Assalamualaikum wbt..
Selamat petang suma.. Dua tiga hari lepas, keputusan SPM telah keluar dan akak nak ucapkan tahniah pada adik-adik yang telah menamatkan pelajaran di peringkat menengah dan ada yang bakal sambung kembali pelajaran, ada pulak yang akan melanjutkan pelajaran bila dah bekerja kelak.. Apapun keputusan yang adik-adik dapat, bersyukurlah dan jangan berasa gagal, kerana adik gagal kini tak bermakna adik akan gagal selama-lamanya..
Hari nie saya berkongsi sikit cerita dan mudah-mudahan ianya menjadi pedoman dalam kehidupan kita semua..
Tengah hari tadi.....sewaktu saya bersendirian lunch...
Di kedai tepi Sungai Kg Sentosa
Datang sekeluarga 7 orang...ibu ayah, 2 anak sekolah menengah, 2 anak sekolah rendah dan 1 kanak kanak.....mundar mandir mencari tempat duduk.....akhirnya dapat. ....lepas seorang seorang minum air putih yang terhidang....hingga habis satu jug. Saya memerhatikannya....
Kemudian kedengaran tokey kedai berkata.. Layan diri yea......tapiiii...takda siapa antara mereka yang bangun memilih makanan.
Kelihatan ayah menghampiri tokey....sambil berbisik......"kak, saya cuma ada duit RM50. Saya nak raikan anak saya, dia dapat 9A dlm spm nya tadi.... Boleh tak bagi dia makan budjet RM10 dan lebihnya bagi kami makan lauk lauk yang murah aje."
Ayahnya kelihatan malu malu bila kami memandangnya. Untuk berjimat....mereka tak order minuman kecuali anak yang diraikan minum air sirap limau dan lauk yang menjadi pilihannya ialah seekor ikan tilapia bersambal.....itu saja. Sedangkan keluarganya yang lain.....makan nasi putih dengan 3 ketul ayam rendang dan sayur tauge air putih kosong.
Makan berbahagi lauk untuk berjimat......atau ayat paling tepat, mungkin takut duit tak cukup. Saya tak tau nak kata apa......nasi yang ada separuh pinggan....tak mampu nak saya telan lagi.........saya minum air mata sendiri.......saya bangga.....meskipun dalam payah....keluarga itu bersyukur dalam doa panjangnya sebelum makan tadi........ tetap meraikan kejayaan anak sulungnya dapat 9A dengan caranya sendiri dan seadanya..... ....anaknya tak demand.......cukup dengan seekor tilapia sambal......bersyukur dengan hadiah makan bernilai RM10.....mudah-mudahan jadi pemangkin untuk kejayaan adik adik yang lain.
ALLAHU AKBAR.....
Hari ini makan tak berteman, asbab ALLAH nak temukan saya dengan cerita ini dan balik ke rumah, untuk muhasabah diri.
Terima kasih ya ALLAH.
#sorry_takdagambarnakdikongsi
#cukupsekadarmemorisendiri
#copypastedarigroupwhatsapp
Kita ni selalu rasa hidup kita susah. Padahal ada yang lagi susah kan. Kena bersyukur selalu. 😢
ReplyDeleteBagi kita talapia sambal tu makanan harian tapi orang lain tu makanan yg susah dapat ataupun tak mungkin dapat. harap budak tu berjaya & tolong family dia
ReplyDeleteAllahuuu...
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeleteMula-mula ingat kisah minta ganjaran RM10 sebab dapat 9A, rupanya ada kisah yang betul-betul menyentuh perasaan
ReplyDeleteHmm.. Tak semua orang merasai nikmat kesenangan tapi semangat kekeluargaan family tu amat saya kagumi...
ReplyDeletekita patut bersyukur kita makan cukup. to be able to dine out itself is a privilege that everyone always overlooks
ReplyDeleteAllahu.. rasa rendah diri ju baca.. alhamdulillah punya anak sebegitu dan si ayah dan ibu walau mmiliki bajet yang tidak byk, cuba sedaya upya utk mgembirakan si anak.. ='(
ReplyDeleteSesungguhnya bukan nilai yang menjadi hebahan tapi niat yang ikhlas dari seorang bapa bagi meraikan kejayaan anaknya.. Biar apa pun gajaran mak ayah kita kepada kita, kita sepatutnya bersyukur.. Kerana tidak semua ibu bapa berkemampuan..
ReplyDeletePengajaran yang mendalam dari cerita ini.. semoga kita semua jadikan tauladan..
Sedihnya..hmmm
ReplyDeleteAllah, sedihnya... :'(
ReplyDeletePerkongsia cerita yang baik, utk kita sama sama muhasabah diri...
ReplyDeleteMeraikan kegembiraan tidak semestinya dgn cara berlebihan, cukup sederhana dan tidak membazir.
Semoga adik tu berjaya ke fasa seterusnya dan keluargnya di limpahi rahmat...