Pengaruh psikologi anak terhadap warna cat bilik

Wednesday, March 22, 2017

Image result for child emotion

Assalamualaikum wbt..
Semalam saya ada terbaca satu artikel mengenai pengaruh psikologi anak terhadap warna cat bilik dan ini telah dikaji oleh beberapa orang ahli psikologi di Amerika dan hasilnya amat mengejutkan.. Mereka dapati cat warna dalam bilik anak-anak mampu mempengaruhi emosi mereka dan warna-warna tersebut adalah :


Hijau - Warna hijau memiliki karakter yang tenang. Dalam dunia seni, rona hijau digunakan untuk memberi kesan segar. Namun terlalu banyak warna hijau pada bilik anak anda akan membuat mereka menjadi malas. Untuk mengelaknya, warna hijau perlu dikombinasikan dengan warna jingga atau merah.



Biru - Warna biru mempunyai sifat dingin, melambangkan ketenangan. Warna biru merupakan warna yang paling nyaman untuk mata, juga merupakan warna kesukaan kanak-kanak lelaki. Namun jika terlalu banyak warna biru pada bilik dapat menyebabkan rasa dingin dan membuatkan anak anak menjadi pasif. Anda perlu satukan rona biru dengan palet natural untuk memberi aura segar pada ruang bilik. 


Merah - Warna merah merupakan warna yang kuat. Memiliki karakter yang panas, dinamik, berani, marah dan agresif. Warna ini memberi pengaruh pada produktif, perjuangan, persaingan dan keberanian. Elakkan penggunaan warna merah pada bilik bayi di bawah 1 tahun.


Kuning - Warna kuning adalah warna yang ceria, hangat dan bertenaga. Elak menggunakan warna kuning untuk bilik tidur anak anda kerana ia mampu membuatkan anak anda silau dan sukar untuk berehat.


Jingga - Warna gabungan warna kuning dan merah sehingga ia memberi sifat hangat. Warna yang ceria ini tidak sesuai buat kamar anak kerana ia menyukarkan mereka untuk tidur.


Hitam - Warna hitam memberi kesan kehampaan, kegelapan, kematian, kebinasaan dan kemusnahan. Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti. Jangan gunakan warna ini pada bilik anak anda.


Ungu - Ungu memberi kesan spirit dan mewah, raja-raja Eropah banyak menggunakan warna ini kerana kesannya yang megah dan mewah. Warna ini merupakan warna yang unik kerana ia sukar didapati di alam. Warna ini mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak anda. Namun jika terlalu banyak warna ini digunakan dapat membuat anak anda terlalu dominan dan ingin berkuasa.


12 comments

  1. Lea suka stail bilik hijau tu.. Unik dan ada kelainan.. Hijau ni sejuk sikit.. alam semula jadikan.. :)

    ReplyDelete
  2. betul colour memainkan peranan

    ReplyDelete
  3. Elsa suka biru dengan ungu. Tapi kenapa bilik elsa warna oren? Hakhakhakhak

    ReplyDelete
  4. biru mendamaikan pilihan ciktie

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hiasan bilik2 tu. Teringin nk deco bilik syafi mcm ni. 😊

    ReplyDelete
  6. lawa-lawa semua hiasan dalam bilik tu.

    ReplyDelete
  7. Baru Sha tahu.. Tapikan.. Sha suka sangat bilik warna Hitam ataupun biru.. selesa sangat tidu kalau bilik warna nie.. Bilik anak-anak lak sha biar putih je.. senan diorang nak berkreativiti.. hahaha

    ReplyDelete
  8. setuju, ju sgt mainkan peranan penting pgunaan warna dalam rumah even tggl masi bdua.. bagi ju mmg wrna sgt mpengaruhi individu.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum shikin...wow bestnya ...cantik2 semuanya...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  10. warna cat juga sebenarnya memainkan peranan. sy suka semua warna <3

    ReplyDelete
  11. Rumah mrs pip ada tiga warna, pada setial dinding di cat dgn warna berbeza, ungu hijau dan kuning...my anak yang sulung mmg suka sangat dgn warna kuning, and yes mata dia mmg selalu silau, tak pasti akibat kesan warna kuning yg byk atau tak...
    Apapun, tq kongsi entry ni....

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧