Aktiviti hari Jumaat lepas

Tuesday, April 25, 2017

Assalamualaikum wbt..

Entri nie sebenarnya saya dah draf pada hari Jumaat tengah malam tapi biasalah, bila keletihan menguasai dan kemalasan menguasai diri,mulalah terabai sekejap.. hihi.. Well ini adalah antara aktiviti hari Jumaat lepas, di mana ofis saya telah membuat satu program iaitu Let's Get Fit anjuran Bahagian Kejuruteraan...

Starlavenderluna's Journal Of Life
Kali nie, kami tak buat larian keliling bangunan sebab pada masa tue, bantahan beramai-ramai dilakukan disebabkan cuaca yang terlalu panas, (hihi alasan).. Yang sebenarnya penat giler wooo nak berlari keliling bangunan nie, sebabnya bangunan kami nie berada di lereng bukit (pada masa dulu, tapak bangunan nie memang lereng bukit).. jadi kalau berlari turun ke lereng okeylah, nak berlari mendaki tue yang memerlukan tenaga yang kuat, apatah lagi kena buat larian 2 pusingan.. Selalunya saya buat 1 pusingan jea, tak larat weyhh ambe nak berlari... Oleh kerana senamrobik menjadi sukan popular di kalangan kami, jadi pihak bahagian kejuruteraan menjemput Coach Zin Ean dari Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi coach kami.. Hihi masa tue memang bergelak ketawa la sebab ada macam2 gaya senamrobik dibuat, termasuk tarian zapin, goyang dangdut, irama k-pop dan irama goyang dangdut..  

Starlavenderluna's Journal Of Life

Haha, sempat lagi kami berposing.. Mesti awak hairan mana lagi sorang sahabat saya a.k.a. bos saya..? Sebenarnya dia tengah pregnant sekarang jadi dia dikecualikan daripada melakukan aktiviti nie, walaupun katanya hati meronta-ronta nak menari sama.. 

Senamrobik kali nie memang agak seronok jugak dilakukan kerana coach yang mengajar kami nie walaupun ada kalanya dia memberi rentak laju tapi dia dapat mengajar kami dengan begitu baik sekali, sampaikan abang-abang bomba pun seronok melakukannya.. 

Kemudian pada sebelah malam saya mendapat whatsapp dari sahabat dari unit HR, dia mintak saya urutkan kaki, tangan dan bahagian belakang dia.. Memandangkan rumah sahabat saya yang saya panggil Kak Shima berdekatan dengan rumah Kak Ayu (sahabat kat gambar atas nie), Kak Ayu nak ikut saya pergi ke rumah Kak Shima dan katanya dia teringin nak makan McDonald's Presint 2, Putrajaya.. Selesai memberi perkhidmatan pada Kak Shima, kami pun bergerak ke restoran tue pada pukul 11 malam...


Starlavenderluna's Journal Of Life


Kami sangkakan yang restoran nie tak ramai sangat orang disebabkan kita mendapat cuti selama 3 hari dan mungkin ada antara mereka yang balik ke kampung, tapi sangkaan kami meleset, rupa-rupanya ramai jugak yang singgah di sini untuk menikmati makan malam.. Restoran McDonald's nie terletak di tepi tasik Putrajaya jadi pemandangannya agak cantik dan menenangkan walaupun di waktu malam.. Tapi ada kelainan sikit pada restoran nie.. Apa yang menjadi kelainan pada restoran McDonald's di Presint 2 nie adalah restoran nie mempunyai sistem angka giliran selepas kita memesan makanan.. Hihi maaf lupa pulak nak ambik gambar masa tengah pesan makanan.. Sepanjang saya hidup nie, rasanya restoran nie saja kot yang pakai sistem angka giliran nie, ala yang macam kita tunggu nombor giliran di klinik kerajaan ataupun perkhidmatan kaunter kerajaan tue.. Lepas makan, kami ingat nak bergambar di tepi tasik tapi memandangkan jam pada masa tue dah mencecah pukul 11.45 malam, Kak Ayu ajak balik kerana dia risaukan saya yang tinggal jauh di Salak Tinggi, padahal saya memang selalu balik lewat bila ada temujanji dengan pelanggan perkhidmatan saya.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Setelah saya menghantar Kak Ayu pulang ke rumah, saya pun memandu pulang ke rumah dan selamat sampai pada jam 12.05 malam.. Sampai jea di rumah, askar wataniah saya (Bobo) dah sedia menunggu di pintu rumah, tunggu masa untuk masuk dan tidur.. Bila bukak jea pintu, terus dia meluru masuk dan tidur di tempat dia selalu tidur.. huhuhu tak senonoh betul budak nie tidur.. Tengoklah sendiri...


Kan, nasib baiklah aurat dia tertutup... hihihi tuelah aktiviti saya.. 

Jaa nee..

15 comments

  1. Wah bagusnya ada aktivit let's get fit tu. Baru semangat nak bersukan bila ramai2 kan.

    ReplyDelete
  2. Seronok program macam ni, beramai ramai pulak tu 😍

    ReplyDelete
  3. Seronoknya ada aktiviti macam ni =)

    ReplyDelete
  4. wah bestnya! tapi kalau elsa confirm liat nak join nie hahahaha

    ReplyDelete
  5. Hi Terima Kasih dan Tahniah kepada Anda Kerana Tersenarai dalam Video Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu.(^_^)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. salam terjah dari https://www.facebook.com/groups/kamisukaterjahblog/ kak ikin

      Delete
  7. kalau cuti panjang pastu penuh dgn xtvt mmg best terutama dgn family..

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum. ju dtg bw =D
    dgn cuaca terik skrg ni, jangan kan pusing bangunan, nak kluar dr dr bangunan pun ju xlarat =D

    Bru bksempatan bw ari ni =D

    ReplyDelete
  9. Seronoknya program macam nie.. Senam ramai-ramai..
    lama tak buat..

    ReplyDelete
  10. Best program Let's Get Fit ni 😄👍 Lari turun naik lereng ok juga, tapi cuaca tersangatlah panas sekarang ni 😱 Bobo kepenatan tu senam robik sendiri di rumah 😂

    ReplyDelete
  11. ofis aida pun da tetapkan sehari utk hari bersukan tau, shikin.
    tiap khamis pagi. samada nak senamrobik ke, gotong-royong yg kuar kan peluh ke, ...
    kami opt utk senamrobik lah... dlm dewan :) ha ha ha...
    berpeluh dlm air-cond, ok la kan.

    ReplyDelete
  12. alahai kucing tu.. sedap pulak dia tidur macam tu ... :')

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧