Assalamualaikum wbt..
Setiap orang yang mempunyai masalah mesti akan rasa buntu untuk mencari penyelesaian terutama bagi masalah besar. Bila fikiran dah berserabut, emosi dan daya pemikiran kita akan terjejas dan meningkatkan risiko mengalami kemurungan akibat perasaan sedih yang berpanjangan.
Awak tau tak menurut kajian, nisbah rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kemurungan adalah 1 : 10 iaitu dalam sepuluh orang nie, ada seorang yang akan mengalami masalah kesihatan mental manakala dekat dalam dunia nie pulak seramai 450 juta manusia berdepan dengan masalah yang sama.. Ramai yang mengganggap kemurungan bukan satu penyakit tapi jika ianya tak ditangani dengan baik, keadaan seseorang tue boleh menjadi serius.. Ada yang sanggup bertindak agresif dengan cuba membunuh diri akibat terlalu tertekan dan perbuatan nie memang jelas diharamkan oleh agama.
Memang tak dinafikan dalam kehidupan kita memang akan ada masalah yang timbul tapi kita perlu tangani dengan baik dan sentiasa berfikiran positif, masalah akan dapat diselesaikan.. Saya nak kongsi dengan awak 11 panduan hidup tanpa kemurungan dan diharapkan ianya dapat membantu awak suma untuk menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan...Anggap saja masalah yang awak alami ini adalah untuk menjadikan kita matang dalam kehidupan..
Minta bantuan
Awak jangan berasa malu untuk mendapatkan bantuan bagi menangani situasi dalam kehidupan. Takde siapa pun yang dapat menjangka untuk menghadapi beban hidup yang sukar. Mencari bantuan daripada pasangan hidup, rakan sekerja atau keluarga dapat melegakan sikit bebanan emosi kita.
Bersenam
Senaman adalah salah satu cara yang sempurna untuk kalahkan lamunan. Senaman nie bukan saja dapat membantu membina bentuk tubuh yang baik, tapi ianya juga dapat meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan. Bersenam juga membantu badan kita merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang boleh menstabilkan perasaan serta memendamkan kemurungan.
Diet seimbang
Pengambilan diet seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat akan membantu dalam pengawalan emosi. Diet yang seimbang bukan saja mengekalkan kesihatan fizikal tapi ianya dapat memulihkan perasaan kecewa.
Bercakap dengan psikiatri
Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengatasi kemurungan adalah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi nie akan membantu awak untuk mendapatkan punca kemurungan dan membantu mengurangkan masalah. Jangan kita menganggap berjumpa dengan psikiatri nie hanya untuk orang-orang gila saja dan bukan orang normal seperti kita, buang anggapan negatif tue..
Memelihara haiwan
Sebenarnya kalau kita bela haiwan nie, ia ada perhubungan yang unik dengan tuannya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kesan kemurungan, berbanding dengan mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini akan membantu kita menghindari perasaan negatif.
Tidur
Tidur malam yang berkualiti adalah satu keperluan untuk kembali kepada positif. Penyelidikan menunjukkan bahawa tidur selama 7 sehingga 8 jam setiap malam menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding mereka yang kurang tidur. Tidur jugak membantu mengurangkan beban emosi dan ianya akan memulihkan kita daripada kemurungan.
Mendengar muzik
Apabila tertekan, mendengar muzik boleh menjadi rangsangan yang cepat untuk fikiran yang tertekan. Muzik mempunyai keupayaan untuk mengubah pasangan, meningkatkan semangat dan emosi. Tapi, awak kena elak dari mendengar lagu-lagu berusurkan kesedihan kerana ianya boleh memberi kesan negatif ke atas emosi awak.
Membaca buku motivasi
Ramai pengarang terkenal telah menulis buku tentang panduan bagaimana untuk berfikir secara positif. Buku-buku seperti ini dapat membantu memberi nasihat yang mudah bagaimana seseorang itu boleh menangani kemurungan mereka. Ia juga akan memberikan motivasi yang diperlukan dalam mengharungi kekecewaan.
Jadi positif
Mengekalkan pandangan yang positif dalam kehidupan adalah cara terbaik untuk menyimpang kepada pemikiran yang negatif. Apabila minda kita menjadi negatif, kita perlu menyalurkan pemikiran itu ke arah yang positif, kita pasti dapat merungkai kesan kemurungan.
Sinaran matahari
Kehangatan sinar mentari terutama di waktu pagi amat sesuai dalam menghindari fikiran negatif. Vitamin D oleh sumber cahaya matahari dapat membantu kita dalam mengukuhkan perasaan. Apabila kita berasa sugul, pergilah keluar untuk mendapatkan sinar mentari bagi mendapatkan emosi yang lebih baik.
Air wuduk dapat melegakan perasaan
Sebenarnya banyak manfaat bila kita mengambil air wuduk nie.. Selain daripada mengurangkan perasaan marah membara dalam hati, air wuduk jugak dapat melegakan perasaan sedih kita. Bila anggota badan kita dibasahi dengan air wuduk secara tak langsung, perasaan negatif akan luntur dari dalam diri kita dan solatlah untuk mengadu pada Allah..
Assalamualaikum wbt..
Nak dijadikan citer, hari Selasa minggu lepas, saya dapat panggilan daripada TM Company dan diberi tawaran untuk menukar pelan line telefon ke Webemobile.. Setelah sembang begitu lama, dan mengambil kira-kira campur calculator suma, saya akhirnya bersetuju nak tukar pelan daripada Celcom ke Webe..
Mulanya officer tue offer untuk bagi nombor yang lain tapi disebabkan saya berasa amat sayangkan nombor lama jadi saya dibenarkan untuk buat penukaran nombor ataupun switch to network.. Kemudian officer tue cakap, saya akan mendapat sim kad yang baru dalam minggu tue jugak... Kemudian pada hari Jumaat dalam minggu yang sama, saya mendapat call daripada seorang perempuan, katanya nak hantar sim kad dan memerlukan saya untuk tunjukkan IC bagi pengesahan sim kad.. Saya pun cakaplah yang saya tengah bekerja dan akan balik ke rumah pada waktu petang.. Ooo lupa, saya bagi alamat rumah untuk penghantaran tapi saya ingatkan ianya macam pos biasa jea, dan sebab tue saya bagi alamat rumah.. Tak sangka pulak mereka COD sim kad tue.. Saya cakaplah kat akak tue yang saya ada di rumah pada pagi Sabtu.. Then dia pun cakap, okey nanti dia akan call lagi untuk penghantaran...
So pada hari Sabtu lepas, saya pun mendapat parcel daripada rider dan setelah saya membuat pengesahan IC, satu sms masuk menyatakan adakah saya bersetuju untuk switch network, lepas tue saya pun tekan yes..
Nak dipendekkan citer, sekarang nie saya pakai line Webemobile sekarang.. Hihi.. Awak tau ke apa tue Webemobile..?
Webemobile nie adalah satu rangkaian talian telefon mudah alih yang dimajukan oleh syarikat TM Company.. Yang bestnya adalah, penggunaan internet adalah unlimited tau, tapi jika awak nak share guna hotspot, 10GB akan diberikan pada awak.. Ianya takde kontrak tau.. Dan satu lagi bonus, panggilan PERCUMA untuk semua local call dan SMS untuk semua rangkaian.. Inilah salah satu sebab saya tukar pelan nie... Untuk keterangan lanjut awak boleh layari web nie..
So, goodbye Celcom and welcome Webe..
Assalamualaikum wbt..
Hari nie rasa happy sangat sebab bulan nie ada tiga orang meraikan hari lahir.. Orang yang pertama meraikan hari lahir ialah Aina Salsabila Binti Azhari yang dilahirkan pada 15 Julai 2016 yang lalu... Yang kedua adalah Wan Ahmad Nashiruddin Bin Wan Ahmad Khairul Na'im yang dilahirkan pada 22 Julai 2016.. Dua orang anak sedara yang dilahirkan dalam bulan Syawal tahun lepas, double bonus untuk keluarga kami.. Ummie Nur doakan kedua-dua anakanda dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia, semoga anakanda berdua membesar dan menjadi seorang anak yang soleh dan solehah...
Aina Salsabila Binti Azhari |
Wan Ahmad Nashiruddin Bin Wan Ahmad Khairul Na'im |
Kemudian last but not least hari nie mama Aina Salsabila pula meraikan hari lahirnya.. Selamat hari lahir buat adik Kak Nur yang disayangi, Wan Rifah Nadzirah Binti Razali.. Kak Nur doakan agar adik dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia, semoga Allah merahmati kehidupan adik sekeluarga dan semoga apa yang didoakan Insha Allah akan dimakbulkan.. Semoga adik menjadi seorang guru yang disayangi oleh anak muridnya dan berbaktilah demi anak bangsa kita.. Jangan garang sangat tau ustazah, hihi..! Love you all.. muahhh 😘😘😘
Wan Rifah Nadzirah Binti Razali |
Assalamualaikum wbt..
Umumnya kita tahu ujian kesihatan amat penting bagi kita semua, baik wanita mahupun lelaki. Usia yang semakin bertambah akan membuatkan fizikal tubuh kita turut berubah dan kalau tak dijaga dengan baik, kesihatan kita akan merosot.
Bagi kaum lelaki terutama untuk yang berumur 30 tahun ke atas, ada beberapa risiko kesihatan yang perlu diperhatikan dan mungkin akan membahayakan kesihatan awak seperti kanser prostat, masalah otot, penyakit jantung testosteron menurun dan perut buncit. Bagi memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik, pemeriksaan kesihatan nie amat penting supaya awak dapat mengesan penyakit di peringkat awal lagi. Antara ujian kesihatan yang perlu awak buat adalah :
1. Ujian tahap kolestrol
Kolestrol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah. Maklumat tentang tahap kolestrol ini dapat membantu awak dalam usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risikonya. Paras LDL (low density lipoprotein) yang tinggi boleh mengundang kepada risiko penyakit jantung. Lakukan ujian ini seawal umur 20 tahun dengan kekerapan 2.5 tahun sekali (jika paras normal). Jika tak normal, ujian ini perlu berulang setiap 6 bulan atau atas arahan doktor.
2. Tekanan darah
Pemeriksaan ini amat penting bagi mengelakkan penyakit seperti angin ahmar dan jantung koronari. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan dalam jangka masa panjang, ia membahayakan. Walaupun pemeriksaan ini tak mengira peringkat umur, tetapi ia perlu bermula dari remaja lagi dengan kekerapan setahun sekali ataupun mengikut atas arahan doktor.
3. Pemeriksaan darah
Jika keputusan dalam pemeriksaan ini menunjukkan tahap yang tinggi, awak disarankan menjalani ujian 'glucose tolerance test' untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Jika awak mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, awak perlu menjalani ujian darah ini lebih awal.
4. Ujian untuk osteoporosis
Sebenarnya, lelaki juga berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan osteoporosis terutama selepas umur 50 tahun. Apabila umur semakin meningkat, bahan mineral dalam badan seperti kalsium akan berkurangan. Selain itu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis juga boleh dialami oleh sesiapa yang mengambil ubat 'corticosteroid' atau mereka yang pernah mengalami tulang patah harus menjalani ujian ini lebih awal.
5. Pemeriksaan colonoscopy
Kanser kolorektal adalah kanser yang melibatkan usus besar dan usus bawah (rectum) jika tak dirawat daripada awal. Ujian ini melibatkan tiub yang mempunyai kamera dimasukkan dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan sebarang ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan.
6. Ujian mata
Pemeriksaan mata secara berkala boleh mengesan masalah buta atau glaucoma. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan 1-3 tahun sekali, Bagi awak yang mengalami diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.
7. Pemeriksaan alat kelamin
Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. 90% dari pesakit ini boleh disembuhkan, jika dikesan lebih awal. Awak juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri dengan merasai benjolan, kawasan yang keras atau pembesaran alat kelamin. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.
8. Ujian kanser prostat
Pemeriksaan darah yang dikenali sebagai ujian 'Prostate Specific Antigen' (PSA), biasanya perlu mendapat nasihat doktor dan ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun. Tetapi, pemeriksaan ini perlu diawalkan 5 tahun, jika ada keluarga ataupun saudara mara yang mengalami kanser ini.
Jadi, berjumpalah dengan doktor untuk memastikan kesihatan kita dalam keadaan yang baik. Jangan takut tau..!
Assalamualaikum wbt..
Okey, selalu kita baca artikel mengenai sikap wanita, kan.. Hari nie saya nak kongsi dengan awak mengenai sikap lelaki melalui bentuk wajah... Betul atau tak itu hanya kebetulan saja, boleh baca tapi jangan percaya seratus peratus tau...
Dan kalu ada readers lelaki yang baca entri nie, jangan ambik hati tau, sebab ini hanya bacaan ringan saja, baca boleh tapi jangan percaya seratus peratus..
Wajah berbentuk bulat
Lelaki yang mempunyai wajah berbentuk bulat memiliki keperibadian emosional, sensitif tapi amat sukakan perhatian. Lelaki yang memiliki bentuk wajah ini boleh dikatakan amat selesa dalam menjalinkan hubungan cinta serta amat stabil dalam jangka masa yang panjang.
Wajah berbentuk oval
Bagi lelaki yang memiliki wajah berbentuk oval nie sikap mereka selalunya lebih praktikal, lebih sistematik dan dia merupakan seorang lelaki yang suka bekerja keras.
Wajah berbentuk kotak atau segi empat
Untuk lelaki yang berwajah berbentuk kotak atau segi empat pulak, dia mungkin cenderung untuk menjadi agresif, bercita-cita tinggi, bersifat dominan dan berfikiran tajam. Mereka suka menganalisa dan juga merupakan seorang yang kritis dalam pemikiran.
Wajah berbentuk bujur atau segi tiga
Bentuk wajah nie biasanya dimiliki oleh mereka yang bertubuh kurus yang cenderung untuk memiliki kuasa pujukan. Mereka menunjukkan peribadi yang kreatif serta sensitif.
Hmm, awak rasa mana satu agaknya sifat awak atau pasangan awak nie yea..?
Assalamualaikum wbt..
Orang kata usia hanyalah angka dan ianya bukanlah penentu kematangan seseorang, betul tak..? Ada yang berusia muda tapi mempunyai sifat dan sikap yang matang, ada jugak usianya boleh dikatakan dewasa tapi belum matang secukupnya..
Amboii, falsafah pulak saya nie.. hihi.. Sebenarnya saya tertarik satu artikel majalah yang menceritakan tentang kematangan seseorang dan salah satunya adalah kematangan seseorang dalam bercinta.. Sebab saya nak kongsikan perkongsian nie kerana baru-baru nie saya terlihat satu video yang saya pun tak ingat tengok kat mana, sama ada kat fesbuk ataupun youtube, ada seorang budak perempuan yang saya anggarkan usianya lingkungan 18 tahun camtu.. Dalam video tue dia tujukan kepada bekas boyfriend dia, menangis teresak-esak sambil bertanya kepada lelaki ini, kenapa tinggalkan dia..? Selepas tue, budak perempuan nie menuangkan syampu rambut ke dalam mulutnya seolah-olah macam nak bunuh diri.. Tapi of course la memang syampu tue takkan bunuh dia, cuma hairan jugak di hati, sebab utama kenapa perlu menangis dengan orang yang belum disahkan dengan kita seratus peratus.. Dari video tue, saya boleh nampak ketidakmatangan budak perempuan nie, okey..Emosional tue emosional tapi memang nampak ketidakmatangan..
Okey, nasihat saya sebelum nak kongsi tips nie pada awak, kalau awak ditinggalkan oleh pasangan, mula-mula tue memang susah nak lupakan seseorang tapi, kita perlu teruskan kehidupan dan apa yang terjadi tue, segala-galanya telah ditakdirkan.. Ada sebab kenapa Allah putuskan hubungan kita dengan seseorang, dan apa yang perlu kita buat, nilai diri kita dan teruskan kehidupan.. Tak perlu nak upload video untuk dedikasikan pada orang yang tinggalkan kita sebab mungkin dia pun teruskan kehidupan setelah perpisahan berlaku..
Hmm, Shikin nie, mana tips nya..? Adoiii.. hihi okey.. Nie adalah tips pada awak supaya menjadi matang dalam percintaan..
Bergaul dengan orang dewasa
Bergaullah dengan mereka yang berada di sekeliling awak daripada peringkat usia yang berbeza. Mesti ada perkara baik yang boleh kita teladani. Paling penting, awak perlu menjadi pendengar yang baik. Dengan cara ini, awak akan menilai kehidupan ini dengan lebih bijak.
Tingkatkan ilmu dunia dan kerohanian
Ilmu pengetahuan adalah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian sama penting dan perlu di titikberatkan. Menonton rancangan berilmiah ataupun dokumentasi di televisyen ataupun membaca buku bercirikan motivasi membuatkan awak lebih memahami kehidupan ini dan ianya juga dapat mempengaruhi hubungan cinta awak.
Baca akhbar
Luangkan sikit masa untuk membaca akhbar dengan mengikuti perkembangan semasa tapi jangan lupa untuk baca ruangan sisipan dan perkongsian mengenai kekeluargaan, perhubungan, keagamaan dan lain-lain. Daripada situ, awak boleh mengambil kira dengan nasihat yang diberikan daripada perkongsian itu.
Ubah gaya penulisan
Gaya penulisan di laman sosial, aplikasi Whatsapp atau sms perlu diubah. Jangan menggunakan ayat singkatan yang keterlaluan sehingga sukar untuk difahami ataupun lebih dikenali sebagai ayat makhluk asing. Selain tue, elakkan juga bertanyakan soalan clichè seperti 'awak sudah makan?, Makan apa?' Zaman 'cinta monyet' dah berlalu untuk awak, jadi tiba masanya untuk awak menjadi matang dalam menilai dan memahami erti cinta.
Belajar daripada pengalaman
Pengalaman itu akan mematangkan seseorang dan setiap daripada kita semua akan melalui pengalaman yang berbeza. Ambil masa untuk bermuhasabah diri dan imbas kembali kesilapan diri sendiri daripada kegagalan cinta sebelum ini. Elakkan ulangi kesilapan tersebut dan perbaiki diri.
Usah terlalu asyik bercinta
Awak perlu ingat pada diri, bukan hanya awak seorang saja yang dilamun cinta dalam dunia nie. Nak bercinta tue boleh tapi jangan abaikan tanggungjawab sebagai contoh terhadap pekerjaan ataupun terhadap keluarga seperti menolong mak dan ayah serta adik beradik.
Jadi, awak perlu menjadi matang dalam perhubungan cinta, dan percayalah apa yang berlaku pada diri awak ada hikmahnya yang tersirat..
Assalamualaikum wbt..
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.. Buang yang keruh ambil yang jernih.. Beru teguh peribadi.." Itulah antara bait-bait lirik lagu P.Ramlee mengenai perhubungan suami isteri.. Suami isteri sememangnya tak dapat lari daripada melakukan kesalahan dalam perhubungan, ada masanya diri kita dikuasai emosi sehingga kita melukakan hati dan perasaan pasangan kita..
Keadaan yang tegang nie jika tak ditangani dengan baik mungkin akan memudaratkan dalam perhubungan mungkin juga akan menjadi penyebab perpisahan.. Jadi dalam hal sebegini, sama ada suami atau isteri harus buat sesuatu untuk memperbaiki masalah dan salah satunya adalah pujuk pasangan awak.. Antara cara terbaik adalah :
Nilai diri dan cari penyebab
Ada baiknya kita menilai kembali diri sendiri dan pasangan. Cari punca masalah yang menyebabkan hubungan tak harmoni. Jangan kita biarkan emosi dan ego menguasai diri lebih lama.
Tunjukkan kekesalan
Tindakan ini akan membuatkan pasangan kembali mempercayai kita setelah berlaku kejadian yang membuat hubungan kita menjadi renggang. Cara permohonan maaf dengan perasaan tulus dan ikhlas akan memungkinkan pasangan akan membuka pintu hati dan bersedia memperbaiki hubungan.
Ubah sikap
Keretakan hubungan mungkin disebabkan oleh sikap kita atau pasangan yang terlalu mendomimasi hubungan. Apabila ini terjadi, sebaiknya ubahlah sikap yang tak memberikan rasa selesa kepada pasangan kerana ianya meberi kebaikan dan keutuhan perhubungan kita dan pasangan kita.
Memberi perhatian dan memahami
Ada baiknya kita memperbaiki hubungan yang sedang bermasalah dengan mula memberikan perhatian yang mungkin selama ini kita abaikan. Jadilah orang yang memahami dan bukannya mejadi seorang yang mencemburui pasangan tanpa alasan ataupun selalu menuduh perkara yang belum tentu kesahihannya...
Berjanjilah tidak akan mengulangi
Meminta maaf dan menyakinkan pasangan yang kita takkan mengulangi kesalahan yang sama adalah KUNCI untuk mendapat kepercayaannya lagi. Sesukar manapun kita melakukannya, kalau kita mampu membuktikan bahawa kita mampu berubah, maka pasangan akan kembali seperti biasa.
Kawal emosi
Bukannya mudah untuk mengendalikan emosi ketika marah. Namun, demi kebaikan bersama kita harus belajar sabar dan mengawal amarah agar tidak menjejaskan hubungan.
Assalamualaikum wbt.. Good morning sunshine..! Awak dah sarapan ke? Pagi nie saya tak bersarapan sebab dalam pukul 8.45 pagi nanti kat opis ada perhimpunan bulanan JBPM dan kebiasaannya memang disediakan makanan.. Nanti saya citer pasal suasana hari raya, sebab saya tak berapa sihat sangat minggu nie, dengan demam dan batuk, maklumlah antibodi dalam badan tak kuat, senang dapat sakit dan dalam masa yang sama senang sembuh...
Okey, walaupun saya tak berapa sihat, saya masih lagi ber blogwalking blog awak tapi hanya menjadi silent reader saja.. Dan masa tengah ber blogwalking, ada bunyi 'bip' pada telefon menandakan ada emel baru.. Dan bila dibuka... Jeng..Jeng..Jeng...
Ada dua emel yang menggembirakan.. Emel pertama..
😍 Alhamdulillah.. Saya menjadi salah sorang pemenang untuk segmen bloglist Sii Nurul..
Terima kasih Sis Nurul kerana memilih saya sebagai salah sorang pemenang dan tahniah pada rakan-rakan yang lain... Jom kita singgah kat blog Sii Nurul yang comel nie yang merupakan seorang graduan Child And Family Psychology.. Sii Nurul, saya pinjam header blog awak yea..
Okey, emel kedua pulak adalah...
Pada mulanya, saya menyangka sis Dilah hanya bagitau keputusan segmen telah dikeluarkan.. Tapi bila baca ayat terakhir tue yang saya menjadi salah sorang pemenang, saya jadi konfius.. So saya bukak link yang sis Dilah sertakan..
Mulanya, saya tak berapa faham apa yang dimaksudkan kerana nama saya takde pun dalam senarai, tapi bila baca lebih detail dan temui sesuatu yang menggembirakan..
Alhamdulillah, saya tak sangka adanya hadiah misteri, tapi apapun saya nak ucapkan terima kasih pada sis Dilah kerana memilih saya sebagai pemenang dan tahniah pada rakan-rakan yang tersenarai dalam bloglist beliau.. Jom kita terjah blog sis a.k.a. Ibu Dilah nie.. (Pinjam header awak, deh..hihi)
Alhamdulillah, terima kasih suma...
Assalamualaikum wbt... Selamat pagi awak..! Saya rasa gembira sangat sebab pagi nie ada majlis hari raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat JBPM dan ianya majlis yang ditunggu oleh kami semua..
Sebabnya majlis nie kesemua ibu pejabat JBPM negeri di seluruh Malaysia turut terlibat dan di majlis inilah kami kenal dengan hidangan hari raya negeri-negeri seluruh Malaysia.. Antara yang dinanti hidangannya adalah of course daging kambing bakar, ikan patin masak tempoyak, asam pedas Melaka, nasi dagang Terengganu dan macam-macam lagi... Nanti saya upload gambar suasana hari raya ini nanti... Okey..
Lorr, lari tajuk.. Hihi.. Okey, saya jugak rasa happy kerana jurnal saya nie mempunyai follower yang ke-600.. Wahhh... Alhamdulillah...
Dan bagi menghargai follower yang ke-600 nie, saya nak ucapkan tahniah pada ....
Tahniah pada sis Nurul Lee a.k.a. Eeiou kerana menjadi orang yang bertuah untuk menerima hadiah misteri.. So pada Eeeiou, sila whatsapp pada saya (019-9884032) mengenai detail awak seperti nama, alamat penuh dan nombor telefon untuk penebusan hadiah..
Hadiah nie diberikan kerana untuk menghargai kawan-kawan yang menyokong penulisan saya di jurnal nie dan terima kasih kerana sudi baca walaupun ada kalanya saya merapu-rapu,... hihi..
Tahniah..
Assalamualaikum wbt..
Memang seronok kan kalu kita dapat menjelajah di seluruh dunia apatah lagi dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan jugak dapat mengenali sejarah sesuatu bangunan ataupun sesuatu tempat..
Tapi awak tau tak, ada 15 buah tempat yang manusia sama sekali DILARANG KERAS dan TAK DIBENARKAN MASUK dalam kawasan ini dan ada pulak sesetengah kawasan, hanya orang-orang yang terpilih saja dapat masuk.. So, apakah tempat-tempat yang dimaksudkan..?
☝
So, awak rasa ada ke manusia yang sanggup pergi ke kawasan nie.? Even saintis pun berfikir banyak kali untuk ke sini..
☝
Inilah yang dinamakan secret recipe.. Bukan calang-calang orang boleh masuk dalam kawasan Coca-Cola nie..
☝
Yang nie pun saya rasa hanya sesetengah ahli arkeologi saja yang dapat masuk dan mengkaji termpat nie..
☝
Tempat yang paling berahsia di atas muka bumi nie, ada bermacam maklumat tersimpan di sini...
☝
Kawasan nie, boleh dikatakan langsung tak boleh dilalui walaupun dengan menggunakan drone sebab kawasan nie dikategorikan kawasan rahsia untuk negara Australia..
☝
Kawasan nie hanya ahli berdaftar saja dapat masuk dalam kawasan nie dan yang paling utama syaratnya WANITA TAK DIBENARKAN MASUK.. Hmm dunia akhir zaman..
☝
Bilik kebal nie menempatkan 10,000 contoh biji benih dengan 300 jenis spesis tumbuhan yang berada dalam bumi nie.. Hanya orang tertentu jea tau yang boleh masuk dalam bilik kebal nie.. Ianya dibina untuk persedian musim kemarau yang berpanjangan dan dilanda kepupusan..
☝
Kawasan nie adalah kawasan tentera US dan memang dikawal rapi oleh tentera hinggakan keluarga anggota pun tak dibenarkan masuk ke kawasan nie..
☝
Kawasan nie dikatakan mempunyai 3 billion muka surat tentang sejarah keluarga Amerika dan hanya sesetengah orang saja dibenarkan masuk..
☝
Jika perpustakaan biasa kita dapat keluar masuk dengan bebas tetapi rerpustakaan nie saya rasa perpustakaan yang paling berahsia dalam dunia kerana hanya orang tertentu saja dapat akses masuk ke dalam perpustakaan..
☝
Korea Utara adalah negara yang boleh dikatakan negara yang berahsia, salah satu tempatnya adalah di kawasan ini...
☝
Kawasan Area 51 adalah satu lagi kawasan ketenteraan US dan tak ramai yang dapat akses penuh untuk masuk ke dalam kawasan nie...
☝
Kawasan di Rusia nie dikatakan mempunyai maklumat ketenteraan dan maklumat tentang peluru berpandu nuklear.. Jadi memang rahsia betul nie, kan...
☝
Disney Club 33 nie adalah sebuah kelab yang paling mahal dan eksklusif dalam dunia nie, yuran tahunannya saja USD27,000 untuk menjadi ahli, belum lagi yuran yang lain.. So memang tak ramai la yang sanggup masuk dalam kelab nie, jika tak minat siri Disney...
☝
Tempat nie hanya orang atasan dari Google saja yang dapat akses ke kawasan nie, awak tengok tue siapakah yang berkawal di pusat data nie.. Kang tak pasal-pasal awak kena libas dengan light saber.. hihi
Inilah kawasan yang boleh dikatakan tempat yang manusia tak boleh masuk....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons