Assalamualaikum wbt...
Mesej berantai haram disebarkan kerana menganggap makhluk yang menentukan manfaat dan mudarat yang telah ditetapkan Allah SWT .
Contoh mesej :
"Siapa tak hantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .
"Siapa yang hantar mesej ini, dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".
"Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".
"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".
"Hantar mesej ini minima 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".
Senang cerita, ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri.
Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...
Teguran untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini dikhuatiri menyelewengkan aqidah !!! WA'IYAZUBILLAHI MIN ZALIK.
Semoga kita tak berada dalam golongan orang-orang yang menyelewengkan aqidah..
والله اعلم
Mesej berantai ni. Dari dulu sampai skrg ada. Ada yg forward juga tu. Mungkin tak tahu dan kita yg tahu kena tegur secara berhemah. 😊
ReplyDeleteNauzubillah... semoga kita dijauhkan dr perkara yg batil...
ReplyDeleteMesej berantai konon dari Mekah dulu siap kena fotostat surat tu lagi kak Shikin, hehehe. Memang kena tegur supaya mereka tidak mudah tertipu dengan perkara-perkara macam ni...
ReplyDeleteyep perna dapat juga, skrg dah tkda mgkin ada tp xbyk mcm dlu =)
ReplyDeleteMasih ada lagi mesej-mesej macam nie.. Akak tak pernah share.. selalunya tak baca pun.. terus delete je..
ReplyDeleteIsh....byk dapat mesej cenggini dulu time sekolah...
ReplyDeleteHope stoplah yer yg sesiapa suka hantar mesej berantai cenggini...