Assalamualaikum wbt...
Haii.. Lama saya tak muncul kan.. Maaflah sebab dah lama saya tak muncul, minggu nie saya sibuk sangat kerana tahun nie JBPM nak memperbaharui persijilan 5S dan bermulalah episod kemas mengemas semula, tapi takdelah masa mula2 nak buat 5S dulu...
So, lari tajuk kejap.. Nak citer kat awak, petang tadi kat opis saya kecoh2 pasal aiskrim yang dijual murah.. Pada mulanya saya ingatkan aiskrim nie dijual kat mana2 tempat booth tapi sebaliknya berlaku.. Lori aiskrim datang sendiri ke opis dan membuat jualan aiskrim... Nak tahu berapa harganya? RM1 atas jenama Wall's..!! Biar betul Shikin..? Betullah awak..!! 😊
Nielah aiskrim dia...
Haa.. Perisa mango lagi... Sedap tau... Rasa pun tak sama macam aiskrim biasa sebab aiskrim nie macam rasa jeli sikit2 dan pati buah mangga pun memang terasa sangat.. Dan itulah pembuka puasa saya pada hari nie.. Hihi... Oleh kerana aiskrim nie dijual dengan begitu murah, saya pun membelinya sebanyak 10 batang dan saya kongsikan aiskrim nie pada 2 orang anak jiran saya... Jadi dengan saya cuma tinggal nie saja..
Saya gembira kerana dapat berkongsi dengan anak jiran tue.. Bukan apa, mereka selalu sambut saya balik dari kerja.. Dengar saja bunyi enjin kereta saya, mereka akan meluru menuju ke pintu dan bertanya kabar, "Cik Shikin dah balik keja ke..? " hihi nie mak dia la yang cakap pada saya, walaupun mereka tengah makan nasi sekalipun, bila dengar bunyi enjin kereta, mereka pasti akan berlari2 ke pintu.. Mereka lah yang menjadi peneman saya di kala sunyi.. Eh.. Eh.. Melalut pulak kan..
Harga sebenar aiskrim nie adalah dalam RM2.50 satu, tapi tak tahu kenapa mereka buat promosi kat JBPM.. Petang tadi memang ramailah staf yang turun ke lobi untuk membeli aiskrim, ada yang beli banyak, ada yang beli terus makan sampaikan abang2 security pun tak ketinggalan membeli aiskrim nie.. Wall's tue.. Hihi jangan jeles yea...
Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak kongsikan sikit satu kisah yang agak menarik dan kita hayati apa yang tersirat dalam kisah ini di antara perbualan seorang ustaz bersama dengan anak muridnya..
Ustaz : Tolong buatkan dua gelas kopi untuk kita berdua, tapi jangan tuang gulanya dulu, bawa saja ke mari.
Murid : Baik ustaz.
Tidak berapa lama, murid tersebut membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan gula di dalam bekasnya bersama sudu.
Ustaz : Cuba kamu rasa kopi kamu, bagaimana rasanya?
Murid : Rasanya sangat pahit sekali ustaz!
Ustaz : Letakkan sesudu gula, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahitnya sudah mula berkurang ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahitnya sudah berkurang banyak ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa manis mula terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa ustaz.
Ustaz : Tambahan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Sangat manis sekali ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Terlalu manis. Malah tidak sedap lagi.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa kopinya jadi tidak sedap, lebih sedap bila ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa.
Ustaz : Ketahuilah muridku, pelajaran yang dapat kita ambil dari contoh ini adalah jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?
Murid tersebut termenung sejenak, lalu menjawab.
Murid : Ustaz, sekarang saya mula mengerti, kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terima kasih atas pelajaran ini ustaz.
Ustaz : Baik, kopi yang sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula, aduklah, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmatinya bersama.
Murid tersebut lalu mengerjakan arahan ustaznya.
Ustaz : Bagaimana rasanya?
Murid : Rasanya nikmat sekali.
Ustaz : Begitulah juga jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau berkongsi dengan yang memerlukan.
Murid : Terima kasih atas nasihat dan petuanya ustaz
Assalamualaikum wbt..
*HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI*
- Semalam - Sudah menjadi sejarah.
- Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
- Esok - Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama... Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
*HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS*
- Nafas Naik
- Nafas Turun
Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
*HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN*
- Hidup dalam keredhaan Allah.
- Hidup dalam kemurkaan Allah.
*HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT*
- Kekal di dalam Syurga.
- Kekal di dalam Neraka.
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa diberi kesihatan yang baik, Insha Allah..
آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ... ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†
Assalamualaikum wbt..
Semalam saya ada terbaca satu artikel mengenai pengaruh psikologi anak terhadap warna cat bilik dan ini telah dikaji oleh beberapa orang ahli psikologi di Amerika dan hasilnya amat mengejutkan.. Mereka dapati cat warna dalam bilik anak-anak mampu mempengaruhi emosi mereka dan warna-warna tersebut adalah :
Hijau - Warna hijau memiliki karakter yang tenang. Dalam dunia seni, rona hijau digunakan untuk memberi kesan segar. Namun terlalu banyak warna hijau pada bilik anak anda akan membuat mereka menjadi malas. Untuk mengelaknya, warna hijau perlu dikombinasikan dengan warna jingga atau merah.
Biru - Warna biru mempunyai sifat dingin, melambangkan ketenangan. Warna biru merupakan warna yang paling nyaman untuk mata, juga merupakan warna kesukaan kanak-kanak lelaki. Namun jika terlalu banyak warna biru pada bilik dapat menyebabkan rasa dingin dan membuatkan anak anak menjadi pasif. Anda perlu satukan rona biru dengan palet natural untuk memberi aura segar pada ruang bilik.
Merah - Warna merah merupakan warna yang kuat. Memiliki karakter yang panas, dinamik, berani, marah dan agresif. Warna ini memberi pengaruh pada produktif, perjuangan, persaingan dan keberanian. Elakkan penggunaan warna merah pada bilik bayi di bawah 1 tahun.
Kuning - Warna kuning adalah warna yang ceria, hangat dan bertenaga. Elak menggunakan warna kuning untuk bilik tidur anak anda kerana ia mampu membuatkan anak anda silau dan sukar untuk berehat.
Jingga - Warna gabungan warna kuning dan merah sehingga ia memberi sifat hangat. Warna yang ceria ini tidak sesuai buat kamar anak kerana ia menyukarkan mereka untuk tidur.
Hitam - Warna hitam memberi kesan kehampaan, kegelapan, kematian, kebinasaan dan kemusnahan. Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti. Jangan gunakan warna ini pada bilik anak anda.
Ungu - Ungu memberi kesan spirit dan mewah, raja-raja Eropah banyak menggunakan warna ini kerana kesannya yang megah dan mewah. Warna ini merupakan warna yang unik kerana ia sukar didapati di alam. Warna ini mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak anda. Namun jika terlalu banyak warna ini digunakan dapat membuat anak anda terlalu dominan dan ingin berkuasa.
Assalamualaikum wbt..
Untuk pengetahuan. Klinik pesakit luar HKL akan berpindah ke tempat baru di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur bersebelahan dengan Pusat Darah Negara berkuatkuasa April nie.. Klinik pergigian jugak ada di sana dan ini termasuk unit x-ray, farmasi, farmasi pandu lalu dan klinik kesihatan ibu dan anak. Sekian trima kasih
Assalamualaikum wbt..
Selamat petang suma.. Dua tiga hari lepas, keputusan SPM telah keluar dan akak nak ucapkan tahniah pada adik-adik yang telah menamatkan pelajaran di peringkat menengah dan ada yang bakal sambung kembali pelajaran, ada pulak yang akan melanjutkan pelajaran bila dah bekerja kelak.. Apapun keputusan yang adik-adik dapat, bersyukurlah dan jangan berasa gagal, kerana adik gagal kini tak bermakna adik akan gagal selama-lamanya..
Hari nie saya berkongsi sikit cerita dan mudah-mudahan ianya menjadi pedoman dalam kehidupan kita semua..
Tengah hari tadi.....sewaktu saya bersendirian lunch...
Di kedai tepi Sungai Kg Sentosa
Datang sekeluarga 7 orang...ibu ayah, 2 anak sekolah menengah, 2 anak sekolah rendah dan 1 kanak kanak.....mundar mandir mencari tempat duduk.....akhirnya dapat. ....lepas seorang seorang minum air putih yang terhidang....hingga habis satu jug. Saya memerhatikannya....
Kemudian kedengaran tokey kedai berkata.. Layan diri yea......tapiiii...takda siapa antara mereka yang bangun memilih makanan.
Kelihatan ayah menghampiri tokey....sambil berbisik......"kak, saya cuma ada duit RM50. Saya nak raikan anak saya, dia dapat 9A dlm spm nya tadi.... Boleh tak bagi dia makan budjet RM10 dan lebihnya bagi kami makan lauk lauk yang murah aje."
Ayahnya kelihatan malu malu bila kami memandangnya. Untuk berjimat....mereka tak order minuman kecuali anak yang diraikan minum air sirap limau dan lauk yang menjadi pilihannya ialah seekor ikan tilapia bersambal.....itu saja. Sedangkan keluarganya yang lain.....makan nasi putih dengan 3 ketul ayam rendang dan sayur tauge air putih kosong.
Makan berbahagi lauk untuk berjimat......atau ayat paling tepat, mungkin takut duit tak cukup. Saya tak tau nak kata apa......nasi yang ada separuh pinggan....tak mampu nak saya telan lagi.........saya minum air mata sendiri.......saya bangga.....meskipun dalam payah....keluarga itu bersyukur dalam doa panjangnya sebelum makan tadi........ tetap meraikan kejayaan anak sulungnya dapat 9A dengan caranya sendiri dan seadanya..... ....anaknya tak demand.......cukup dengan seekor tilapia sambal......bersyukur dengan hadiah makan bernilai RM10.....mudah-mudahan jadi pemangkin untuk kejayaan adik adik yang lain.
ALLAHU AKBAR.....
Hari ini makan tak berteman, asbab ALLAH nak temukan saya dengan cerita ini dan balik ke rumah, untuk muhasabah diri.
Terima kasih ya ALLAH.
#sorry_takdagambarnakdikongsi
#cukupsekadarmemorisendiri
#copypastedarigroupwhatsapp
Assalamualaikum wbt..
Mari kita sama-sama renungkan petikan ini.. Semoga kita berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah..
Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya. Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, beribadat di masjid, menunaikan umrah, haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah ï·º bersabda :
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236, Syeikh Albani mengatakan: hasan shohih].
Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA BERSAMAAN RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh kerana itu, lihatlah diri kita, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Mari kita dekatkan diri dengan Allah, rajin-rajinlah bersolat secara berjemaah, tunaikan zakat, tunaikan haji dan umrah (jika mampu), berpuasa dan sebagainya. Tunaikan yang wajib dahulu, dan tinggalkan larangan yang dilarang oleh Allah.. Insha Allah semoga ibadah kita diterima oleh Allah...
Perkongsian bersama dan untuk diri sendiri..
Assalamualaikum wbt..
Bila kita sebut aje nama muzium, mesti kita akan terbayang tentang bangunan lama yang dipenuhi dengan artifak-artifak sejarah yang tersusun malah ada yang diletakkan di dalam kotak kaca.. Dan bila sebut saja nama muzium, tak sah kalau kita tak disajikan dengan kisah-kisah seram di dalam bangunan tersebut...
Tapi saya bukan nak bercerita tentang kisah seram, sebaliknya saya nak berkongsi sikit tentang satu muzium yang sangat unik dan berbeza.. Nama muzium ini adalah Museo Atlantico yang terletak di Pulau Lanzarote berhampiran dengan Pantai Bahla de las Coloradas, Sepanyol. Awak nak tau, muzium ini adalah muzium yang pertama sekali dalam dunia berada di bawah laut..
Apa..? BAWAH LAUT..??? Betul ke nie..?
Jom kita tengok gambar di bawah, sumber gambar-gambar ini diambil dari Google Image...
Muzium ini mengambil masa tiga tahun untuk proses pembinaan dan baru dirasmikan pada 10 Januari 2017 yang lalu dan bahan-bahan yang dipamerkan terdiri daripada 300 arca yang diukir oleh pengukir arca berbangsa British, Jasaon deCaires Taylor.
Tujuan utama muzium nie dibina adalah untuk memberi ingatan pada orang ramai tentang isu pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.
Nampak unik kan muzium nie, jadi pada sesiapa yang nak berkunjung ke Sepanyol, bolehlah masukkan muzium nie dalam senarai kunjungan awak tapi kena pastikan yang awak ada lesen menyelam tau.. hihihi
Assalamualaikum wbt...
Mesej berantai haram disebarkan kerana menganggap makhluk yang menentukan manfaat dan mudarat yang telah ditetapkan Allah SWT .
Contoh mesej :
"Siapa tak hantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .
"Siapa yang hantar mesej ini, dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".
"Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".
"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".
"Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".
Senang cerita, ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri.
Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...
Teguran untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini dikhuatiri menyelewengkan aqidah !!! WA'IYAZUBILLAHI MIN ZALIK.
Semoga kita tak berada dalam golongan orang-orang yang menyelewengkan aqidah..
والله اعلم
Assalamualaikum wbt,
Semoga kita mendapat manfaat dan hayatilah cerita ini sebagai pedoman dalam kehidupan kita.. Ada seorang pemuda ingin bertanyakan soalan ketika satu majlis ilmu berlangsung yang disampaikan oleh seorang alim ulama...
Si Pemuda : Wahai Syeikh, ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara beliau dengan isteriku.
Alim Ulama : Ulangi pertanyaanmu..!!
Si Pemuda : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Alim Ulama : Cuba ulangi pertanyaanmu..!!
Si Pemuda : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Alim Ulama : Ulangi lagi pertanyaanmu..!!
Si Pemuda : Ibuku tinggal menumpang bersamaku.
Alim Ulama : Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!
Si Pemuda : Wahai tuan, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, janganlah tuan memotong pertanyaanku ini
Alim Ulama : Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..
Si Pemuda : Iya tuan, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..
Alim Ulama : Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.
RasululLah ï·º bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu" [HR. Ibnu Majah no. 2291]
1. Setitik airmata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, jadi para ibu jangan biarkan airmata jatuh dan anak jangan memberi seorang ibu untuk menjatuhkan airmatanya. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
ADA 3 MATA YANG TIDAK DIJILAT API NERAKA
» Melihat kaabah sehingga menitis airmata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis airmata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan airmata.
Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri
1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada ibubapa, walaupun dengan perkataan 'ahh'...
2. Barangsiapa yang tidak mendoakan ibubapa selepas sembahyang buat mereka yang sudah meninggal dunia maka anak itu dikira sebagai anak derhaka walaupun pada waktu ibu bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibubapa masih hidup atau telah kembali di sisi Allah, selepas setiap kali solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup Insha Allah akan dimakbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah ibubapa kita yang telah tiada mahupun yang masih lagi bernafas.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan berilah salam, Insha Allah roh di alam sana akan mendoakan kita.. Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Sesiapa yang bersedekah selalu, maka Insha Allah takkan miskin orang itu selamanya.
6. Jika semasa hayat ibubapa masih ada, kita akan memperuntukkan wang untuk mereka, tetapi bila mereka telah meninggal dunia, maka teruskanlah memberi peruntukkan itu sebagai sedekah diiringi dengan doa berikut :-
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibubapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibubapaku”.
Doa inilah buat ibubapa kita bahagia di sana.
7. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibubapa kita baru kita akan terasa ringan tangan nak bersedekah.
8. Allah panjangkan usia Ibubapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak-anaknya. Jagalah mereka dengan baik Insha Allah, syurga adalah balasannya. Jadi bila mengetahui ibubapa sakit, berebutlah menjaga ibubapa kita. Besar sangat pahalanya.
Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami semua..Aamiin Yarobbal A'lamiin.
PESANAN UNTUK KITA YANG BERGELAR ANAK
Assalamualaikum wbt..
Sapa sangka yang bedak bayi mempunyai banyak manfaat kegunaannya selain daripada dipakaikan pada bayi.. Kita yang dewasa nie pun boleh memakai bedak bayi, yang bukan saja menjimatkan malah sesuai dipakai di setiap peringkat umur. Jom kita baca apa kelebihan bedak bayi nie..
Wajah bebas minyak
Kulit berminyak membuatkan seseorang rasa tak selesa, malah kurang berkeyakinan untuk mengambil gambar swafoto dalam keadaan tersebut. Untuk mengatasinya, awak perlu menggunakan bedak bayi dan wajah awak pasti kelihatan segar seperti pada waktu pagi. Malah bedak bayi memang sesuai untuk mereka yang tak gemar bersolek.
Hilang bau kaki
Kaki kita boleh berbau disebabkan oleh peluh yang terhasil dari aktiviti harian. Selain mencuci, ada cara lain yang boleh menghilangkan bau kaki, iaitu dengan menabur bedak bayi pada kaki sebelum menyarung stoking. Apabila bau kaki hilang, orang di sekeliling pun akan mendekati diri kita.
Hapus kotoran degil
Bayangkan awak sedang makan dan secara tiba-tiba makanan tue tertumpah pada baju, dahlah baju kesayangan pulak tue.. Camne cara nak buat..? Sebelum awak mencuci, taburkan dulu bedak bayi pada pakaian dan biarkan semalaman. Insha Allah, kotoran degil akan hilang dan pakaian kesayangan awak akan menjadi bersih.
Pengganti losen tangan
Tak semua orang yang gemar memakai krim atau losen tangan kerana sebahagiannya melekit. Namun bedak bayi boleh menjadi pengganti bagi melembutkan tangan awak lebih-lebih lagi selepas melakukan kerja rumah.
Penyembuh kulit terbakar
Mereka yang berkulit sensitif cenderung mengalami kulit terbakar atau 'sunburn' selepas terdedah lama di bawah cahaya matahari. Akhirnya kulit bertukar warna menjadi kemerah-merahan namun usah risau kerana bedak bayi boleh menjadi penawar kepada masalah itu. Malah ia boleh digunakan selepas memakai krim pelindung ultraviolet (UV) jika awak malas 'menepek' bedak padat atau compact powder.
Semoga ianya bermanfaat.
Assalamualaikum,
Saya nak berkongsi tentang salad ubi kentang ciptaan saya, ianya sangat menyihatkan dan sesuai untuk sesiapa yang nak berdiet... hihi
Bahan-Bahan :
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi, epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris nipis@besar),mayonis sayuran dan serbuk lada sulah.
Cara Penyediaan :
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat-cepat sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul-ketul...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe
Bahan-Bahan :
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi, epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris nipis@besar),mayonis sayuran dan serbuk lada sulah.
Cara Penyediaan :
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat-cepat sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul-ketul...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe
Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi saya nak berkongsi ilmu mengenai Like Button : Social Plugin Facebook.. Ala, yang gambar nie la..
Sebenarnya, saya dimintak daripada adik Unni yang comel nie, camne nak buat widget facebook yang macam saya buat tue...Nie permintaan dia..
Okey, memandangkan permintaan nie datang daripada adik Unni yang cantik molek, akak akan cuba buatkan tutorial untuk awak, dan orang lain jugak dapat manfaatnya, terutama pada blogger yang baru nak mulakan blog..
Okey, langkah pertama sekali awak perlu buka →web← ini, kemudian akan terpaparlah seperti gambar di bawah tapi kena pastikan yang awak mempunyai akaun facebook yea..
Lepas tue, awak ikut step yang diarahkan..
Pada kolum URL to Like, awak masukkan URL facebook awak, dan pilihlah Layout, Action Type, Button Size yang awak inginkan.. Contoh yang awak pilih tue akan terpapar di skrin seperti gambar di atas..Bila dah berpuas hati, awak tekan Get Code..
Ada dua jenis code yang boleh awak copy, pada sesiapa yang pandai dalam bab coding boleh pilih code Javascript SDK dan ikutlah langkah seterusnya seperti diarahkan...
Manakala yang belum pandai dalam bab coding blog nie (macam saya, hihi), ada lagi satu solution yang boleh kita copy code, iaitu guna code iFrame...
Okey langkah seterusnya, awak kembali pada dashboard blogger, awak klik pada layout dan kemudian klik pada Add a Gadget...
Kemudian, awak pilih widget HTML/Javascript....
Langkah seterusnya, awak copy dan paste code tadi dan last sekali save.. Awak boleh letak widget nie di mana saja tempat yang awak mahukan..
Semoga tutorial nie dapat membantu awak suma terutama cik adik Unni yang comel..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons