masih belum ada anak? atau tengah merancang..?"
"Ehh, takkan masih berdua lagi. Bila nak bertiga nie?"
Inilah contoh soalan yang sering diajukan pada kita yang membuatkan psikologi suami isteri bercelaru ditambah pulak dengan rasa sakit hati. Sebenarnya, soalan ini walaupun diajukan dengan nada bergurau SEBENARNYA boleh menggores hati mereka. Dahlah mereka nie sedang diuji oleh Allah, orang-orang di sekeliling pulak menambah kepiluan mereka dengan soalan yang langsung tak patut ditanyakan. Pada mereka yang sedang diuji dengan ujian ini, kita hendaklah bersabar, kuatkan semangat dan janganlah terlalu bersedih. Dalam hal ini, semangat kita akan menjadi tonggak utama untuk melalui hari-hari mendatang. Walaupun ianya pahit untuk ditelan, tapi percayalah..ada hikmah di sebaliknya..

Jangan henti usaha
Pepatah mengatakan 'usaha tangga kejayaan', untuk memperolehi apa yang dihajati, kena ada usaha. Jadi jangan berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat, jika ada masalah tentang kesihatan dan kesuburan, dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan / tuan. Ambillah iktibar daripada kisah Nabi Zakaria A.S. yang tak henti-henti berusaha untuk mendapatkan zuriat walaupun baginda dah berusia tua. Selain daripada perubatan, doa jugak merupakan satu usaha.. Jadi sentiasa berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. 

Image result for doa untuk mendapat zuriat

Image result for al-anbiya ayat 89


Kekalkan kasih sayang
Walaupun masalah anak nie boleh membawa kepada tekanan perasaan, suami isteri disarankan supaya jangan sesekali berselisih faham. Jangan menyalahkan antara satu sama lain dan YANG PALING PENTING, jangan menuduh pasangan itu mandul. Tuduhan sebegini boleh menyebabkan emosi pasangan lebih tertekan. Kita seharusnya saling menyokong dan memberikan kata-kata semangat. Kita kena yakin yang satu hari nanti kita akan mempunyai zuriat sendiri dengan izin Allah. Jadi kekalkan kasih sayang seperti kala baru berkahwin dulu, eratkan hubungan dan semai benih cinta supaya kekal berbunga-bunga yang takkan layu. Kita kena percaya, setiap dugaan ada hikmahnya.

Fikir positif
Belum dikurniakan zuriat mungkin bermakna kita diberi peluang untuk menikmati masa berdua sebaiknya. Inilah masanya untuk kita lebih kerap bercuti, melayani kehendak pasangan sebaiknya dan memberikan sepenuh kasih sayang dan tumpuan pada dirinya. Selain daripada itu, sentiasalah tanamkan di dalam fikiran bahawa ada sebab Allah belum mengurniakan rezeki anak pada kita. Walaupun mungkin kita terlalu inginkannya tapi hakikatnya kita masih belum bersedia bergelar ibu bapa. Jadi kena selalu berfikiran positif.



17 comments

  1. Hmmm.. sedih.. samala dgn saya.. dah setahun kahwin tapi still belum ada rezeki zuriat.. jom keep positive sama2.. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan?

    ReplyDelete
  2. Semua dah tertulis. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita. Jangan sedih. Sampai masa, rezeki tu akan sampai jug. 😘😘

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Saya doakan setiap pasangan yang diuji begini dikuatkan hati dan cinta mereka.

    ReplyDelete
  4. Hebat nya sis dan suami masih setia mnanti wlu 11 tahun sudah blalu, Ju kagum dgn sis =') Ju faham perasaan sis, pelbagai perasaan itu suda ju lalui. Depressi mental kdg pandai mnerkam, Ju bykkn selawat & elakkan bsendirian. Ju dan suami pun masih berusaha untuk mnimang chaya mata, tahun ni masuk ke 5 tahun. Alhamdulillah ada hikmah di sebalik smua prncgn Allah swt, Ju di kurniakan suami yang baik mjaga makan minum & kperluan Ju, menatang Ju bagai minyak yg penuh agar fikiran tidak tbawa2 shgga depress spt dulu. juga dgn kluarga mentua, persis spt ayah dan ibu kandung Ju sdiri, tidak pernah myoal ttp lebih memberi dorongan agar jgn sesekali bputus asa =') alhamdulillah kini Ju kembali dgn lebih kuat. Dia lebih mgetahui bila masa kita ssuai utk bgelar ibu dan ayah. Allah swt xkan mguji lebih dr kmampuan kita =') Ju doakan utk sis, isteri2 di luar sna yg mna masi mnanti spt kita bdua, smoga tahun ini kita memperoleh zuriat yg di nantikan.. insyallah dgn izin Allah swt, amin ya rabb. jgn pernah bhenti bharap & berusaha, yakin dgn Dia, Dia sebaik prancang =')

    ReplyDelete
  5. kena kuatkan semangat... insyaAllah ada rezeki tu nanti... yang penting kita usaha..

    ReplyDelete
  6. ya ALLAH sungguh tabah ye hati akak..ALLAH takkan menguji seseorang melebihi kemampuannya..semoga akak akan diberikan rezeki untuk memilik zuriat satu hari nanti..jangan berhenti berdoa ye kak =') follow sini #501

    ReplyDelete
  7. Hebatnya dugaan Shikin..
    Semoga Shikin terus kuat semangat.. Melalui detik2 keguguran memang memerlukan semangat dan juga sokongan.. Sha doakan semoga Shikin sentiasa dalam rahamat Allah..
    Dimurahkan rezeki anak dan juga sentiasa berkekalan kasih sayang antara shikin dan suami..

    ReplyDelete
  8. sama la kita pun belum dikurniakan rezeki lagi.. harap kuat la hati ni

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar...

    Berat sungguh dugaan shikin.. Moga shikin terus diberi kesabaran dan ketabahan dalam diri..
    Insyaallah lea doakan shikin diberi rezeki dariNYA nanti.. Teruskan berdoa dan berusaha.. :)

    ReplyDelete
  10. Nasib kita sama,masih TTC smpi skunk... Bohongla klu cikna xsedih bila member2 mudah je diberikn rezeki zuriat tp cikna sentiasa positif 'insyaAllah, zuriat utk aku dlm p'jalanan cuma xsmpi je lg'...;-)

    ReplyDelete
  11. hampir 2 tahun sy kahwin masih belum ada rezeki lg nak timbang cahaya mata , adik bongsu kahwin bulan 5 last year hujung bulan nie dah nak bersalin...sape tak nak anak kan , tp biasa mulut-mulut sekeliling nie tak boleh nak tutup,

    ReplyDelete
  12. bahagia tu dari hati, bukan krn apa-apa yg lain, shikin.
    rezeki anak tu milik Allah. shikin jgn stop berdoa tau.
    bersangka baik sentiasa. jaga kesihatan.
    in shaa Allah...
    kakak sulung aida, berkahwin tahun 1998, until now tiada rezeki.
    anak2 kami la jadik penghibur dia. anak2 buah paling rapat dgn maklong paklong nyer.
    akhir bulan ni, bulan-bulan mustajab bakal bermula, shikin.
    berdoa... berdoa... berdoa... Allah Maha Mendgr... tawakal :)

    ReplyDelete
  13. semoga akak dikurniakan rezeki zuriat yang soleh Aamiinn..

    ReplyDelete
  14. Apabila membaca rententen post nie..Aku dalama golongan kes yang berkaitan dengan Sis Blogger Shikin Razali. Usia perkahwinan yang lebih 5 tahun tapi masih belum mempunyai zuriat sehingga kini.

    Memang telinga nie umpama seperti bengkak dah..Segala pertanyaaan ku jawab dengan selamba lum rezeki lagi..Insya Allah akan usaha lagi. Apabila mendengar ada pasangan lain mendapat zuriat seawal usia perkahwinan tidak sampai 5 bulan kekadang rasa menanah juga telinga nie..Tapi aku wat seperti tidak dengar jer dengan apa yang diperkatakan oleh mereka.

    Apapun semua mesti ada usaha.
    Rezeki anak mungkin lewat..

    Semua dari nawaitu sendiri.

    ReplyDelete
  15. Hebatnya dugaan dear, tapi yakinlah setiapnya adalah ketentuan Allah ....
    Saya ada makcik yg berkahwin dah 20 tahun tapi tidak dikurniakan anak,
    Dan kagumnya saya dgn makcik saya tu, tak pernah stress dan bertengkar dgn cik suami ttg anak, dan sepanjang perkahwinan mereka, mereka memenuhi kehidupan mereka dgn menjaga nenek dan atuk yg sudah tua... semoga makcik saya sentiasa bahagia walaupun tiada zuriat.

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah dikurniakan anak yg soleh dan solehah nanti..try makan bellrosa premium fellera

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧