Kembali berinteraksi

Friday, April 14, 2017


Assalamualaikum wbt...
Huihhh, dah bersawang labah-labah nampkaknya jurnal saya nie, ada yang rindu pada saya tak..? hihihi perasanlah Puan Shikin nie tapi mintak maaf banyak-banyak sebab lama tak update jurnal nie.. Sebenarnya seminggu lepas hingga ke semalam (hari Khamis) saya sibuk dengan kerja di opis, dan kami kini kembali untuk mendapat kembali persijilan 5S.. Memandangkan baru-baru audit dalaman 5S telah dijalankan untuk kali pertama pada tahun nie dan saya merupakan salah sorang auditor, terpaksa melupakan untuk menulis entri di jurnal nie... Sebenarnya ada banyak entri yang telah saya draf kan, tapi belum kesempatan lagi nak publish..

Awak tau sebaik saja habis pengauditan, kesihatan mula terganggu dengan demamnya, batuknya, selesemanya, bak kata orang, cukup lengkap untuk melemahkan badan... huhu 😢 sedihnya... Tapi dalam kesibukan saya, saya sebenarnya ada singgah di blog sahabat-sahabat saya cuma tak dapat nak memberi komen, dan hanya mampu menjadi silent reader saja.. Jadi mintak maaf pada kakak-kakak,abang-abang dan adik-adik.. 

Lepas tue, awak tau kejadian pada pagi Jumaat dalam pukul 2.45 pagi, terjadi satu kejadian yang agak mencemaskan.. Bilik rumah jiran sebelah saya terbakar!!! Ya Allah.. Masa tue, secara kebetulan saya terbangun disebabkan dahaga dan nak pergi minum air di dapur.. Masa tuelah saya tercium satu benda yang hangit terbakar, saya agak cemas jugak masa tue, kot-kot ada suis dalam rumah yang menyebabkan terbakar.. Saya check satu demi satu suis plug tapi takde menemui apa-apa yang mencurigakan.. Lepas tue, saya ternampak siren polis peronda dan berhenti di depan rumah jiran sebelah... Kemudian jiran saya yang dipanggil Ila menelefon saya dan maklumkan pada saya yang bilik kedua rumahnya terbakar dan sempat dipadamkan oleh suaminya...Semasa polis peronda sedang mengambil keterangan daripada suami Ila, dua buah trak bomba telah sampai di rumah, dan mereka berkata yang mereka tersalah alamat... Untuk pengetahuan awak suma, taman saya nie ada dua nama yang sama, cuma ada penambahan dari segi namanya sikit.. Taman yang saya duduki nie diberi nama Taman Salak Idaman, manakala pihak bomba pula memasuki kawasan taman perumahan yang diberi nama Taman Desa Salak Idaman... Awak nampak tak perbezaan nama taman nie..? Yea, satu taman ditambah dengan perkataan 'Desa' padahal taman perumahan kami nie mempunyai berlainan pemaju perumahan.. 


Okey, sambung citer tadi... Bila pihak bomba dah sampai, mereka memeriksa semula bilik yang terbakar tue untuk melihat samada ianya telah selamat dipadamkan atau sebaliknya dan mereka mula melakukan siasatan untuk kes kebakaran nie...Mereka mengesyaki yang kipas berdiri yang menjadi punca kebakaran dan tindakan pantas suami Ila telah menyelamatkan harta benda yang lain serta mengelak api marak ke rumah jiran-jiran.. Dan untuk pengetahuan awak, kejadian nie Ila dan suami tak sedar pun api sedang marak.. Bilik kedua nie diduduki oleh anak-anaknya iaitu dua orang budak perempuan yang masing-masing berumur 6 dan 5 tahun.. Anak sulung Ila telag mengejutkan suami isteri dan memberitahu yang ada api yang sedang marak dalam bilik dan dia tak dapat mencari adiknya disebabkan asap mula menebal... Nasib baik anak sulungnya bukan seorang yang mudah panik, jadi dia merangkak keluar dari bilik dan bergegas memberitahu pada ibubapanya..  Suami Ila dapat mencari anak keduanya dan terus memadamkan api dari terus merebak tapi dia mengalami sesak nafas akibat tersedut asap hitam semasa memadamkan kebakaran.. Subhanallah, kedua-dua anak syurga nie tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius walaupun tersedut sikit asap hitam.. Jadi pada hari nie (Jumaat) saya mengambil cuti kecemasan untuk menolong Ila apa yang patut, seperti mengemas dan mengalihkan barang-barang yang terbakar ke tempat yang lebih selamat dan mencari barang-barang yang terselamat dari terbakar.. 

Itulah cerita saya untuk minggu nie.. Insha Allah jika saya ada masa saya akan kembali semula ke sini, dengan memberi info yang bermanfaat pada kita semua.. Maaf jika saya tak berkunjung ke blog awak, bukannya saya sombong tapi masa tak mengizinkan.. Jaa nee..

Image result for shikin razali

11 comments

  1. Alhamdulillah semuanya selamat. Takut pulak bila baca kisah kebakaran macamni. huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua terselamat...bab2 kebakaran ni mmg menakutkan...baru tengok cerita upin ipin pasal kecil jadi kawan, besar jadi lawan petang tadi..

    ReplyDelete
  3. mashya Allah kak...meremang saya baca entri ni.. alhamdulillah semua selamat. takut dan cemasnya bila situasi tak terduga berlaku.

    p/s: saya pun dah jadi chipsmore..huhuhu

    ReplyDelete
  4. tu la pasal.
    semlm br aida komen yg shikin mcm x update blog 😊😊😊

    ReplyDelete
  5. Syuker semua selamat ...
    Risau lah bila ada kebakaran..
    Mrs pip pun pernah alami rumah terbakar, sedih ...
    Semoga semua mengambil langkah berhati2 selalu...
    Cheers.

    ReplyDelete
  6. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah. Selamat semuanya. Api kalau kecil jadi kawan, kalau besar jadi lawan. Takut. Huhu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah, syukurlah semua selamat..

    ReplyDelete
  9. Allahuakhabar nasib smua xda apa2

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah mereka selamat.. Mujur anak sulung dia tak panik..

    ReplyDelete
  11. Fuhhh Alhamdulillah syukur semuanya selamat..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧