Assalamualaikum wbt..
Bagi
yang baru pertama kali menimang cahayamata, mesti kita akan teruja
dengan merancang dan menata rias bilik tidur si comel yang bakal
dilahirkan nanti. Daripada pemilihan cat, perabot, penggunaan kertas
dinding dan barangan perhiasan akan menjadi perbualan kita suami
isteri. So, saya nak kongsi tentang tips menghias untuk membantu awak
membuat pilihan yang tepat.
Letak
barangan peribadi
Jangan
lupa meletakkan barang peribadi keluarga awak, mungkin awak boleh
letak gambar foto keluarga samada di dinding ataupun meja sisi. Ini
adalah untuk menggantikan anak patung si kecil dan cara ini akan
membantu mensimulasikan otak si kecil dan membantu dia mengenali
wajah orang terdekat dengannya.
Pilih
mengikut kesesuaian
Awak
boleh memilih dekorasi yang baik berdasarkan apa yang awak suka
seperti lukisan, pola kain, selimut dan sebagainya. Yang penting,
bilik si comel mempunyai sinergi yang baik.
Beli
barang senang dicuci
Anak-anak
sedang membesar, jadi dah tentu tingkah laku mereka sukar diramal.
Untuk memudahkan awak dan sekaligus dapat menjimatkan kos dekorasi,
beli barangan yang mudah dicuci. Jadi, bila terkena sebarang kotoran,
mudahlah awak untuk mencucinya pada bila-bila masa.
Sediakan
kerusi nyaman
Pemilihan
sofa untuk diletak dalam bilik, bukan saja perlu bergantung pada saiz
yang fleksibel, tetapi juga perlu kepada sofa yang nyaman jadi bila
awak dah selesa anak pun suka.
Cahaya
lampu boleh dikawal
Pasang
lampu yang boleh dikawal cahayanya. Sebab kadang-kadang si kecil
memerlukan lampu terang dan ada ketikanya dia memerlukan cahaya yang
sedikit redup untuk keselesaan si kecil agar tidurnya yang lena tanpa
gangguan.
Fikirkan
jangka panjang
Bayi
akan cepat membesar, jadi rencanakan bilik bayi yang boleh digunakan
sehingga si kecil berusia satu tahun atau lebih. Menghias bilik bayi
dalam jangka masa cepat akan memakan banyak belanja.
Tata
ruang bayi ringkas dan rapi
Terlalu
banyak dan hiasan akan membuatkan bilik bayi awak menjadi lebih
sempit dan sulit untuk awak bergerak. Jadi hias bilik bayi awak
dengan ringkas tapi rapi, kerana ia bukan saja senang diurus malah
juga selamat buat si kecil.
Dekorasi
mudah ditanggalkan
Jika
awak tergolong orang yang suka menganti-ganti dekorasi dengan konsep
berlainan setiap bulan atau tahun, awak boleh menggunakan kertas
dinding sebagai hiasan. Ia bukan saja murah tetapi juga mudah
ditanggalkan untuk diganti dengan kertas dinding lain.
Kalau ada bilik khas memang cantik hias camni kan shikin..
ReplyDeleteYea memang betul Lea... Saya pun teringin nak ada bilik baby sendiri..
Deletecantiknya
ReplyDeleteKalau duit banyak seronok la nak menghias hehe
ReplyDeletekalu ada bajet lebih mmg seronok mnghias bilik anak..
ReplyDeleteCari idea kat pininterest. Cantik2 .geram tengok.
ReplyDeletemcm ada hint2 je sis =D insyallah
ReplyDeleteDah bayang dalam kepala nak hias bilik baby tapi ehh lupa pulak ira belum ada anak la kak heheheh
ReplyDeleteSeronoknya hias bilik baby. Mesti nak nampak cantik dan lembut je di mata kan.. Moga ada rezeki Siqah nak hias bilik baby nanti :)
ReplyDeleteTeringin gak nak ada bilik khas cengginie tapi untuk buku.. hehehehe
ReplyDeleteSamalah Sha, nak bilik khas untuk buku 😁 Mini library
Deleteanak2 aida time baby xde bilik khas.
ReplyDeletesatu bilik dgn aida.
lgpun umah kecik hi hi hi hi...