Assalamualaikum wbt..
Entri nie sebenarnya saya dah draf pada hari Jumaat tengah malam tapi biasalah, bila keletihan menguasai dan kemalasan menguasai diri,mulalah terabai sekejap.. hihi.. Well ini adalah antara aktiviti hari Jumaat lepas, di mana ofis saya telah membuat satu program iaitu Let's Get Fit anjuran Bahagian Kejuruteraan...
Kali nie, kami tak buat larian keliling bangunan sebab pada masa tue, bantahan beramai-ramai dilakukan disebabkan cuaca yang terlalu panas, (hihi alasan).. Yang sebenarnya penat giler wooo nak berlari keliling bangunan nie, sebabnya bangunan kami nie berada di lereng bukit (pada masa dulu, tapak bangunan nie memang lereng bukit).. jadi kalau berlari turun ke lereng okeylah, nak berlari mendaki tue yang memerlukan tenaga yang kuat, apatah lagi kena buat larian 2 pusingan.. Selalunya saya buat 1 pusingan jea, tak larat weyhh ambe nak berlari... Oleh kerana senamrobik menjadi sukan popular di kalangan kami, jadi pihak bahagian kejuruteraan menjemput Coach Zin Ean dari Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi coach kami.. Hihi masa tue memang bergelak ketawa la sebab ada macam2 gaya senamrobik dibuat, termasuk tarian zapin, goyang dangdut, irama k-pop dan irama goyang dangdut..
Haha, sempat lagi kami berposing.. Mesti awak hairan mana lagi sorang sahabat saya a.k.a. bos saya..? Sebenarnya dia tengah pregnant sekarang jadi dia dikecualikan daripada melakukan aktiviti nie, walaupun katanya hati meronta-ronta nak menari sama..
Senamrobik kali nie memang agak seronok jugak dilakukan kerana coach yang mengajar kami nie walaupun ada kalanya dia memberi rentak laju tapi dia dapat mengajar kami dengan begitu baik sekali, sampaikan abang-abang bomba pun seronok melakukannya..
Kemudian pada sebelah malam saya mendapat whatsapp dari sahabat dari unit HR, dia mintak saya urutkan kaki, tangan dan bahagian belakang dia.. Memandangkan rumah sahabat saya yang saya panggil Kak Shima berdekatan dengan rumah Kak Ayu (sahabat kat gambar atas nie), Kak Ayu nak ikut saya pergi ke rumah Kak Shima dan katanya dia teringin nak makan McDonald's Presint 2, Putrajaya.. Selesai memberi perkhidmatan pada Kak Shima, kami pun bergerak ke restoran tue pada pukul 11 malam...
Kami sangkakan yang restoran nie tak ramai sangat orang disebabkan kita mendapat cuti selama 3 hari dan mungkin ada antara mereka yang balik ke kampung, tapi sangkaan kami meleset, rupa-rupanya ramai jugak yang singgah di sini untuk menikmati makan malam.. Restoran McDonald's nie terletak di tepi tasik Putrajaya jadi pemandangannya agak cantik dan menenangkan walaupun di waktu malam.. Tapi ada kelainan sikit pada restoran nie.. Apa yang menjadi kelainan pada restoran McDonald's di Presint 2 nie adalah restoran nie mempunyai sistem angka giliran selepas kita memesan makanan.. Hihi maaf lupa pulak nak ambik gambar masa tengah pesan makanan.. Sepanjang saya hidup nie, rasanya restoran nie saja kot yang pakai sistem angka giliran nie, ala yang macam kita tunggu nombor giliran di klinik kerajaan ataupun perkhidmatan kaunter kerajaan tue.. Lepas makan, kami ingat nak bergambar di tepi tasik tapi memandangkan jam pada masa tue dah mencecah pukul 11.45 malam, Kak Ayu ajak balik kerana dia risaukan saya yang tinggal jauh di Salak Tinggi, padahal saya memang selalu balik lewat bila ada temujanji dengan pelanggan perkhidmatan saya..
Setelah saya menghantar Kak Ayu pulang ke rumah, saya pun memandu pulang ke rumah dan selamat sampai pada jam 12.05 malam.. Sampai jea di rumah, askar wataniah saya (Bobo) dah sedia menunggu di pintu rumah, tunggu masa untuk masuk dan tidur.. Bila bukak jea pintu, terus dia meluru masuk dan tidur di tempat dia selalu tidur.. huhuhu tak senonoh betul budak nie tidur.. Tengoklah sendiri...
Kan, nasib baiklah aurat dia tertutup... hihihi tuelah aktiviti saya..
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt..
Berita gembira pada sesiapa yang menjadi peminat Samsung.. Samsung Malaysia ada buat tawaran rebat RM200 untuk pembelian Samsung J5 Prime dan J7 Prime dengan harga yang murah yang bermula pada 14 April sehingga 21 Mei ini.. Awak tengok iklan nie...
Wahh, nampak menarik kan.. Jadi cepat-cepatlah ke kedai pengedar Samsung yang sah untuk membeli Samsung J5 Prime ataupun J7 Prime dengan menyerahkan telefon terpakai dan dapatkan rebat sebanyak RM200...
Jom, jangan lepaskan peluang nie..
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi pembuka kata, walaupun agak lama saya tak menulis jurnal nie tapi ada pelbagai citer yang saya nak kongsi dengan awak suma.. So, pada pagi nie saya nak berkongsi satu info yang boleh dikatakan agak berguna jugak, iaitu tips untuk memilih tudung berdasarkan rona kulit.. Walaupun ada di kalangan kita memang pandai dalam memilih warna tudung tapi tips ini dapat memberi awak inspirasi dalam pemilihan tudung yang sesuai dengan kulit kita..
Untuk kulit gelap dan hitam manis
Awak perlu memakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, hijau serindit, ungu lembut atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekaligus membuatkan kulit kelihatan lebih cerah. Elakkan memakai warna coklat tua, hitam, hijau tua, biru gelap atau merah darah kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.
Untuk sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang iaitu rona pastel seperti kuning beige, baby blue, pic, salmon dan ungu. Warna-warna yang perlu dihindari adalah merah darah, hijau tua dan coklat tua kerana ia membuatkan muka bertambah kusam dan gelap.
Untuk kulit putih, cerah dan kuning langsat
Untuk kulit-kulit ini akan lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti ungu, merah, biru laut dan hitam. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah awak nampak pucat dan tidak bermaya. Jika mahu mengenakan tudung pastel atau neutral, campurkan dengan warna-warna garang agar pengayaan awak lebih menarik.
Jadi, itulah tips yang saya boleh kongsikan pada awak. Semoga bermanfaat!
Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, Larian Bersama Bomba Dan Larian Jerai Bersama Bomba
Thursday, April 20, 2017
Assalamualaikum wbt..
Okey, memandangkan saya bekerja di bawah bumbung Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, saya nak buat promosi sikit pasal Hari Anggota Bomba Sedunia.. Siapa tau bila tarikh sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia nie..? Jawapannya adalah pada bulan Mei setiap tahun..
Umum tahu pasal tugas anggota bomba adalah memadamkan kebakaran, ataupun bila situasi melibatkan kemalangan jalanraya ataupun bila berlaku kejadian alam semulajadi seperti banjir besar. Tapi awak tau tak skop kerja anggota bomba nie sebenarnya banyak tau selain dari tugas-tugas utama nie.. So pada sesiapa yang nak tahu mengenai skop kerja anggota bomba, bolehlah datang ke hadapan Dataran Bandaran Ipoh pada 4 Mei 2017 nie kerana pada tahun nie Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia akan diadakan di sana.. Majlis ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bermula pada pukul 8 pagi.. Apalagi orang-orang Ipoh, atau yang berdekatan dengannya, datang tau beramai-ramai untuk melihat dengan lebih dekat lagi The Unsung Hero nie..
Okey, sempena dengan Hari Anggota Bomba Sedunia jugak, ada dua acara yang menarik yang akan dilangsungkan iaitu Larian Bersama Bomba Dan Larian Jerai Bersama Bomba...
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur akan menngajurkan Larian Bersama Bomba kali ke 15 tahun 2017 yang merupakan acara tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Larian Bersama Bomba Tahun 2017 ini akan menggunakan vanue/tempat yang sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dimana ianya akan diadakan pada 06 Mei 2017 hari Sabtu.
Larian Bersama Bomba 2017 membawa tema “Bersama Mencegah Kebakaran” dan juga “Bantu Bomba untuk Membantu Anda” adalah dengan harapan untuk menarik penyertaan dari semua lapisan masyarakat di seluruh negara dan terdapat pelbagai aktiviti sampingan serta pameran akan diadakan pada hari tersebut. Penyertaan Larian Bersama Bomba 2017 dibuka kepada 9 kategori dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30 (Kategori A-G) manakala sebanyak RM 20 bagi kategori H&J.
Setiap penyertaan akan diberikan T-Shirt larian dan juga sijil penyertaan sekiranya Berjaya menamatkan larian mengikut kategori penyertaan.
Okey, jika jauh sangat dengan tempat awak, ada satu lagi larian yang akan diadakan iaitu Larian Jerai Bersama Bomba yang akan diadakan di kaki gunung Jerai, Gurun, Kedah pada 13 Mei 2017 bermula pada jam 7 pagi.. So warga negeri utara boleh join larian bomba nie..
Sumber daripada : Laman Web JBPM |
Sumber daripada : Laman Web JBPM |
SYARAT –SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas yang Warganegara Malaysia sahaja
2. Yuran Penyertaan : RM 40.00 setiap peserta
3. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit terus ke akaun atas nama (Persatuan Sukan, Kebajikan Dan Kebudayaan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah) CIMB 8007038010
***Sila kemukakan slip pembayaran semasa penyerahan borang dan WhatsApp kepada 016-9776462 (Ezzat) atau emel (ezzat-ezani.bomba@1govuc.gov.my)
4. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 10 MEI 2017 jam 5.00 petang.
5. Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah dan semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah atau melayari laman sesawang www.bomba.gov.my
6. Borang penyertaan yang lengkap beserta bayaran hendaklah dihantar kepada urusetia secara terus di Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah atau semua Pejabat Zon JBPM Negeri Kedah
7. Peserta boleh mengambil Baju dan Nombor pada tarikh 8, 9, & 10 Mei 2017 (Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) di Ibu Pejabat Bomba Alor Setar, Pejabat Zon Sungai Petani, Pejabat Zon Kulim dan Balai Bomba Guar Chempedak.
8. Peserta boleh mengambil sijil penyertaan selepas larian di tamatkan.
WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA
JARAK LALUAN : 10 KM
Klik Di Sini ⇨DAPATKAN BORANG PENYERTAAN SEKARANG
Sebarang pertanyaan, pendaftaran sila hubungi :
Yunus (Ibu Pejabat) : 012-539 4525
Ezzat (Alor Setar) : 016-977 6462
Hamizul (Kulim) : 013-251 9038
Azmir (Sungai Petani) : 012-571 7124
Safuwan (Guar Chempedak) : 016-412 8995
Zuhair (Langkawi) : 013-602 2542
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Hihi maaf lama tak
bersiaran, saya ambik masa yang lama untuk menaip sesuatu cerita..
Alahai, cerita ke..? Okey, hari nie saya nak berkongsi satu cerita
pada awak tentang tajuk yang tertulis kat entri utama.. Yea.. Misteri
yang belum terjawab sehingga sekarang, wanita ais.. Apa benda tue...
Kisahnya berlaku pada 20 Disember 1980
di Minnesota, Amerika Syarikat, seorang gadis yang bernama Jean
Hilliard telah membeku atau dalam bahasa omputihnya hibernate dalam
ais yang tebal... Pada masa tue, dia nak balik ke rumahnya di Lengby,
Minnesota dengan menaiki kereta, merentasi ais yang tebal. Kemudian,
secara tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk
akibat melalui ais yang tebal.. Dia mengambil keputusan untuk keluar
daripada kereta dan berjalan pulang ke rumah jiran yang berhampiran,
kerana dia takut akan mati kesejukan jika dia terus menunggu di dalam
kereta. Tapi jangkaan Jean meleset kerana rumah jirannya tue lebih
jauh yang disangkakan dan dia terus berjalan merentasi ais yang tebal
dengan suhu yang mencecah 25 darjah di bawah sifar, maknanya suhu
yang sangat-sangat sejuk.
Inilah gadis yang menjadi patung ais |
Kaki Jean menjadi semakin sejuk dan dia
berjalan dengan lemah serta penat merentasi angin sejuk. Kali
terakhir yang dia ingat adalah dia berjalan dengan bersusah payah ke
rumah jirannya sejauh dua batu, kemudian pada pukul 1 pagi, dengan
hanya beberapa langkah saja dari rumah jiran, Jean terjatuh. Selama 6
jam dia terbaring dan tidak sedarkan diri di atas salji yang tebal
dan dengan suhu sebegitu telah menukarkan dia seperti sebuah patung
ais.
Pada pukul 7 pagi, Wally Nelson yang
merupakan jirannya telah menemui Jean yang terbaring kaku, membeku
seperti ais.. Dia sangka Jean telahpun mati dan terus membawanya ke
Hospital Fosston Municipal. Sampai saja di hospital, para doktor dan
pakar perubatan cuba untuk selamatkan gadis malang. Menurut kata Dr.
George Sather,
"We couldn't take her temperature because there was no place I could put the thermometer. I couldn't open her mouth. I couldn't raise her arm and she was frozen solid, as stiff as a log covered with ice. None of her joints were moving. Her eye lids were frozen solid and her eyes didn't respond to light. Her skin was too hard to pierce with needle and even later, when we could get a pulse, she was only getting eight heartbeats a minute. She was a frozen stiff, like a piece of meat out of a deep freeze."
Dan kata seorang jururawat yang melihat
keadaan Jean,
“She was so cold, it was like reaching into a freezer, like picking out a frozen stick of wood. Her face was absolutely white. Just this ashen, death look. We did hook her up to the monitor, and we got this agonal rhythm-- like one beat. It was just like one and nothing. Then two. We knew that we had something, but that's a death rhythm.”
6 jam sudah cukup membuatkan Jean
bertukar menjadi seperti patung ais dan ahli keluarga Jean mengharapkan
keajaiban akan berlaku tapi menurut kata doktor, Jean mungkin akan
cacat anggota badannya akibat hipotermia yang serius. Tapi keajaiban
memang berlaku, Jean tak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang
serius malah anggota badannya tidak menjadi cacat..
Apa itu hipotermia? Ianya adalah
pengurangan suhu badan yang berlaku apabila haba di dalam badan telah
diserap dengan banyak. Seorang manusia yang ditakrifkan mempunyai
suhu teras badan di bawah 35.0°C (95.0°F). Gejalah hipotermia nie
bergantung pada suhu sejuk dan ada tiga kategori hipotermia iaitu
hipotermia ringan seperti simptom menggigil dan kecelaruan pada
mental, manakala simptom untuk hipotermia sederhana pulak adalah
seseorang tue akan berhenti menggigil dan bermulalah kecelaruan
mental yang semakin teruk hingga mungkin menyebabkan halusinasi
ataupun koma. Simptom hipotermia yang paling teruk adalah bila
seseorang akan bertindak paradoks secara ganas dengan menanggalkan
pakaian dan ini akan meningkatkan risiko jantung akan berhenti
berdenyut.
Hanya Allah saja yang tahu di sebalik keajaiban ini |
Kisah Jean Hilliard nie masih menjadi
misteri di kalangan pakar perubatan, bagaimana dia boleh teruskan
kehidupan tanpa ada sebarang tanda hipotermia.. Tapi itu semuanya
kuasa Allah, hanya Dia saja yang tahu apa yang berlaku..
Huihhh, dah bersawang labah-labah nampkaknya jurnal saya nie, ada yang rindu pada saya tak..? hihihi perasanlah Puan Shikin nie tapi mintak maaf banyak-banyak sebab lama tak update jurnal nie.. Sebenarnya seminggu lepas hingga ke semalam (hari Khamis) saya sibuk dengan kerja di opis, dan kami kini kembali untuk mendapat kembali persijilan 5S.. Memandangkan baru-baru audit dalaman 5S telah dijalankan untuk kali pertama pada tahun nie dan saya merupakan salah sorang auditor, terpaksa melupakan untuk menulis entri di jurnal nie... Sebenarnya ada banyak entri yang telah saya draf kan, tapi belum kesempatan lagi nak publish..
Awak tau sebaik saja habis pengauditan, kesihatan mula terganggu dengan demamnya, batuknya, selesemanya, bak kata orang, cukup lengkap untuk melemahkan badan... huhu 😢 sedihnya... Tapi dalam kesibukan saya, saya sebenarnya ada singgah di blog sahabat-sahabat saya cuma tak dapat nak memberi komen, dan hanya mampu menjadi silent reader saja.. Jadi mintak maaf pada kakak-kakak,abang-abang dan adik-adik..
Lepas tue, awak tau kejadian pada pagi Jumaat dalam pukul 2.45 pagi, terjadi satu kejadian yang agak mencemaskan.. Bilik rumah jiran sebelah saya terbakar!!! Ya Allah.. Masa tue, secara kebetulan saya terbangun disebabkan dahaga dan nak pergi minum air di dapur.. Masa tuelah saya tercium satu benda yang hangit terbakar, saya agak cemas jugak masa tue, kot-kot ada suis dalam rumah yang menyebabkan terbakar.. Saya check satu demi satu suis plug tapi takde menemui apa-apa yang mencurigakan.. Lepas tue, saya ternampak siren polis peronda dan berhenti di depan rumah jiran sebelah... Kemudian jiran saya yang dipanggil Ila menelefon saya dan maklumkan pada saya yang bilik kedua rumahnya terbakar dan sempat dipadamkan oleh suaminya...Semasa polis peronda sedang mengambil keterangan daripada suami Ila, dua buah trak bomba telah sampai di rumah, dan mereka berkata yang mereka tersalah alamat... Untuk pengetahuan awak suma, taman saya nie ada dua nama yang sama, cuma ada penambahan dari segi namanya sikit.. Taman yang saya duduki nie diberi nama Taman Salak Idaman, manakala pihak bomba pula memasuki kawasan taman perumahan yang diberi nama Taman Desa Salak Idaman... Awak nampak tak perbezaan nama taman nie..? Yea, satu taman ditambah dengan perkataan 'Desa' padahal taman perumahan kami nie mempunyai berlainan pemaju perumahan..
Okey, sambung citer tadi... Bila pihak bomba dah sampai, mereka memeriksa semula bilik yang terbakar tue untuk melihat samada ianya telah selamat dipadamkan atau sebaliknya dan mereka mula melakukan siasatan untuk kes kebakaran nie...Mereka mengesyaki yang kipas berdiri yang menjadi punca kebakaran dan tindakan pantas suami Ila telah menyelamatkan harta benda yang lain serta mengelak api marak ke rumah jiran-jiran.. Dan untuk pengetahuan awak, kejadian nie Ila dan suami tak sedar pun api sedang marak.. Bilik kedua nie diduduki oleh anak-anaknya iaitu dua orang budak perempuan yang masing-masing berumur 6 dan 5 tahun.. Anak sulung Ila telag mengejutkan suami isteri dan memberitahu yang ada api yang sedang marak dalam bilik dan dia tak dapat mencari adiknya disebabkan asap mula menebal... Nasib baik anak sulungnya bukan seorang yang mudah panik, jadi dia merangkak keluar dari bilik dan bergegas memberitahu pada ibubapanya.. Suami Ila dapat mencari anak keduanya dan terus memadamkan api dari terus merebak tapi dia mengalami sesak nafas akibat tersedut asap hitam semasa memadamkan kebakaran.. Subhanallah, kedua-dua anak syurga nie tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius walaupun tersedut sikit asap hitam.. Jadi pada hari nie (Jumaat) saya mengambil cuti kecemasan untuk menolong Ila apa yang patut, seperti mengemas dan mengalihkan barang-barang yang terbakar ke tempat yang lebih selamat dan mencari barang-barang yang terselamat dari terbakar..
Itulah cerita saya untuk minggu nie.. Insha Allah jika saya ada masa saya akan kembali semula ke sini, dengan memberi info yang bermanfaat pada kita semua.. Maaf jika saya tak berkunjung ke blog awak, bukannya saya sombong tapi masa tak mengizinkan.. Jaa nee..
Awak tau sebaik saja habis pengauditan, kesihatan mula terganggu dengan demamnya, batuknya, selesemanya, bak kata orang, cukup lengkap untuk melemahkan badan... huhu 😢 sedihnya... Tapi dalam kesibukan saya, saya sebenarnya ada singgah di blog sahabat-sahabat saya cuma tak dapat nak memberi komen, dan hanya mampu menjadi silent reader saja.. Jadi mintak maaf pada kakak-kakak,abang-abang dan adik-adik..
Lepas tue, awak tau kejadian pada pagi Jumaat dalam pukul 2.45 pagi, terjadi satu kejadian yang agak mencemaskan.. Bilik rumah jiran sebelah saya terbakar!!! Ya Allah.. Masa tue, secara kebetulan saya terbangun disebabkan dahaga dan nak pergi minum air di dapur.. Masa tuelah saya tercium satu benda yang hangit terbakar, saya agak cemas jugak masa tue, kot-kot ada suis dalam rumah yang menyebabkan terbakar.. Saya check satu demi satu suis plug tapi takde menemui apa-apa yang mencurigakan.. Lepas tue, saya ternampak siren polis peronda dan berhenti di depan rumah jiran sebelah... Kemudian jiran saya yang dipanggil Ila menelefon saya dan maklumkan pada saya yang bilik kedua rumahnya terbakar dan sempat dipadamkan oleh suaminya...Semasa polis peronda sedang mengambil keterangan daripada suami Ila, dua buah trak bomba telah sampai di rumah, dan mereka berkata yang mereka tersalah alamat... Untuk pengetahuan awak suma, taman saya nie ada dua nama yang sama, cuma ada penambahan dari segi namanya sikit.. Taman yang saya duduki nie diberi nama Taman Salak Idaman, manakala pihak bomba pula memasuki kawasan taman perumahan yang diberi nama Taman Desa Salak Idaman... Awak nampak tak perbezaan nama taman nie..? Yea, satu taman ditambah dengan perkataan 'Desa' padahal taman perumahan kami nie mempunyai berlainan pemaju perumahan..
Okey, sambung citer tadi... Bila pihak bomba dah sampai, mereka memeriksa semula bilik yang terbakar tue untuk melihat samada ianya telah selamat dipadamkan atau sebaliknya dan mereka mula melakukan siasatan untuk kes kebakaran nie...Mereka mengesyaki yang kipas berdiri yang menjadi punca kebakaran dan tindakan pantas suami Ila telah menyelamatkan harta benda yang lain serta mengelak api marak ke rumah jiran-jiran.. Dan untuk pengetahuan awak, kejadian nie Ila dan suami tak sedar pun api sedang marak.. Bilik kedua nie diduduki oleh anak-anaknya iaitu dua orang budak perempuan yang masing-masing berumur 6 dan 5 tahun.. Anak sulung Ila telag mengejutkan suami isteri dan memberitahu yang ada api yang sedang marak dalam bilik dan dia tak dapat mencari adiknya disebabkan asap mula menebal... Nasib baik anak sulungnya bukan seorang yang mudah panik, jadi dia merangkak keluar dari bilik dan bergegas memberitahu pada ibubapanya.. Suami Ila dapat mencari anak keduanya dan terus memadamkan api dari terus merebak tapi dia mengalami sesak nafas akibat tersedut asap hitam semasa memadamkan kebakaran.. Subhanallah, kedua-dua anak syurga nie tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius walaupun tersedut sikit asap hitam.. Jadi pada hari nie (Jumaat) saya mengambil cuti kecemasan untuk menolong Ila apa yang patut, seperti mengemas dan mengalihkan barang-barang yang terbakar ke tempat yang lebih selamat dan mencari barang-barang yang terselamat dari terbakar..
Itulah cerita saya untuk minggu nie.. Insha Allah jika saya ada masa saya akan kembali semula ke sini, dengan memberi info yang bermanfaat pada kita semua.. Maaf jika saya tak berkunjung ke blog awak, bukannya saya sombong tapi masa tak mengizinkan.. Jaa nee..
Assalamualaikum wbt...
Selamat tengahari suma... Hihi curi masa jap.. Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada sahabat-sahabat yang sudi tinggalkan nota pada jurnal saya.. Inilah sahabat yang menjadi pengomen setia untuk bulan Mac sehingga April 2017... So music please..
Wow, kali nie ada 5 nama barulah yang berubah tempat.. Dua sahabat saya, iaitu kak Nurzakiah Hanum dan Unni Anje telah kembali menduduki carta ini manakala tiga orang lagi sahabat adalah merupakan wajah baru yang menghiasi carta ini, Ahlan Wa Sahlan saya ucapkan pada Anum Abdullah, Nurfaezah Abdullah (blogger dari Brunei) dan Nour Adieb..
Okey, macam biasa saya akan memberi hadiah misteri kepada salah sorang dari sahabat saya nie dan orang yang bertuah itu adalah :-
Kepada Anum Abdullah, sila whatsapp pada saya (019-9884032) butiran awak untuk tuntutan hadiah seperti nama penuh, alamat penuh dan no. telefon.. Insha Allah, nanti saya akan poskan hadiah awak..
Pada sahabat yang tak tersenarai tue, jangan kecewa yea sebab mungkin lepas nie nama awak pulak yang bertuah untuk duduk dalam carta saya.. Pada sahabat yang ada dalam list tue, saya buatkan bloglist khas untuk awak sehingga 30 April 2017..
Pada rakan-rakan yang lain, jangan kecewa dan jangan berhati walang, Insha Allah mungkin di bulan depan nama awak pulak yang akan muncul di carta ini.. Terima kasih kerana terus menerus menyokong jurnal saya nie..
Tahniah sekali lagi...
Assalamualaikum wbt..
Maaf dalam minggu nie saya sibuk dengan pengauditan semula program 5S jabatan, jadi malam nie saya nak kongsi sikit ilmu yang kita dapat manfaatkan sama-sama...
Masuk rumah. Semuanya senyap sunyi.
Suami tak bercakap. Isteri tak bercakap.
Apabila isteri mahu bercakap, suami sudah keluar rumah ‘ngeteh’ bersama kawan-kawan.
Apabila suami mahu bercakap, isteri sudah tidur di bilik keletihan.
Anak-anak? Disuruh buat kerja rumah. Tiada siapa meneman.
Akhirnya buku ditolak ke tepi, layan Insta di iPhone 7 plus lebih menarik.
Dari mana belajar ‘duckface’? Tengok gambar Insta kawan-kawan.
Abah duduk ‘pulau’ lain.
Mama hidup ‘pulau’ lain.
Anak-anak terdampar ‘pulau’ lain.
Masing-masing ada ‘pulau’ sendiri.
Katanya kita keluarga?
Suami ada masalah, tak terasa nak berbincang dengan isteri.
Isteri ada masalah, tercari-cari dengan siapa mahu dikongsi.
Anak ada masalah, terasa hidup sebagai anak tiri.
Hidup sendiri-sendiri.
Keluarga bahagia? Jauh. Lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Miri.
Buka surah At-Taubah.
Kaab bin Malik dan beberapa orang sahabat Nabi dipulaukan kerana tidak turut serta dalam Perang Tabuk.
Betapa mereka hidup dalam resah gelisah.
Pulau bukan perkara kecil. Itu hukuman ‘paling kejam’ untuk manusia.
Jika penjara. Orang sudah terkurung. Memang tiada siapa lagi dapat dilihat dari dalamnya.
‘Pulau’ lebih sadis. Lebih dari penjara.
Kita nampak manusia lalu lalang di hadapan kita, tetapi tidak ada seorang pun mahu membuka mulut memulakan bicara.
Mereka yang memandang, terus memaling muka.
Nampak kita bergerak ke arah mereka, satu saat lagi mereka lesap hilang tiada.
Kita ada, tapi tidak wujud bagi mereka.
Itulah ‘Pulau’.
Betapa Allah rekodkan dalam Quran. Perasaan Kaab bin Malik.
Walaupun dunia ini sangat luas. Tetapi semuanya terasa sangat sempit menyesakkan jiwa.
Apabila mereka dipulau manusia.
Dan segelintir kita?
Sengaja mencipta ‘pulau’ sendiri dalam rumah.
Bayangkan perasaan isteri yang tidak dapat bercakap walau sepatah kata dengan suami dalam satu hari.
Pergi ke dapur, hanya dia dan kuali.
Pergi ke ruang tamu, hanya dia dan TV.
Pergi ke bilik, hanya dia dan anak-anak.
Mencari suami. Di mana suami.
Bayangkan sesaknya dada seorang suami yang perlukan srikandi untuk ‘menyelimuti’.
Pergi ke dapur, hanya dia dan maggi.
Pergi ke ruang tamu, hanya dia dan kucing parsi.
Pergi ke bilik, hanya dia dan Samsung Galaxy.
Mencari isteri. Di mana isteri.
Bayangkan anak-anak yang perlukan mama dan abah untuk ceritakan kehidupan sekolah sepanjang hari.
Pergi ke bilik, dari dalam berkunci.
Pergi ke ruang tamu, kosong sunyi.
Pergi ke dapur, hanya ada makanan bawah tudung saji.
Abah mama mana?
Kita ada seluas dunia dan seisinya untuk menikmati hidup, tetapi ada yang memilih untuk tinggal di ‘pulau’ sendiri-sendiri.
Rugi, kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons