Assalamualaikum
wbt..
Selamat pagi suma.. Jika
kita mengimbas sejarah buku, rupa-rupanya banyak info yang perlu kita
tahu.. Dalam cabaran dalam bidang penerbitan yang terpaksa bekerja
keras untuk bersaing dengan bacaan online, masih ada lipatan sejarah
dalam penerbitan buku yang boleh kita banggakan... Awak nak tahu...?
Buku
paling mahal di dunia
Menurut
sebuah majalah perniagaan Amerika, Forbes melaporkan bahawa Bill
Gates memiliki buku termahal yang pernah dijual. Pada tahun 1994,
Gates sanggup membayar sebanyak $30.8 juta hanya untuk sebuah buku
Leonardo da Vinci's Codex Leicester.
Wow, bukan calang-calang jumlahnya kan...! Manuskrip tulisan tangan
yang asal itu disusun antara tahun 1506 sehingga tahun 1510 oleh
artis dan pakar dalam pelbagai bidang Renaissance. Menariknya tentang
kodeks (manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat
bersalut lilin) ini, ia mengandungi lakaran, nota dan idea yang mana
kesemuanya ditulis secara dari kanan ke kiri atau tulisan cermin.
Buku
paling besar
Untuk
buku yang terbesar di dunia ini, sebenarnya ia bukanlah sebuah buku
dalam erti kata konvensional tetapi ia merupakan batu bersurat.
Fizikalnya adalah terdiri daripada lebih 700 tablet marmar ( yang
mana masing-masing lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki
lebar). Apabila batu bersurat ini dibina pada tahun 1860, penulisan
tablet ini dipenuhi dengan dakwat emas dan dihiasi dengan batu
permata. Malangnya, apabila British menyerang dalam tahun 1880-an,
tentera telah merompak dakwat dan permata.
Betapa
kecilnya buku itu sehingga ia perlu dibaca dengan hanya menggunakan
mikroskop elektron. Buku kecil itu, Teeny Ted from Turnip
Town telah ditulis oleh Malcolm
Douglas Chaplin dan dicetak
menggunakan hablur silikon asli oleh abangnya, Robert. Buku
yang mengandungi 30 muka surat itu berukuran 70 mikrometer per 100
mikrometer. Kalau hendak tahu betapa kecilnya buku itu, saiznya
dikatakan menyamai dengan sehelai rambut manusia.
Buku
paling panjang di dunia
Selepas
membuat perhitungan, buku yang paling panjang pernah diterbitkan
dikatakan Atarmene or Cyrus the Great,
iaitu sebuah novel romantis abad ke-17 dihasilkan oleh Madeleine
de Scudery. Penjilidan 10 buku
ini merangkumi 10,000 muka surat dan 2.1 juta patah perkataan yang
digunakan.
“The
Complete Miss Marple” telah
diiktiraf sebagai buku paling tebal yang memiliki 4,032 muka surat.
Ia terhasil daripada gabungan koleksi 12 buah novel dan 20 buah
cerpen oleh Agathe Christie. Buku
seberat 8.02 kilogram ini hampir menyamai berat seekor anjing. Ia
terdiri daripada 252 pecahan seksyen 16 muka surat dan tulang
belakangnya dijahit dengan tangan. Jika ada yang ingin mencuba
membaca keseluruhan buku ini, mereka perlu menghabiskan selama 134
jam dengan kadar kelajuan 30 muka surat sejam.
Buku pertama dicetak
“The
Whole Books Of Psalmes Faithfully Translated Into English Metre”
ataupun lebih dikenali sebagai "Psalm Book” merupakan
buku pertama yang telah dicetak di Amerika Syarikat. Pada abad ke-17,
sebanyak 1,700 salinan telah dicetak tetapi hanya 11 salinan saja
yang diketahui wujud. Pada tahun 2013, buku ini juga diiktiraf
sebagai buku paling mahal dijual lelong selepas ia berjaya dibeli
pada harga $12,165,000.00.
Info manarik..
ReplyDeletewow
ReplyDeleteMenarik.
ReplyDeleteHuissss dasyat.. Thumb up utk shikin sbb terfikir nk up entry ni..
ReplyDeleteJenuh nk baca buku plg kecik tu shikin. Boleh bertambah rabun di buatnya. Hehe
ReplyDeleteBuku Agathe Christie - The Complete Miss Marple tu menarik.. Macam nak cari je.. hehehe
ReplyDeletePerghhh! 30.8 juta untuk satu buku!! Sangat mahal!! Gilalah. pasti buku itu mengandungi isi yang sangat padat sampai sanggup bayar mahal begitu.
ReplyDelete