Subhanallah.. Ilusi mata yang unik dan menakjubkan

Monday, May 22, 2017

Assalamualaikum wbt...
Ciptaan Allah sememangnya amat indah sekali, selalunya kita melihat ilusi optik yang dilakukan oleh manusia, tapi awak tau tak ada beberapa buah tempat dalam dunia nie mempunyai ilusi optik semulajadi dan mungkin membuatkan mata awak keliru dengan alam semula jadi yang unik dan tersendiri..

Jom kita saksikan keindahan yang cantik ini.. 

Image result for uyuni lake

Tasik Magik
Tasik Uyuni terkenal dengan persepsi yang diputarbelitkan kerana ada ruang wujud dan ketidakadaan apa-apa objek di permukaannya. Semasa musim hujan, tanah beralkali dalam tasik ini bertukar menjadi cermin yang besar seolah-olah langit dan bumi adalah menjadi satu.

Image result for mauritius island illusion

Air Terjun Di Lautan
Ilusi yang dilihat dalam gambar ini adalah pasir yang berada di sepanjang pantai di Mauritius. Ia kelihatan seperti air terjun yang sangat cantik yang berada di tengah-tengah lautan.

Image result for illusion glen canyon

Berjalan Di Tebing Curam
Kelihatan menakutkan bila tengok gambar seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di tebing yang sangat curam, tetapi hakikat sebenarnya adalah lelaki ini berjalan di tebing sungai yang mengalir ke dalam Glen Canyon. Subhanallah!

Image result for asperatus clouds

Gelombang Ombak Di Langit
Melihat awan seperti ini, mesti kita akan terbayangkan laut bergelora di atas kepala dan bukannya di lautan dan mungkin ada antara kita ketakutan. Undulatus asperatus adalah sejenis awan yang jarang berlaku dan biasanya kelihatan agak menakutkan seperti dalam gambar di atas. Tetapi kita tak perlu takut atau bimbang kerana biasanya awan seperti ini tak pernah disertai dengan taufan atau ribut yang kuat.

Related image

Sebuah Lukisan
Sebenarnya ini bukan gambar yang dilukis oleh seorang pelukis profesional. Di latar depan terdapat pokok-pokok mati ketika matahari terbenam dan di latar belakang terdapat bukit pasir merah Namibia. Permainan cahaya dan bayang-bayang yang agak rumit mewujudkan imej yang sukar untuk dipercayai.

Related image

Ombak Batu
Di sempadan antara Arizona dan Utah, Amerika Syarikat terdapat beberapa pembentukan batu unik. Ia telah terbentuk sejak berjuta-juta tahun lalu. Asalnya batu-batu ini adalah pasir yang secara perlahan-lahan bertukar menjadi batu. Kesan berterusan daripada angin dan hujan dalam tempoh masa yang panjang memainkan peranan utama dalam pembentukan batu yang unik ini.

Hebat sungguh ciptaan Allah, kan.. Subhanallah..!!!

8 comments

  1. Huwaaaaa cantiknyee.. realkan ni?

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Hebat ciptaan Allah. Cukup indah buat tatapan insan di dunia.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantik sgt2. Yg awan tu seram gak tgok.

    ReplyDelete
  4. SubhanAllah, terpesona mata memandang 😍

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. Cantik amat.. Memukau mata..

    ReplyDelete
  6. kebetulan mlm td mr.asben buka satu movie.
    ntah pe tajuk nyer, shikin.
    ibu & anak terperangkap di padang pasir di amerika.
    Allahu Akbar. pemandangan dlm citer tu ohsem.
    bagaimana si ibu tu berjalan kaki di tebing curam, cari org utk selamat dia & anak nyer.
    tebing sgt curam, mcm gunung!!!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧