Assalamualaikum wbt..
Awak tau tak, setiap kewujudan kota atau bandar mempunyai sejarah yang tersendiri. Ada bandar terpencil menjadi sebuah kota yang pesat dan ada jugak kota pesat bertukar rupa menjadi bandar mati.
Sehingga ke hari nie, terdapat bandar yang terpaksa ditinggalkan atas beberapa faktor keselamatan. Contohnya..
Kolmanskop di Selatan Namibia
Kolmanskop merupakan kota mati di Selatan Namibia yang terletak beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz. Kawasan tersebut kaya dengan berlian sehingga menjadi sebuah kota megah yang dilengkapi pelbagai prasarana. Namun begitu, selepas Perang Dunia Pertama, urusan jual beli berlian terhenti dan permulaan kepada berakhirnya kemegahan sebuah kota.
Prypiat, Ukraine
Sebuah bandar besar di Ukraine yang mati akibat bencana nuklear Chernobyl yang menelan kira-kira 50 ribu nyawa. Selepas kejadian tersebut, kawasan berkenaan tidak ubah seperti sebuah muzium yang menjadi sebahagian sejarah kesatuan Soviet.
San Zhi, Taiwan
Merupakan sebuah kampung percutian bagi golongan kaya kerana binaan bangunan futuristiknya, San Zhi terpaksa ditutup kerana banyak kecelakaaan yang membawa maut kepada pekerja ketika pembinaan akhir. Mengalami kesukaran mendapatkan tenaga buruh akhirnya pembangunan San Zhi terpaksa dihentikan.
Agdam, Azerbaijan
Suatu ketika dulu, bandar Agdam ini mempunyai populasi penduduk sehingga 150,000 orang. Walaupun peperangan Nagorno Karabakh pada 1993 tidak melibatkan bandar tersebut, namun pihak Amenia dengan sengaja menghancurkan kota berkenaan dengan memusnahkan semua bangunan. Jadi dengan musnahnya bangunan, penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar itu dan menjadikan bandar itu sepi tanpa penduduk.
Varosha, Cyprus
Suatu ketika dulu, Varosha merupakan sebuah daerah yang tidak diiktiraf Republik Cyprus Utara. Ia merupakan daerah pelancongan moden di Kota Famagusta. Ketika tentera Turki menguasai daerah ini, mereka memagarinya dan tidak ada yang dapat keluar masuk ke dalam kota ini tanpa kebenaran.
Craco, Itali
Pada tahun 1891. populasi penduduk Craso adalah seramai 2000 orang, tetapi disebabkan masalah sosial dan kemiskinan telah menyebabkan penduduk kawasan itu berpindah keluar menuju ke Amerika Utara. Terletak di kawasan berbukit bukau, bencana alam seperti gempa bumi juga menjadi punca kepada penghijrahan penduduk bandar ini.
Bandar Kowloon, Hong Kong
Kota besar Howloon terletak di luar Hong Kong pernah diduduki Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan kemudiannya dihuni oleh penduduk asing. Akibat masalah sosial seperti pelacuran, dadah dan perjudian, kerajaan China mengambil keputusan untuk menutup bandar itu.
Pulau Gunkanjima, Jepun
Merupakan sebuah pulau dari 505 pulau yang tidak berpenghuni di Nagasaki di bawah pentadbiran Jepun. Pulau itu terkenal dengan perusahaan arang batu yang terdapat di dasar laut. Namun ketika minyak tanah menggantikan arang batu pada tahun 1960, lombong itu kemudian ditutup secara rasmi pada tahun 1974.
Oradour Sur Glane, Perancis
Merupakan sebuah perkampungan kecil di Perancis, masyarakat di kawasan itu ditindas oleh tentera Jerman. Sepanjang Perang Dunia Kedua berlaku, seramai 642 penduduk dizalimi oleh tentera sebagai pembalasan terhadap perlakuan Perancis ketika itu. Menurut saksi, penduduk lelaki dimasukkan ke dalam sebuah gudang dan tentera Jerman akan menembak kaki mereka sehingga akhirnya semua mangsa mati secara perlahan-lahan.
Kadykchan, Rusia
Kadykchan adalah merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang musnah sewaktu keruntuhan Kesatuan Soviet.
Itulah bandar yang dikatakan telah ditinggalkan penduduk dan menjadi bandar yang mati.
Assalamualaikum wbt..
Bagi yang mempunyai anak kecil tentu biasa berhadapan dengan situasi solat kita akan diganggu oleh mereka. Kadang-kadang si kecil sengaja duduk di atas riba kita semasa sedang tahiyat awal, memanjat belakang badan semasa sedang sujud, mengorek lubang hidup, menarik telekung, menyelak kain, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Lagi haru, kadang-kadang mereka melakukan perkara yang membahayakan diri mereka seperti bermain dengan suis elektrik, bermain di depan bilik air yang lembap lantainya dan sebagainya. Jadi dah tentu kita tak khusyuk untuk bersolat disebabkan memikirkan keselamatan mereka.
Apa yang patut kita buat? Nak marah ataupun batalkan solat untuk mengalihkan kedudukan anak?
Bagi yang bergelar suri rumah pula kadang kala berhadapan dengan situasi sukar hendak mendirikan solat lantaran tiada sesiapa yang boleh menjaga si kecil. Terpaksa tunggu anak tidur baru hendak mendirikan solat sehinggakan bersolat di akhir waktu.
Sebenarnya perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melengahkan waktu solat. Kita perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang sangat indah dan memudahkan penganutnya cuma jangan dipermudahkan. Oleh itu jika berhadapan dengan situasi solat digangguu oleh anak kecil ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan tanpa perlu membatalkan solat.
1. Dibolehkan bersolat sambil mendukung bayi
Dalam keadaan tertentu kita dibolehkan mendukung bayi semasa solat sama ada yang menjadi imam, makmum atau solat bersendirian. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, Baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari)
Tetapi mestilah mematuhi syarat-syaratnya seperti:
a. Bayi bebas daripada najis. Tukarkan lampinnya sebelum mula solat.
b. Kawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.
c. Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
d. Melakukan hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan sahaja dan bukan hanya suka-suka.
Cara solat sambil mendukung bayi:
1. Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Tangan tak perlu diangkat ketika takbir dan tak perlu diletakkan di atas dada kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkan di atas dada hanyalah sunat.
4. Baca surah al-fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian didukung semula apabila mahu bangun ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.
Untuk lebih jelas berikut adalah panduan bergambar:
2. Dibolehkan melakukan pergerakan sekiranya bayi melakukan sesuatu yang bahaya.
Sekiranya semasa solat anak kita melakukan sesuatu yang bahaya atau berada jauh daripada tempat solat kita, dibolehkan melakukan pergerakan anggota yang besar tidak lebih tiga kali.
Contohnya, boleh melangkah ke hadapan, ke sisi atau ke belakang dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut. Hanya pastikan dada masih lagi dalam keadaan menghadap kiblat sertai tidak bercakap.
3. Dibolehkan mempercepatkan solat ketika bayi sedang menangis.
Apabila anak kecil kita menangis sehingga boleh merisaukan kita maka dibolehkan untuk mempercepatkan solat. Ada hadis yang membuktikan Rasulullah SAW turut memendekkan solat apabila terdengar tangisan bayi.
Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:
Bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya."
Bolehkah membatalkan solat sekiranya anak mengganggu solat kita?
Sebenarnya kita tidak boleh sesuka hati membatalkan solat kecuali disebabkan faktor keuzuran. Bagaimanapun ia dibolehkan sekiranya melibatkan kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, harga atau menyelamatkan nyawa orang lain. Bahkan jika ada keinginan untuk membuang angin atau buang air, kita dibolehkan membatalkan solat.
Sesemangnya Islam agama yang indah dan sempurna. Dalam memastikan umat Islam tetap mendirikan solat dengan sempurna ia tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berhadapan dengan situasi tertentu terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Daripada contoh-contoh yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti diceritakan dalam beberapa hadis sahih jelas membuktikan betapa Baginda tetap menyayangi anak-anak kecil sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.
Semoga kita mampu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui amalan solat dan dalam masa yang sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w terhadap kanak-kanak semasa dalam solat.
Sumber: muzir.wordpress.com
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, antaranya adalah tepung jagung.. Berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung ;
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa awak memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa awak.
7. Jika awak ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap awak. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu awak.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding awak, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding awak, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Assalamualaikum wbt..
Saya ada terbaca satu artikel yang menarik untuk tatapan kita.. Ianya mengenai bayi yang taknak minum susu ibu stok sejuk yang dicairkan... Camne nak buat yea..
Permasalahan :
Qisha, 3 bulan sudah tidak mahu yang susu yang perahan yang disimpan lama. Ini menyebabkan mamanya, Ziela resah kerana terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Qisha. Adakah ini biasa berlaku kepada awak dan bagaimana mengatasinya?Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Apa puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi / IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
Bekas penyimpanan
- Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
- Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
- Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.
Cara kendalian
- Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
- Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
- Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang akan lekas rosak.
- Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
- Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk mengelakkan susu lekas masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.
Periksa peti sejuk
- Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3° hingga 7°Celsius supaya susu tahan selama lapan hari.
- Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
- Pastikan juga pintu peti sejuk dan tempat pembeku tertutup rapat.
- Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
- Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
- Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.
Kebersihan
- Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan betul.
- Mama juga disarankan untuk menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
- Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
- Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.
Pemakanan ibu
- Mama juga perlulah memerhatikan pemakanan dengan mengelakkan makanan seperti produk tenusu.
- Elakkan juga makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
- Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja di rumah pengasuh atau taska.
- Pada hari pertama, hantar bayi kepada pengasuh/penjaga di taska selama dua jam. Purata dua jam bayi akan minum 2.5 ke 3.5oz (bagi bayi berusia dua bulan)
- Pada hari kedua, tinggalkan bayi enam jam dengan tiga botol susu.
- Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan.
- Ibu perlulah mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama dengan bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak.
- Ibu cuba bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma bagi bayi.
Semoga info ini bermanfaat pada ibu-ibu yang mengalami masalah ini..
Assalamualaikum wbt...
Hari ini saya ingin bercerita tentang anak... Siapa yang tidak mahukan anak dalam kehidupan kita ini, bukan?? Anak adalah penyambung warisan dan keturunan kita... Aku sendiri pun teringin menimbang anak sendiri tetapi hanya Allah belum makbulkan lagi doa saya ini.. Tetapi tidak mengapa, kami berdua redha dengan segala dugaan dan ujian dari Allah ini... Kami akan terus berusaha untuk mencari ikhtiar dan berubat bagi mendapatkan zuriat kerana kami yakin dengan Allah dan kami juga yakin dengan Qada' dan Qadar Allah... Ada beberapa perkara yang saya sering amalkan iaitu amalan doa Nabi Zakaria : -
Hari ini saya ingin bercerita tentang anak... Siapa yang tidak mahukan anak dalam kehidupan kita ini, bukan?? Anak adalah penyambung warisan dan keturunan kita... Aku sendiri pun teringin menimbang anak sendiri tetapi hanya Allah belum makbulkan lagi doa saya ini.. Tetapi tidak mengapa, kami berdua redha dengan segala dugaan dan ujian dari Allah ini... Kami akan terus berusaha untuk mencari ikhtiar dan berubat bagi mendapatkan zuriat kerana kami yakin dengan Allah dan kami juga yakin dengan Qada' dan Qadar Allah... Ada beberapa perkara yang saya sering amalkan iaitu amalan doa Nabi Zakaria : -
Terjemahan:
" Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik " - Al Anbiyaa' ayat 89
" Wahai Tuhanku!Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik " - Al Anbiyaa' ayat 89
Maksud :-
Ketika
itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai
Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a
permohonan."(Surah
Ali Imran: Ayat 38)
Amalan Lain-Lain.....
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah baca kalimah syahadah 101 kali dan kemudian kita sujud.
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Cara ini sebaiknya diamalkan suami @ isteri selama 15 hari atau teruskan jika
masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka
terhadap orang yang suka berputus asa.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Semoga apa yang aku kongsikan ini akan mendapat manfaat kepada kita semua... Semoga kita semua akan diberkati dan dilindungi oleh Allah selalu...
Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma dan selamat berpuasa pada seluruh umat Islam.. Walaupun agak terlewat untuk ucapkannya tapi rasanya belum terlambat lagi, kan... hihihi..
So, tajuk yang saya nak kongsikan adalah berkenaan dengan membaca.. Mesti ramai di kalangan kita menjadikan amalan membaca nie sebagai hobi.. Tapi awak tau tak, sebenarnya membaca nie memberi beberapa kebaikan yang tersirat, tak kiralah awak baca apa jua bahan bacaan sekalipun, contohnya awak baca entri jurnal saya nie, kiranya membaca jugak kan.. hihi.. Tak percaya..? Jom kita lihat apakah kebaikan daripada membaca nie...
Melatih otak
Membaca sebenarnya mampu merangsang sel-sel otak yang tidak diperoleh melalui aktiviti mmenonton televisyen ataupun mendengar muzik. Melalui pembacaan, awak kemudiaannya akan berimaginasi. Justeru, sekiranya ingin menguatkan sel-sel otak maka jadikan budaya membaca sebagai amalan.
Mengurangkan tekanan
Membaca adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan tekanan. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa amalan membaca boleh merendahkan paras kartisol, denyutan jantung serta ketegangan otot di tubuh.
Ubat tidur
Pernahkah awak terasa letih walaupun hanya membaca sebuah buku? Situasi ini terjadi kerana ketika itu awak berada dalam keadaan yang tenang. Tak mustahil selepas itu awak akan tertidur disebabkan kepenatan.
Menguatkan daya ingatan
Sewaktu membaca, otak sebenarnya sedang bekerja untuk memahami jalan cerita sekali gus berusaha untuk mengingatinya. Situasi ini bolehlah disamakan dengan senaman otak yang mampu meningkatkan kemampuan untuk mengingat.
Awet muda
Kajian mendapati individu yang rajin membaca atau gemar melatih otak untuk berfikir akan mengalami penurunan kognitif yang lebih lambat berbanding individu yang tidak melakukannya. Bukan setakat itu saja, membaca secara teratur juga boleh menghindarkan diri dari terkena penyakit Dementia atau Alzheimer.
Merehatkan diri
Membaca merupakan satu aktiviti yang mudah dan baik untuk diamalkan. Apabila dilakukan ketika santai, ia sebenarnya memberi terapi ketenangan. Beberapa kajian mendapati individu yang suka membaca buku keagamaan contohnya, sebenarnya mereka sedang merawat diri sendiri untuk menurunkan tekanan darah, meningkatkan mood seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami.
Meningkatkan kemampuan menulis
Selain meningkatkan kosa kata, membaca juga dapat menambah tatabahasa sekali gus menjadikan otak untuk berfikir dengan secara luar biasa. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung mengasah kemampuan awak untuk menulis secara lebih kreatif lagi.
Okey, camne.. Banyakkan faedah dan kebaikan dalam membaca nie...Jadikan amalan membaca nie sebagai kebaikan kesihatan kita.. Jom membaca..!
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak..! 🙋 Ingat tak semalam saya bagitau nak citer aktiviti kami selepas ke pesta buku..? Ala pada 👉 entri nie la 👈... Okey, kita sambung balik citer semalam...
Selepas saja kami memborong buku, agenda kami seterusnya adalah misi jalan-jalan cari makan.. Sebenarnya kak Ayu lah yang ternampak satu post kat fesbuk tentang ada satu kedai makan yang menghidangkan udang galah yang besar dan nampak sedap dimakan.. Memandangkan saya nie menjadi pemandu peribadi kak Ayu, hihihi (sori kak 😋), misi jalan-jalan cari makan bermula..
Kedai makan nie berada di Shah Alam dan berdekatan dengan Shah Alam Walk.. Nama kedai nie adalah Feeza Corner Shah Alam dan rekomen saya untuk kedai nie, MEMANG TERBAIK!!!!
*Sumber gambar daripada Google |
Menu utama kedai ini adalah udang galah yang besar dan segar, memang tak rugi bila menjamu selera kat sini.. Masa kami sampai kat kedai nie, orang masih belum ramai lagi sebab masa tue jarum jam belum mencapai pukul 1 tengahari tapi bila jarum jam dah mencapai angka 1, orang mula memenuhi kedai nie hingga ada yang booking siap-siap..
Kami berdua order set nasi memandangkan hari nie kami berdua belum jumpa nasi lagi.. Saya ambik hidangan set udang galah masak merah manakala kak Ayu pulak ambik hidangan set udang galah masak pedas.. Harga satu set nie cuma RM9.90 saja dan memang puas hati bila makan kat kedai nie.. Hidangan set nie tak termasuk air tau, ianya hanya set nasi dengan lauk saja, harga air dijual berasingan..
Ada pelbagai lagi hidangan tengahari di sini, seperti tomyam udang, maggie udang dan macam-macam lagi, tapi takdelah saya snap kan gambarnya sebab hanya kami berdua saja yang makan, tak terdaya nak makan banyak-banyak... Tapi gambar kat bawah adalah sumber daripada google..
*Sumber daripada Google - Maggie udang |
*Sumber daripada Google |
*Sumber daripada Google |
*Sumber daripada facebook Feeza Corner, Shah Alam |
*Sumber daripada facebook Feeza Corner, Shah Alam |
Kat mana lokasi kedainya : Kiosk C1 Shah Alam Walk, Jalan Majlis, 40000 Shah Alam.
Lepas makan dan perut pun dah kenyang, kami pun bergerak ke Taman Tasik Shah Alam untuk bergambar berlatar belakang Masjid Biru Shah Alam, hihi dan kemudian bersolat Zohor di sana.. Kami bergerak balik ke Putrajaya / Salak Tinggi pada jam 3.45 petang dan akhirnya melabuhkan tirai perjalanan kami...
Itulah kisahnya..
Assalamualaikum wbt..
Adoiii, lama betul entri nie duk dalam draf.. Kena keluarkan jugak nie... Huhuhu.. Okey, baru-baru nie Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan di PWTC dan saya ambik kesempatan jugak untuk berkunjung di situ..
Kali nie saya ambik cuti rehat dan pergi ke sana pada hari bekerja kerana sebelum nie masa saya pergi pada waktu cuti hari minggu, rasa pening, nak muntah sumanya rasa.. Lepas pada kejadian tue, memang saya nekad pada tahun nie saya nak pegi ke pesta buku pada hari bekerja dan akan mengambil cuti tahunan untuk merealisasikan impian beli buku...
Kali nie, saya pegi dengan BFF saya, kak Ayu kerana dia pun sememangnya peminat tegar novel-novel.. Kami berdua bergerak ke PWTC pada pukul 9 pagi dengan drive sendiri memandangkan saya sememangnya dah biasa dengan laluan jalanraya ke PWTC.. Lagipun selepas kunjungan ke PWTC kami ada agenda yang penting di Shah Alam.. Apa agendanya..? Citernya selepas komersial break... hihihi
Kami sampai di PWTC dalam pukul 10 pagi dan dengan bayaran parking RM10, kami pun berlabuh di PWTC, dan apa lagi, serbu.... Sebenarnya saya takde planning pun nak beli banyak koleksi bacaan di mini library Starlavanderluna, tapi tewas dengan semua godaan dunia... hihihi inilah yang sempat saya beli pada hari tue...
Ambik kau! Saya ingatkan sikit jea, tapi bila balik rumah, baru perasan..! Ya Allah, banyak jugak rupanya, hihihi.. Oooo, untuk pengetahuan awak, kalau awak perasan la, jurnal nie ada perubahan sikit.. Sapa tau..?
Kalau awak perasan, kat bahagian 'home' tue saya ada buat pecahan lagi... Yang nie.. 👇
Kan.. Ada 2 pecahan baru yang saya buat, iaitu resipi masakan dan sipnosis novel / buku.. Untuk sipnosis buku / novel, saya akan buat beberapa bahagian dan buat masa nie, ada dua bahagian telah saya buat dan saya baca.. So awak boleh ke sini 👉 Bahagian 2 👈 untuk mengetahui buku / novel apa yang telah saya baca.. Ada di antara novel di atas, saya dahpun baca dan saya dah review.. Nanti awak klik la yea...
Okey, apa dia..? Apa agenda seterusnya selepas kami ke pesta buku..? Ting..Ting.. Round two... next entry is coming away... Tengah karang ayat... hihi.. Jap tau..
Tadi tersedar, bekas tupperware yang bersisakan tumpahan susu pekat manis di dalamnya dipenuhi dengan semut. Tapi kebanyakan semut itu tidak bergerak. Mungkin sudah mati atau separa mati setelah menikmati manisan yang tak akan terhabis dimamah. Tumpahan susu pekat itu pasti ibarat gunung emas buat mereka.
Saya pun cuci bekas itu, dan mereka semua tak bergerak atau melarikan diri. Senang kata, tak mampu berbuat apa2. Dan dihanyutkan air ke dalam lubang sinki.
Saya fikir, mungkin begitukah aku di dunia ini. Terlalu larut dengan kenikmatan dan hiburan dunia sehinggakan tatkala kematian datang menyentap hidupku, aku tak mampu berbuat apa? Waktu itu sudah terlambat..
Atau mungkin begitukah ummat kita hari ini, dilalaikan dengan hiburan, mainan, mengejar kekayaan dan perkara remeh temeh, sehinggakan kita jadi lemah dan separa mati. Dan tatkala musuh2 Islam datang menghadap kita, kita dengan mudahnya tertewas dan mereka dapat berbuat apa ikut suka. Sebenarnya, kita sudah kalah sebelum bertarung lagi..
Ingatkah anda tentang hadis nabi?
Jumlah kamu ramai tapi kamu lemah.
Kamu dicerai beraikan dan diratah ibarat binatang yg mengerumuni makanan di dalam talam.
Kenapa?
Kenapa jadi sampai begitu?
Kerana di dalam hati kamu sudah tertanamnya Al-Wahn.
Cintakan dunia, takutkan mati.
#muhasabah
#copypaste
#copypaste
Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma..!🙋 Tak lama lagi kita nak puasa dah kan, so sebelum apa-apa, saya nak mohon ampun dan maaf andainya apa yang saya coretkan dalam jurnal nie ada menyinggung perasaan awak-awak suma, yang khilaf datangnya daripada saya, yang baik sumanya datang daripada Allah..
Saya nak share sikit satu citer yang boleh dikatakan bermotivasi untuk kita renungkan serta mendalami maksud yang tersirat coretan ini... Citer nya berbunyi begini ...
Tak pernah beranak .. "Mandul!"
Gugur kali ke 3 .. "Rahim lembik!"
Czer kali ke 3 .. "Rahim cacat!"
Anak sorang .."Tak subur!"
Beranak anak ke 5 .. "Gelojoh!"
Jadi perempuan ,
Semua berlaku pada kita dipertikaikan.
Lebih2 lagi bab anak2.
Everyone is having their own struggles in life.
Jangan ditambah dengan kata2 kurang simpati.
Wanita yang tiada anak.
Jangan ditangisi.
Kamu bukan mandul
Kamu istimewa
Kerana Allah mahukan masa kamu untuk Dia sepenuhnya.
Wanita yang keguguran
Jangan ditangisi
Tidak semua anak2 di muka bumi ini yang lahir Islam dapat mati dalam iman.
Tetapi Allah dah jaga keIslaman anak2 kalian
Sebagai pasakan pasti seorang anak syurga milik kami di sana kelak.
Wanita yang bersalin czer
Jangan ditangisi
Jika zaman dahulu dengan komplikasi yang kita hadapi kemungkinan anak2 kita sudah meninggal dalam perut.
Tetapi dengan kurniaan teknologi, anak2 kita selamat.
Kitalah wira yang sanggup dilapah demi menyelamatkan anak2
Bukan sekadar melahirkan.
Wanita yang tak ramai anak
Jangan disesalkan
Anak yang satu sudah mencukupi dari mana2 berlian di dunia.
Yang satu mampu mencukupi jika dijaga kualiti didikan Islamnya
Lihatlah pada Rasulullah s.a.w, si anak tunggal
Kepada ibu beranak ramai
Jangan dikeluhkan
Zuriat yang ramai itulah bekal kita di alam barzakh kelak
"Doa anak yang soleh"
Susah anda hanya di dunia.
Mewah anda di sana.
Kepada semua wanita di luar sana.
Stand up
Stand out
Be proud of who you are.
Ada anak atau tidak
Normal atau czer
Ramai atau tidak.
Belajar mensyukuri nikmat yang ada.
Belajar untuk abaikan kata2 mereka.
Mengapa perlu bersedih dengan kata2 durjana
Sedangkan banyak rahmat Allah terbentang dihadapan mata
Yang kita boleh syukuri.
So, apa-apapun, syukurlah selalu..
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi awak...! 🙋 Pagi nie saya nak berkongsi sikit maklumat tentang kuarters kerajaan, so pada sesiapa yang duduk di kuarters kerajaan, harap ambik perhatian yea..! Pekeliling nie dikeluarkan pada bulan Februari yang lalu oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri tentang kuarters kerajaan... Antara isi kandungannya adalah :
So, be more alerts my fellow friends.. Rasanya undang-undang untuk menduduki kuarters kerajaan agak ketat kali ini.. Have noted okey..!
Assalamualaikum wbt...
Ciptaan Allah sememangnya amat indah sekali, selalunya kita melihat ilusi optik yang dilakukan oleh manusia, tapi awak tau tak ada beberapa buah tempat dalam dunia nie mempunyai ilusi optik semulajadi dan mungkin membuatkan mata awak keliru dengan alam semula jadi yang unik dan tersendiri..
Jom kita saksikan keindahan yang cantik ini..
Tasik Magik
Tasik Uyuni terkenal dengan persepsi yang diputarbelitkan kerana ada ruang wujud dan ketidakadaan apa-apa objek di permukaannya. Semasa musim hujan, tanah beralkali dalam tasik ini bertukar menjadi cermin yang besar seolah-olah langit dan bumi adalah menjadi satu.
Air Terjun Di Lautan
Ilusi yang dilihat dalam gambar ini adalah pasir yang berada di sepanjang pantai di Mauritius. Ia kelihatan seperti air terjun yang sangat cantik yang berada di tengah-tengah lautan.
Berjalan Di Tebing Curam
Kelihatan menakutkan bila tengok gambar seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di tebing yang sangat curam, tetapi hakikat sebenarnya adalah lelaki ini berjalan di tebing sungai yang mengalir ke dalam Glen Canyon. Subhanallah!
Gelombang Ombak Di Langit
Melihat awan seperti ini, mesti kita akan terbayangkan laut bergelora di atas kepala dan bukannya di lautan dan mungkin ada antara kita ketakutan. Undulatus asperatus adalah sejenis awan yang jarang berlaku dan biasanya kelihatan agak menakutkan seperti dalam gambar di atas. Tetapi kita tak perlu takut atau bimbang kerana biasanya awan seperti ini tak pernah disertai dengan taufan atau ribut yang kuat.
Sebuah Lukisan
Sebenarnya ini bukan gambar yang dilukis oleh seorang pelukis profesional. Di latar depan terdapat pokok-pokok mati ketika matahari terbenam dan di latar belakang terdapat bukit pasir merah Namibia. Permainan cahaya dan bayang-bayang yang agak rumit mewujudkan imej yang sukar untuk dipercayai.
Ombak Batu
Di sempadan antara Arizona dan Utah, Amerika Syarikat terdapat beberapa pembentukan batu unik. Ia telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun lalu. Asalnya batu-batu ini adalah pasir yang secara perlahan-lahan bertukar menjadi batu. Kesan berterusan daripada angin dan hujan dalam tempoh masa yang panjang memainkan peranan utama dalam pembentukan batu yang unik ini.
Hebat sungguh ciptaan Allah, kan.. Subhanallah..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons