Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari yang ke-19 dan bermula minggu depan, kita perlu pertingkatkan ibadah demi mencari pahala pada bulan yang mulia nie...
Hari nie saya berbuka puasa di luar bersama dengan sahabat saya, Kak Ayu.. Sebenarnya dah lama kami planning nak berbuka di luar tapi disebabkan kekangan masa kami terpaksa berfikir banyak kali dan akhirnya kami dapat merealisasikan hasrat kami nie..
For the first time, kami berbuka di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan ternyata dataran nie sememangnya ramai orang yang berbuka kat situ... Memandangkan rumah saya berada nun jauh di sana, saya mengambil keputusan untuk stay back kat opis dan bersihkan diri di sana.. Kak Ayu pulak memang tinggal di Putrajaya jadi senang saya nak pick-up kak Ayu dan rumahnya berdekatan dengan Dataran Putrajaya..
Kami sampai di Dataran Putrajaya pada pukul 6.30 petang dan kami pun bentang tikar untuk berbuka puasa..
Dekat dataran tue ada pelbagai gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa dan pilihan kami berdua adalah hidangan nasi arab yang berharga RM9 sebekas.. Manakala air minuman pulak kami memilih air sarsapilla float dan jus mangga.. Selain tue, kami jugak beli buah-buahan sebagai pembuka hidangan...
Selesai berbuka, kami bersolat di Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.. Selesai bersolat kami pun pulang dan saya menghantar Kak Ayu ke rumahnya..
Satu hari nanti, saya akan bawak satu family untuk berbuka di sini sekali lagi kerana rasa seronok pulak bila berbuka beramai-ramai...
Wahh meriah jugak ye kat dataran ni... Ramai orang...
ReplyDeleteBilalah mama berpeluang nak makan kt dataran. Seronok Kan sambil tengok matahari terbenam
ReplyDeleteSelamat berpuasa akak =)
ReplyDeleteBest pula nengok shikin berbuka di padang.. Nie kalau sha yang pergi memang jenuh mengejar Imani lah jawabnya..
ReplyDeleteSama la sha.. ritu bwk qhaliff padan dok kejoo dia jerk.. huhuhu tapi seronok la tgk dia dpt lari sana sini..
Deletebesttt, nampak meriah 😄
ReplyDelete