Assalamualaikum wbt..
Awak suma bila start bercuti..? Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin andainya saya terkasar bahasa ataupun nota jurnal saya mungkin ada yang menyinggung perasaan awak..
Yeaayyy..
Hari nie hari last saya bekerja dan esok pagi saya akan bergerak balik ke Sungkai, Perak sebab tahun nie giliran kampung hubby pulak beraya.. Kami akan balik Terengganu pada Hari Raya Aidiladha nanti..
Nak pesan pada awak nie dan jugak pada diri sendiri, pastikan segala kelengkapan elektrik dicabut suis daripada plug supaya tidak berlaku yang tak diingini.. Tutup segala tingkap dengan rapi dan kunci semua gril rumah.. Buat laporan pada polis untuk makluman kita tiada di rumah..
Hati-hati semasa memandu pulang ke kampung halaman.. Jika awak jadi pemandu, sila lebih berhati-hati, jangan bawak kereta tue laju sangat, ikut had laju yang ditetapkan, memang sedap menekan minyak, tapi keselamatan diri dan keluarga perlu dijaga sebab mereka suma amanah dari Allah untuk dijaga sebaik mungkin... Kampung halaman kita takkan bergerak ke mana jadi tak perlu awak memecut laju untuk cepat sampai di destinasi.. Biar hilang harta jangan kita hilang nyawa yang tersayang..
Pada awak yang jadi co-pilot, jangan terlelap hingga menyebabkan pemandu memandu sorang diri, at least berborak-boraklah agar hilang rasa bosan ketika memandu.. Jika memandu pada waktu malam, sila berhati-hati ketika memandu kerana ada sesetengah kawasan had penglihatan adalah terhad.. Dan jika rasa mengantuk, jangan segan untuk berhenti rehat...
Hari nie mood keja dah ke Tasik Kenyir dah... hihihi
Assalamualaikum wbt...
Okey, disebabkan laptop saya tengah loading lagu raya, so saya nak bagi e-kad pada awak suma... Kad nie dari Bahagian Pengurusan JBPM dan unit saya, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM...
Hari Isnin lepas kami ada buat photoshoot untuk semua Bahagian Pengurusan, bahagian yang paling ramai staf sokongan tapi ada jugak anggota bomba yang menjadi sebahagian bahagian kami iaitu Unit Pengurusan Aset.. Yang duduk atas motor bomba tue adalah Pengarah Pengurusan kami, Encik Aidi Azli Bin Wahit.. Beruntung Encik Aidi sebab dapat naik motor bomba.. huhuhu
Psstt.. Nak bagitau, awak kenal tak anggota bomba yang femes sekarang nie, yang penah jadi viral kerana dia merupakan anak kepada penyanyi Salem dan bila dia nyanyi suaranya hampir sama dengan lenggok gaya ayah dia..? Haaa.. Syafik la yang dimaksudkan.. Dia sekarang bertugas di Unit Pengurusan Aset...
Inilah aktiviti kami...
Yang pegang kotak tue, second bos kami, Encik Jamaluddin Othman..
Ini cuma sebahagian daripada Cawangan Pentadbiran yang merangkumi 4 unit, iaitu Unit Pentadbiran, Unit Fail Dan Rekod, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi Dan Unit Pengurusan Aset...
Masa nie, konon-konon nak buat video ucapan hari raya tapi tak jadi, hihi...
Ladies on Bahagian Pengurusan.. Tema kami adalah warna warni tapi tudung diwajibkan berwarna pink ataupun peach.. Tue yang nampak sama jea.. hihi😊
Pada hari yang sama jugak JBPM WP Putrajaya dengan kerjasama Ibu Pejabat JBPM telah mengadakan aktiviti masak bubur lambuk untuk diagihkan di kawasan sekitar di Putrajaya.. Memang setiap tahun mereka akan masak bubur lambuk untuk diagihkan dan tukang masaknya adalah angggota bomba sendiri tau.. Bukan saja jadi unsung hero, malah mereka handal memasak untuk majlis anjuran pejabat kami, seperti majlis masak bubur lambuk, majlis Aidilfitri, majlis Aidiladha dan sebagainya..
Hihi itulah kisahnya...
Assalamualaikum wbt..
Awak, nak citer satu kisah nie.. Semoga kita mengambil iktibar daripada kisah yang akan dipaparkan kejap jea lagi....
Kisahnya begini...
TAMATLAH SUDAH KISAH TERSEBUT....!
Hihihi gurau la...😋Sebab saya perati awak macam ngantuk jea... hihihi..😪Okey..Okey.. Nie ha al-kisahnya...
Di dalam sebuah kampung, seorang lelaki yang kurang waras secara tiba-tiba telah melaungkan azan di masjid pada jam 10 pagi. Orang kampung semuanya naik heran dan mereka pun beramai-ramai menuju ke masjid untuk mengetahui puncanya. Setelah mereka melihat lelaki kurang waras itu yan melaungkan azan, salah sorang penduduk telah berkata, "Ko dah kenapa gie azan pukul 10 pagi nie. Azan amenda nie..? Nak kata subuh, dah lepas. Nak kata Zohor, belum masuk waktu lagi.. Apesal ko..?" Lalu lelaki yang berfikiran kurang waras menjawab, "Alah, saja jea aku azan sebab masa azan Subuh yang betul dilaungkan pada pukul 6 pagi, cuma 5 orang jea yang datang ke masjid. Bila laung azan waktu yang salah, boleh pulak sekampung yang datang..?"
So, awak rasa apa iktibar yang boleh kita dapat..?
Assalamualaikum wbt...
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita nak beraya dan pasti awak suma dah berkobar-kobar nak balik kampung halaman, mungkin esok ada yang dah mula bercuti. Sebelum bercuti panjang tue, sila pastikan segala kelengkapan barangan elektrik di rumah awak telah ditutup dan dicabut plug, semua tingkap dikunci dengan rapat dan buat laporan polis tentang ketiadaan awak di rumah untuk elak perkara yang tak diingini berlaku...
Saya nak berkongsi dengan awak mengenai nombor-nombor telefon kecemasan lebuh raya utama sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di jalan raya.. 🚗
Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
1800-88-0000
Jambatan Pulau Pinang (PPSB)
1-300-1-300-03
Lebuh Raya Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
04-50311153
Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINK)
07-2788000
Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (MTD)
03-61951111
Lebuh Raya Kulim - Butterworth (KLBK)
04-3966969
Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH)
06-6323060
Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
03-56337188
Lebuh Raya Cheras - Kajang (GRAND SAGA)
03-90750505
Lebuh Raya Damansara - Puchong (LITRAK)
03-56329222
Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
1800-880-999
Lebuh Raya Bertingkat Ampang (PROLINTAS)
03-42523122
Lebuh Raya SPRINT
03-7960 2000
Lebuh Raya Hubungan Timur Barat (METRAMAC)
03-91732020
Lebuh Raya SHAHPADU
03-3342 0564
Lebuh Raya Pantai Timur (NPE)
1300-88-1010
Lebuh Raya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
1800-88-1977
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)
09-5479111
Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)
03-60385052
Lembaga Lebuh Raya Malaysia
03-87383000
Manakala untuk menghubungi talian kecemasan seperti polis, bomba, ambulans ataupun pertahanan awam, awak boleh hubungi talian 999..
Semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik ke destinasi masing-masing..
Sumber info : Lembaga Lebuh Raya Malaysia
Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa yang sering mengalami kekejangan kaki atau simpul biawak atau dalam dialek Terengganu, setok mengkarung.. Ianya boleh menyerang pada sesiapa saja, baik lelaki mahupun perempuan, malah wanita yang hamil pun kerap jugak mengalaminya, betul tak..?
Apakah punca kekejangan kaki nie? Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Awak perlu peka bebrapa faktor yang mungkin menjadi puncanya.
- Keletihan otot betis
- Tekanan pada urat saraf bahagian kaki
- Peredaran darah yang tidak lancar, atau
- Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.
KEJANG WAKTU MENYERANG MALAM
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Menurut kata doktor Dr Nurhazinat Yunus, pakar perbidanan dan sakit puan, Tropicana Medical Centre kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku di waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
- Apabila berlaku kekejangan betis, awak perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah awak.
- Pastikan sendi lutut awak lurus. Sekiranya awak bersendirian, awak boleh membongkokkan badan awak, capai jejari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah awak dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
- Sekiranya awak bersama pasangan, awak boleh meminta pasangan awak untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah awak. Apabila awak melakukan perkara ini,awak akan merasa kesakitan terlebih dahulu, sebelum ianya beransur-ansur hilang.
- Awak juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.
CARA ELAK KEJANG BETIS
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Awak boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
MEREGANGKAN OTOT BETIS.
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan awak dari dinding, letakkan tapak tangan awak pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan awak kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang awak lurus dan paha awak ke hadapan. Kemudian, tukar kaki, dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5-10 minit.
KEKAL AKTIF
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Awak perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
VITAMIN DAN MINERAL TAMBAHAN
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Mama juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Awak juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
AIR YANG MENCUKUPI
Minum air yang mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka akan warna air kencing untuk melihat Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan awak tidak mengambil air yang mencukupi.
Tahukah awak?
Pemilihan kasut yang bersesuaian dapat mengelakkan kekejangan pada kaki semasa hamil. Pilih kasut atau sandal yang selesa dan menyokong berat dan postur badan awak. Pemakaian kasut bertumit tinggi semasa hamil tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kekejangan pada otot betis.
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma.. Semalam saya ada terbaca satu tazkirah dekat facebook, yang bercerita pasal beberapa kesalahan solat wanita.. So saya nak kongsi tazkirah ini pada awak, yealah mana tahu kita ada buat kesalahan semasa bersolat dan menyebabkan terbatalnya solat kita.. Sama-sama kita bermuhasabah dan mengambil iktibar dengan tazkirah ini...
Beberapa kesalahan solat wanita
1. Tidak faham rukun qauli
WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH. Baca dalam hati, lagi TAK SAH.
Bacaan mana yang perlu dibaca dengan jelas ?
– takbiratul ihram (Allahu akbar)
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat di dalam tahiyyat akhir
– salam pertama
2. Sujud di atas telekung
Wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah.
3. Semasa sujud, jari kaki tidak dilipatkan ke lantai
Kena fahami 7 anggota sujud - Dahi (sunnahnya beserta hidung), Dua tapak tangan, Dua kaki (jemari kaki), Dua lutut.
4. Membaca bacaan Tahiyat Akhir yang salah.
Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat WAJIB disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
5. Membaca Al Fatihah yang salah.
Ini berlaku bagi mereka yang tidak belajar mengaji dan bacaan al fatihah di dalam solat hanya sekadar hafalan. Sebutan yang salah akan memberi makna yang salah maka ia membatalkan solat.
SOALAN
Boleh ke bersolat dalam keadaan berpurdah ?
Makruh bagi seseorang wanita bersolat dalam keadaan memakai purdah melainkan jika dia bersolat di hadapan lelaki ajnabi yang sukar untuknya memelihara diri daripada pandangan lelaki tersebut.
Sungguhpun demikian, wajib bagi wanita berpurdah itu membuka dahinya ketika sujud supaya syarat sah sujud dapat dipenuhi dengan sempurna (Fath al-'Allam, 173/2).
Moga bermanfaat.
Ummu Iqram Al Hafiz
Kredit to : Cikgu Shaini Razali
Jadi, sama-samalah kita check tentang solat kita.. Wallahualam..
Assalamualaikum wbt..
Tadi masa saya check emel, ada mesej dari UNIFI...
Wahhh, dapatlah saya menonton rancangan kegemaran.. So pada awak yang melanggan UNIFI, ini dah tentu berita baik kan..
Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi dan salam Ramadhan yang ke-24...Ya Allah, kejap aje kan bulan Ramadhan berlalu dan kita berada di minggu akhir Ramadhan dah, sedihlah jugak kan.. Kalu masa budak-budak dulu, mesti saya akan bersuka ria kerana puasa nak habis dan boleh kutip duit raya banyak-banyak...Hihi buruk betul perangai kan, adik-adik jangan ikut perangai Acik Shikin nie deh...
Okey, kita tinggal bab sedih nie sebab dah lari tajuk utama.. Semalam, handphone saya berbunyi petanda ada mesej yang masuk, rupa-rupanya notification daripada Abam Kie yang tinggalkan nota kat jurnal saya... Notanya berbunyi begini..
Yayyyy...Alhamdulillah.. Ada rezeki saya di bulan Ramadhan nie.. So bila dah baca emel tue, saya pun bukak la link yang diberi oleh Abam Kie... →Baca sini←
Okey, hadiahnya adalah berupa wang tunai..
Alhamdulillah, terima kasih pada Abam Kie dan semua penaja.. Semoga murah rezeki kalian dan semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga...
So pada semua pemenang, tahniah diucapkan.. Pada yang tak berjaya tue, janganlah berhati walang, Insha Allah, akan ada rezeki untuk awak nanti.. Haa, Abam Kie pun ada tulis yang dia dan sahabat-sahabatnya akan menganjurkan GA prepaid, Insha Allah akan berlangsung pada bulan Oktober nie, so mungkin rezeki awak berada di situ...
Jaa nee...
Assalamualaikum wbt...
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Para ulama telah bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan, ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.
- Ada juga pendapat ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini (21, 23, 25, 27 dan 29).
- Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.
Sumber daripada Google Images |
Doa Mendapatkan Lailatul Qadar
اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا،
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ،
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.
“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami.
Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an.
Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”
*Sumber daripada JAKIM
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya filem nie ditayangkan pada tahun 2003 di Amerika Syarikat dan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2004. Mungkin ada di antara awak yang belum menontonnya dan saya nak review pasal filem nie..
Filem yang bertajuk Homeless To Harvard - The Liz Murray Story adalah kisah benar yang berlaku di Amerika..
Liz Murray adalah anak kedua daripada dua orang adik beradik dan dia mempunyai seorang kakak yang bernama Lisa Murray.. Ibu (Jean Murray) dan bapa ( Peter Finnerty) Liz merupakan penagih dadah yang tegar. Bapa Liz disahkan mempunyai AIDS tapi mempunyai pemikiran yang genius kerana dia selalu menonton rancangan Jeopardy. Selain daripda menjadi seorang penagih dadah, ibu Liz juga adalah merupakan seorang pesakit Skizofrenia...
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Satu hari Jean mengamuk kerana Liz dan Lisa tidak memberi dia wang untuk membeli dadah. Peter cuba untuk menenangkannya tapi gagal hingga memaksa Lisa menghubungi pihak berkuasa. Jean ditangkap dan diletakkan di dalam wad psikiatri dan kedua beradik nie tinggal bersama bapanya. Setelah dua tahun dirawat, Jean telah pun pulih seperti sediakala tapi disahkan menghidap AIDS akibat perkongsian jarum semasa dia mengambil dadah dulu. Jean berasa kecewa dan dia mula minum alkohol. Keluarga ini terpaksa keluar daripada apartment kerana tak mampu bayar sewa.. Liz, Lisa dan Jean berpindah ke rumah Pops iaitu ayah kepada Jean manakala Peter menjadi seorang gelandangan.
Kemudian Liz mendapat tahu yang Pops bukanlah seorang datuk yang baik, Pops sebenarnya telah melakukan jenayah gangguan seksual pada ibu dan mak saudaranya menyebabkan Liz melarikan diri daripada rumah. Di usia 15 tahun, Liz menjadi seorang gelandangan bersama-sama rakan sekolahnya yang bernama Chris.
Satu hari Liz mendapat berita yang ibunya meninggal dunia. Di Amerika pada masa tue, sesiapa yang meninggal akibat AIDS, mereka tak dibenarkan untuk menulis nama pada batu nisan ataupun dengan kehadiran paderi. Liz dan kakaknya berasa kecewa dengan situasi itu tapi mereka tak dapat berbuat apa-apa. Chris yang merupakan rakan Liz kemudian telah menulis nama ibu Liz pada keranda tersebut.
Setelah kematian Jean, Liz mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh dan dia menyambung pelajarannya di Humanities Preparatory Academy, Chelsea, Manhattan. Di samping Liz menjadi seorang pelajar, dia juga menjadi seorang pekerja sambilan di New York Public Interest Group. Liz menjadi pelajar cemerlang dan dalam masa dua tahun dia berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma sekolah tinggi yang sepatutnya tempoh pengajian adalah empat tahun.
Satu hari, rakan sekerja Liz memberitahu yang New York Times mengadakan peraduan esei dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah biasiswa pelajaran. Semasa dia masih lagi menjadi seorang gelandangan, Liz menjadi salah sorang pemenang peraduan esei dan dia ditemuduga untuk mendapatkan biasiswa daripada New York Times untuk membolehkan dia masuk ke Universiti Harvard. Akhirnya di usia 19 tahun dengan masih berstatus seorang gelandangan, dia berjaya masuk ke Universiti Harvard dengan berbekalkan biasiswa tersebut.
Kisah nie memang meruntun jiwa pada sesiapa yang menonton dan memang tak rugi menonton filem nie. Sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh Liz Murray nie patut menjadi contoh pada semua, iaitu jangan berputus asa dengan kehidupan ini, di mana ada kemahuan, di situ jugak ada jalan penyelesaiannya..
Kemudian Liz mendapat tahu yang Pops bukanlah seorang datuk yang baik, Pops sebenarnya telah melakukan jenayah gangguan seksual pada ibu dan mak saudaranya menyebabkan Liz melarikan diri daripada rumah. Di usia 15 tahun, Liz menjadi seorang gelandangan bersama-sama rakan sekolahnya yang bernama Chris.
Setelah kematian Jean, Liz mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh dan dia menyambung pelajarannya di Humanities Preparatory Academy, Chelsea, Manhattan. Di samping Liz menjadi seorang pelajar, dia juga menjadi seorang pekerja sambilan di New York Public Interest Group. Liz menjadi pelajar cemerlang dan dalam masa dua tahun dia berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma sekolah tinggi yang sepatutnya tempoh pengajian adalah empat tahun.
Kisah nie memang meruntun jiwa pada sesiapa yang menonton dan memang tak rugi menonton filem nie. Sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh Liz Murray nie patut menjadi contoh pada semua, iaitu jangan berputus asa dengan kehidupan ini, di mana ada kemahuan, di situ jugak ada jalan penyelesaiannya..
Inilah wajah Liz Murray yang sebenarnya dan kini dia menjadi seorang kaunselor, pengasas Manifest Living dan penceramah motivasi.
Assalamualaikum wbt...
Uuikk..? Betul ke tajuk entri tue... Awak pun mesti terkejut kan... Jom kita tengok apakah barangan rumah yang kita sendiri tak sangka mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri..
Penyegar udara (Air freshner) : Sebelum awak membeli atau menyembur air freshener rumah, sila periksa tarikh tamat tempoh pada penyegar udara awak dulu, sebahagian besar hanya mempunyai jangka hayat dua tahun.
Sabun Pencuci Pinggan : Yang nie awak perlu ambil perhatian, sabun pencuci pinggan awak sebenarnya hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja.
Pemadam api : Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan mencadangkan agar semua alat pemadam mendapatkan diuji dan / atau diganti setiap 5 hingga 12 tahun (bergantung kepada jenis alat pemadam) bagi memastikan ia beroperasi dengan betul dalam keadaan kecemasan.
Bahan pencuci pakaian ( Clothes detergent) : Bahan pencuci pakaian yang belum dibuka adalah berkeadaaan baik untuk sehingga satu tahun. Tetapi selepas awak membukanya, awak perlu menggunakannya dalam tempoh enam bulan.
Bantal : Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun, tetapi jika rasa bantal awak masih berkeadaan baik, awak boleh gunakannya sehingga 3 tahun.
Sabun bar : Sabun bar sebenarnya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun, walaupun sesetengah jenama hanya bertahan untuk 18 bulan.
Botol gel mandian : Gunakan botol gel mandian seelok-eloknya 3 kali sahaja.
Kasut : Kalau nak tahu, sebenarnya kasut kegemaran awak mempunyai jangka hayat kira-kira 12 bulan saja. Ini disebabkan selepas 12 bulan, bakteria mula membiak pada kasut kita.
Bra : Khas untuk wanita , ini amat penting! Awasi bra awak dan periksa sekiranya dawai pada bra sudah mulai keluar, gantikan ia dengan bra yang baru. Purata jangka hayat bra hanya bertahan selama 9 bulan sahaja.
Selipar : Siapa sangka, selipar juga mempunyai jangka hayat. Selipar yang sering kita gunakan sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 6 bulan saja.
Haa, camne..? Nanti cubalah check barangan dalam rumah awak, periksa samada hayatnya masih boleh digunakan ataupun sudah luput.. Mana-mana dah luput tue, masukkan dalam tong sampah yea.. Keselamatan diri kena jaga, kan..
Assalamualaikum wbt..
Baru-baru nie saya terbaca status sahabat saya kat fesbuk yang bertulis begini.. " Kesian my shuben kerana demam panas, cepat sembuh yea sayang,"..
Selalunya orang guna perkataan suami ataupun hubby ataupun habibi tapi perkataan shuben pulak keluar.. Mulanya saya ingatkan ianya perkataan yang baru, maklumlah orang Malaysia nie pandai mereka perkataan baru..
Tapi, saya terbaca pulak ada satu status yang memberi maksud perkataan shuben daripada kamus... So inilah maksudnya...
Jadi pada sahabat yang nak guna perkataan nie, diharapkan awak berhenti daripada menggunakannya..
Hari nie saya nak bercerita kosong jea... Penatnya badan nie, maklumlah usia makin meningkat.. Hihi apa bendalah saya bercerita nie kan... Kisah nie bermula pada dua minggu lepas, saya berpuasa dan bersahur di Sungkai, Perak untuk bertemu dengan suami dan keluarga mertua.. Mujur jugak saya tak memandu untuk ke sana sebaliknya saya menaiki bas ekspress, so takdelah rasa letih sangat.. Kemudian pada minggu lepas, saya balik ke Kuala Terengganu untuk berpuasa dan bersahur bersama-sama dengan keluarga tercinta.. Secara kebetulan, hubby tak dapat nak ikut balik ke sana kerana kekangan kerja.. So hanya saya dan adik bongsu saja yang balik ke sana..
Awak nak tau, saya punya perangai memang sebijik sama dengan ummie saya, perut akan menjadi senak dan tak selesa bila fikirkan perjalanan jauh, padahal bukan ke mana-mana pun, cuma balik kampung jea.. Mungkin perasaan tue hadir disebabkan saya memandu sendiri balik ke Terengganu dengan ditemani oleh adik bongsu...
Saya mengambil cuti rehat pada hari Jumaat lepas. Mulanya pada planning asal saya dan adik nak bergerak dari KL pada pukul 8 pagi tapi secara tiba-tiba saya berubah fikiran.. Ini kes senak perut punya pasal la, di samping ada perasaan berdebar-debar, macam nak ambik exam tue... huhuhu... Lepas berbuka pada hari Khamis malam, saya mengemas apa yang patut dan masuk tidur pada pukul 11 malam.. Tapi otak pulak taknak tidur sedangkan mata nie bagaikan ditahan dengan batang mancis.. Kejap-kejap saya tengok jam.. Lorr.. baru pukul 12.15 pagi.. Lepas tue.. lorr baru pukul 1.25 pagi.. Dan akhirnya pada pukul 2 pagi saya pun bangun dan terus mandi.. Niat di hati nak bergerak dari rumah untuk ke rumah adik bongsu di Wangsa Maju pada pukul 3 pagi tapi bila mata dah segar, saya pun bertolak ke sana pada pukul 2.30 pagi..
Sampai saja di rumah adik, kami bertukar kereta kerana adik keempat saya nak tumpang balik ke KL bersama-sama.. Dalam pukul 3.45 pagi kami pun bergerak balik ke Terengganu dan bersahur dalam kereta aje, mujur jugak saya dah beli roti dan air terlebih dulu dan adik bongsu membeli McD dekat area Gombak..
Kami sampai di Kuala Terengganu pada pukul 9 pagi dan dapat berehat secukupnya.. Ini kerana saya memandu sorang diri memandangkan adik bongsu tak sihat.. Kami berempat termasuk anak sedara balik ke KL pada hari Isnin jam 6.30 pagi.. Pada mulanya kami nak balik ke KL pada hari Ahad, tapi anak sedara saya Salsabila pulak demam, agaknya demam rindu nak tinggal tok ummie dan abah Wan dia la kot... hihi.. Nasib baik pada hari Isnin tue, jalan tak berapa sesak walaupun banyak kereta yang menghala ke KL.. Kami sampai di rumah masing-masing pada jam 12 tengahari dan sampai di Salak Tinggi pada pukul 1 tengahari.. Letihnya rasa badan nie hanya Allah saja yang tahu walaupun bertukar pemandu.. Saya sengaja meminta adik bongsu memandu kereta daripada rumah kami hingga ke hentian Gambang kerana nak membiasakan dirinya dengan perjalanan jauh... Kemudian saya mengambil alih untuk memandu kerana adik bongsu masih tak biasa lagi memandu di Highway Karak yang bengkang bengkok tue., pada sesiapa yang penah lalu highway tue tentu faham camne bahayanya jika kita memandu terlalu laju, kan...
Saya memang dah biasa memandu pada perjalanan yang jauh, tapi tue la, bila usia dah meningkat nie, rasa penat sangat... Tapi bila hubby ikut balik kampung di Kuala Terengganu, dia memang tak benarkan saya memandu kecuali jika dia benar-benar letih dan mengantuk.. Kalu menghala arah ke Sungkai pulak, saya memang memandu sorang diri saja..
Okeylah, dah panjang lebar luahan hati saya... Harap-harap minggu nie saya takde planning ke mana-mana sebab rindukan suasana rumah sendiri.. hihi..
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari yang ke-19 dan bermula minggu depan, kita perlu pertingkatkan ibadah demi mencari pahala pada bulan yang mulia nie...
Hari nie saya berbuka puasa di luar bersama dengan sahabat saya, Kak Ayu.. Sebenarnya dah lama kami planning nak berbuka di luar tapi disebabkan kekangan masa kami terpaksa berfikir banyak kali dan akhirnya kami dapat merealisasikan hasrat kami nie..
For the first time, kami berbuka di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan ternyata dataran nie sememangnya ramai orang yang berbuka kat situ... Memandangkan rumah saya berada nun jauh di sana, saya mengambil keputusan untuk stay back kat opis dan bersihkan diri di sana.. Kak Ayu pulak memang tinggal di Putrajaya jadi senang saya nak pick-up kak Ayu dan rumahnya berdekatan dengan Dataran Putrajaya..
Kami sampai di Dataran Putrajaya pada pukul 6.30 petang dan kami pun bentang tikar untuk berbuka puasa..
Dekat dataran tue ada pelbagai gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa dan pilihan kami berdua adalah hidangan nasi arab yang berharga RM9 sebekas.. Manakala air minuman pulak kami memilih air sarsapilla float dan jus mangga.. Selain tue, kami jugak beli buah-buahan sebagai pembuka hidangan...
Selesai berbuka, kami bersolat di Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.. Selesai bersolat kami pun pulang dan saya menghantar Kak Ayu ke rumahnya..
Satu hari nanti, saya akan bawak satu family untuk berbuka di sini sekali lagi kerana rasa seronok pulak bila berbuka beramai-ramai...
Kebelakangan
nie, dah ramai rakyat Malaysia mengalami stres atau tekanan perasaan.
Masalah pekerjaan, masalah rumahtangga, masalah percintaan, masalah
keluarga dan masalah antara rakan-rakan menjadi punca seseorang
mengalami tekanan perasaan, malah ada di antara mereka menamatkan
riwayat hidup mereka kerana terlalu tertekan.. Sebagai umat Islam,
kita ditegah malah berdosa besar untuk melakukan sedemikian tapi
kenapa masih ramai lagi yang melakukan sedemikian? Hanya Allah saja
yang mengetahui..
Ada
pelbagai cara untuk kita hindari stres nie dan hanya kita saja yang
dapat menyelesaikannya di samping mencari bantuan orang lain.. Selain
daripada meluahkan perasaan awak tue pada orang yang awak percayai,
antara cara mudah untuk hindari stres ini adalah...
Lakukan
rutin menyenangkan
Setiap
hari, awak pasti melakukan rutin yang awak sukai contohnya mandi air
suam sebelum tidur, mendengar muzik kegemaran atau menonton filem
kegemaran awak. Jadi, jika awak terasa stres, lakukan rutin yang
menyenangkan sehingga membuatkan hati dan fikiran awak lebih tenang.
Cari
udara segar
Keluarlah
pada waktu pagi untuk mendapatkan udara yang segar. Menikmati
pemandangan, suara burung, bau aroma pagi dan sinaran matahari waktu
pagi dapat meningkatkan hormon serotonin. Kajian yang dilakukan oleh
Washington State University
mendapati, meletakkan tanaman di meja pejabat dapat menurunkan
tekanan dan mengurangkan stres.
Jadikan
kaki dan tangan sibuk
Ada
kalanya fikiran awak takkan berhenti daripada memikirkan perkara yang
negatif. Untuk mengatasinya, alihkan fikiran awak dengan melakukan
aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, kaki atau bahagian badan
yang lain. Contohnya bergambar, naik dan turun tangga, memasak
makanan sihat dan sebagainya. Gerakan ini akan membuatkan fikiran
awak menjadi lebih tenang.
Bayangkan
tempat tenang
Bayangkan satu tempat yang membuatkan awak berasa tenang. Contohnya pemandangan laut yang biru, pergunungan, taman bunga dan sebagainya. Tutup mata awak, fokuskan pada pernafasan dan bayangkan tempat tersebut. Lakukan beberapa minit setiap hari. Penelitian dari University Of California, Los Angeles mendapati bahawa badan akan megeluarkan lebih sedikit hormon stres (kortisol) ketika otak membayangkan tempat yang indah dan menenangkan.
Mandi
Mandi air yang hangat dengan menuangkan beberapa titis minyak aromaterapi atau lilin wangi di dalam tab mandi boleh menenangkan fikiran dan badan. Pilihlah haruman lavender atau melati kerana ia berkhasiat dan mengurangkan stres.
Senaman
Senaman atau aktiviti fizikal dapat meningkatkan hormon endorphin sehingga membuatkan perasaan awak lebih baik. Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu awak menjadi lebih tenang serta fokus. Pilih senaman yang awak suka dan carilah masa yang agak lapang daripada rutin kerja awak.
Bersyukur
Penelitian dari National Institutes Of Health mendapati bahawa seseorang yang menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti di hypothalamus. Hypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi tingkat stres. Awak boleh meluahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucapkan terima kasih kepada Allah, keluarga dan teman.
Makan pisang
Zat-zat yang terkandung dalam pisang meningkatkan pengeluaran hormon serotonin (kekurangan hormon ini akan membuatkan seseorang cepat marah dan lebih emosional). Bersarapan dengan sebiji pisang akan meningkatkan fungsi penghadapan dan pembuluh darah, sekaligus melindungi badan kita daripada stres.
Itulah cara mudah untuk hindari stres, tapi kita sebagai orang Islam, kita perlu berpegang teguh pada keimanan dan ketaqwaan untuk hindari stres.. Caranya jika kita berasa kepala berserabut, cuba ambik air wuduk dan solatlah dua rakaat, dan di situlah kita mengadu pada Allah, Insha Allah hati kita akan menjadi tenang semula.. Ataupun kita boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mengubati stres dan paling tidak, kita mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di laptop ke telefon ke.. Betul tak..?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons