Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi suma dan selamat berpuasa pada seluruh umat Islam.. Walaupun agak terlewat untuk ucapkannya tapi rasanya belum terlambat lagi, kan... hihihi..
So, tajuk yang saya nak kongsikan adalah berkenaan dengan membaca.. Mesti ramai di kalangan kita menjadikan amalan membaca nie sebagai hobi.. Tapi awak tau tak, sebenarnya membaca nie memberi beberapa kebaikan yang tersirat, tak kiralah awak baca apa jua bahan bacaan sekalipun, contohnya awak baca entri jurnal saya nie, kiranya membaca jugak kan.. hihi.. Tak percaya..? Jom kita lihat apakah kebaikan daripada membaca nie...
Melatih otak
Membaca sebenarnya mampu merangsang sel-sel otak yang tidak diperoleh melalui aktiviti mmenonton televisyen ataupun mendengar muzik. Melalui pembacaan, awak kemudiaannya akan berimaginasi. Justeru, sekiranya ingin menguatkan sel-sel otak maka jadikan budaya membaca sebagai amalan.
Mengurangkan tekanan
Membaca adalah salah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan tekanan. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa amalan membaca boleh merendahkan paras kartisol, denyutan jantung serta ketegangan otot di tubuh.
Ubat tidur
Pernahkah awak terasa letih walaupun hanya membaca sebuah buku? Situasi ini terjadi kerana ketika itu awak berada dalam keadaan yang tenang. Tak mustahil selepas itu awak akan tertidur disebabkan kepenatan.
Menguatkan daya ingatan
Sewaktu membaca, otak sebenarnya sedang bekerja untuk memahami jalan cerita sekali gus berusaha untuk mengingatinya. Situasi ini bolehlah disamakan dengan senaman otak yang mampu meningkatkan kemampuan untuk mengingat.
Awet muda
Kajian mendapati individu yang rajin membaca atau gemar melatih otak untuk berfikir akan mengalami penurunan kognitif yang lebih lambat berbanding individu yang tidak melakukannya. Bukan setakat itu saja, membaca secara teratur juga boleh menghindarkan diri dari terkena penyakit Dementia atau Alzheimer.
Merehatkan diri
Membaca merupakan satu aktiviti yang mudah dan baik untuk diamalkan. Apabila dilakukan ketika santai, ia sebenarnya memberi terapi ketenangan. Beberapa kajian mendapati individu yang suka membaca buku keagamaan contohnya, sebenarnya mereka sedang merawat diri sendiri untuk menurunkan tekanan darah, meningkatkan mood seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami.
Meningkatkan kemampuan menulis
Selain meningkatkan kosa kata, membaca juga dapat menambah tatabahasa sekali gus menjadikan otak untuk berfikir dengan secara luar biasa. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung mengasah kemampuan awak untuk menulis secara lebih kreatif lagi.
Okey, camne.. Banyakkan faedah dan kebaikan dalam membaca nie...Jadikan amalan membaca nie sebagai kebaikan kesihatan kita.. Jom membaca..!
Yeah!! Membaca memang bagus..
ReplyDeleteJom jadikan amalan bersama.. hehehe
great one
ReplyDeleteSaya suka membaca 😁 Betul, dengan membaca dapat meningkatkan kemampuan menulis 👍
ReplyDeleteYeahhhhhhhhh!! Moga lea sihat sentiasa kesan dari membaca.. Haha.. iloikkeeee
ReplyDelete