Review : Homeless To Harvard - The Liz Murray Story (2003)

Friday, June 16, 2017

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya filem nie ditayangkan pada tahun 2003 di Amerika Syarikat dan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2004. Mungkin ada di antara awak yang belum menontonnya dan saya nak review pasal filem nie..

Image result for homeless to harvard


Filem yang bertajuk Homeless To Harvard - The Liz Murray Story adalah kisah benar yang berlaku di Amerika.. 

Liz Murray  adalah anak kedua daripada dua orang adik beradik dan dia mempunyai seorang kakak yang bernama Lisa Murray.. Ibu (Jean Murray) dan bapa ( Peter Finnerty) Liz merupakan penagih dadah yang tegar. Bapa Liz disahkan mempunyai AIDS tapi mempunyai pemikiran yang genius kerana dia selalu menonton rancangan JeopardySelain daripda menjadi seorang penagih dadah, ibu Liz juga adalah merupakan seorang pesakit Skizofrenia... 
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Satu hari Jean mengamuk kerana Liz dan Lisa tidak memberi dia wang untuk membeli dadah. Peter cuba untuk menenangkannya tapi gagal hingga memaksa Lisa menghubungi pihak berkuasa. Jean ditangkap dan diletakkan di dalam wad psikiatri dan kedua beradik nie tinggal bersama bapanya. Setelah dua tahun dirawat, Jean telah pun pulih seperti sediakala tapi disahkan menghidap AIDS akibat perkongsian jarum semasa dia mengambil dadah dulu. Jean berasa kecewa dan dia mula minum alkohol. Keluarga ini terpaksa keluar daripada apartment kerana tak mampu bayar sewa.. Liz, Lisa dan Jean berpindah ke rumah Pops iaitu ayah kepada Jean manakala Peter menjadi seorang gelandangan. 

Kemudian Liz mendapat tahu yang Pops bukanlah seorang datuk yang baik, Pops sebenarnya telah melakukan jenayah gangguan seksual pada ibu dan mak saudaranya menyebabkan Liz melarikan diri daripada rumah. Di usia 15 tahun, Liz menjadi seorang gelandangan bersama-sama rakan sekolahnya yang bernama Chris. 


Image result for homeless to harvard movie

Satu hari Liz mendapat berita yang ibunya meninggal dunia. Di Amerika pada masa tue, sesiapa yang meninggal akibat AIDS, mereka tak dibenarkan untuk menulis nama pada batu nisan ataupun dengan kehadiran paderi. Liz dan kakaknya berasa kecewa dengan situasi itu tapi mereka tak dapat berbuat apa-apa. Chris yang merupakan rakan Liz kemudian telah menulis nama ibu Liz pada keranda tersebut. 

Setelah kematian Jean, Liz mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh dan dia menyambung pelajarannya di Humanities Preparatory Academy, Chelsea, Manhattan. Di samping Liz menjadi seorang pelajar, dia juga menjadi seorang pekerja sambilan di New York Public Interest Group. Liz menjadi pelajar cemerlang dan dalam masa dua tahun dia berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma sekolah tinggi yang sepatutnya tempoh pengajian adalah empat tahun.


Image result for homeless to harvard movie

Satu hari, rakan sekerja Liz memberitahu yang New York Times  mengadakan peraduan esei dan hadiah yang ditawarkan adalah sebuah biasiswa pelajaran. Semasa dia masih lagi menjadi seorang gelandangan, Liz menjadi salah sorang pemenang peraduan esei dan dia ditemuduga untuk mendapatkan biasiswa daripada New York Times untuk membolehkan dia masuk ke Universiti Harvard. Akhirnya di usia 19 tahun dengan masih berstatus seorang gelandangan, dia berjaya masuk ke Universiti Harvard dengan berbekalkan biasiswa tersebut. 

Kisah nie memang meruntun jiwa pada sesiapa yang menonton dan memang tak rugi menonton filem nie. Sikap dan sifat yang ditunjukkan oleh Liz Murray nie patut menjadi contoh pada semua, iaitu jangan berputus asa dengan kehidupan ini, di mana ada kemahuan, di situ jugak ada jalan penyelesaiannya.. 


Image result for homeless to harvard movie

Inilah wajah Liz Murray yang sebenarnya dan kini dia menjadi seorang kaunselor, pengasas Manifest Living dan penceramah motivasi. 


6 comments

  1. Wow very inspiring. Kena tgk cite ni

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat... Walau macam mana teruk pun keadaan kita kena sentiasa berusaha..

    ReplyDelete
  3. SANGAT2 bermotivasi jalan cerita mcm ni aptah lagi bila dia adpatasi dr situasi sebenar.

    ReplyDelete
  4. Alamak bestla cite ni.. nak kene cari jugak la.. Jalan cerita menarik..

    ReplyDelete
  5. kena tengok ni sebab kisah benar 👍👍👍

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧