Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak kongsikan sikit satu kisah yang agak menarik dan kita hayati apa yang tersirat dalam kisah ini di antara perbualan seorang ustaz bersama dengan anak muridnya..
Ustaz : Tolong buatkan dua gelas kopi untuk kita berdua, tapi jangan tuang gulanya dulu, bawa saja ke mari.
Murid : Baik ustaz.
Tidak berapa lama, murid tersebut membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan gula di dalam bekasnya bersama sudu.
Ustaz : Cuba kamu rasa kopi kamu, bagaimana rasanya?
Murid : Rasanya sangat pahit sekali ustaz!
Ustaz : Letakkan sesudu gula, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahitnya sudah mula berkurang ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahitnya sudah berkurang banyak ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa manis mula terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa ustaz.
Ustaz : Tambahan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Sangat manis sekali ustaz.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Terlalu manis. Malah tidak sedap lagi.
Ustaz : Tambahkan sesudu gula lagi, aduklah, bagaimana rasanya?
Murid : Rasa kopinya jadi tidak sedap, lebih sedap bila ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa.
Ustaz : Ketahuilah muridku, pelajaran yang dapat kita ambil dari contoh ini adalah jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?
Murid tersebut termenung sejenak, lalu menjawab.
Murid : Ustaz, sekarang saya mula mengerti, kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terima kasih atas pelajaran ini ustaz.
Ustaz : Baik, kopi yang sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula, aduklah, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmatinya bersama.
Murid tersebut lalu mengerjakan arahan ustaznya.
Ustaz : Bagaimana rasanya?
Murid : Rasanya nikmat sekali.
Ustaz : Begitulah juga jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau berkongsi dengan yang memerlukan.
Murid : Terima kasih atas nasihat dan petuanya ustaz
MashaAllah.. Jadi pengingat diri. Hidup haruslah seimbang agar terasa nikmat hidup itu sendiri.
ReplyDeletedeep, perkongsian yg sgt bermakna
ReplyDeleteso deep :( sangat bagus entry nie
ReplyDeleteDengan cerita berkisar pasal kopi pun ada ibrahnya. 👍
ReplyDeleteTerbaik...begitulah warna warni kehidupan kita..
ReplyDeletecerita nya begitu deep sekali..
ReplyDeleteThanks..perkongsian penuh makna...
ReplyDeleteBukan sebarangan cerita ni.. Terbaik.. Ada pengajarannye..
ReplyDeleteThankz shikin atas perkongsian ni..
terbaik perkongsian ini...
ReplyDeleteada pengajaran disebalik kopi
ReplyDeletesamalah seperti perjalanan hidup. ada onak duri baru mencabar kan :)
ReplyDeleteTerbaikk, penuh pengajaran.
ReplyDeleteHai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.
ReplyDelete****************************************
Sila semak senarai pemenang. >>>>>
Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
****************************************
Alhamdulillah.
Mendalam pengajarannya...Dalam segala hal pun, bersederhanalah, kerana itu lebih baik.
ReplyDeletejemput join giveaway aaisy ��
ReplyDeletehttp://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html
terbaik perkongsian ni...terasa pulak kat diri
ReplyDeletethanks share.. bagus untuk peringatan semua.. semoga kita semua hidup dalam keberkatan :)
ReplyDeletedeep ayat ni.. hari tu tbaca memang tkena di hati
ReplyDeletepelajaran dari kopi dan gula.. bijak ustaz mgunakan pdekatan sdemikian untuk pemahaman ank didik =) Insyallah bmanfaat juga utk kita dan smpai mesej kpd kita smua =)
ReplyDeletepernah baca kisah ni sebelum ni. dari segelas kopi ja, kita boleh dapat 1 pengajaran. berkongsi rezeki dari Allah itu nikmat rasanya :D
ReplyDelete