Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma...Sarapan apa pada pagi nie..? Bila sebut pasal sarapan nie, saya nak berkongsi sikit tentang pemakanan nie.. Informasi nie saya dapat dari sebuah majalah kesihatan yang dikongsikan oleh seorang perunding kecantikan..
Awak tau tak ada 10 makanan yang merosakkan kulit kita dan yang ianya sungguh memeranjatkan kerana ada antaranya adalah makanan yang kita suka makan.. So, nak tahu apakah makanan yang boleh merosakkan kulit kita.. Jom...
1) Rice cakes ( Biskut beras)
Biskut ini diperbuat daripada nasi yang mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat meninggikan paras gula di dalam darah dan mempercepatkan proses penuaan kulit. Badan kita akan metabolisme kan karbohidrat ringkas ini menjadi gula yang mempercepatkan degradasi kolagen dan elastin pada kulit.
2) Gula-gula
Gula-gula mengandungi gula yang telah diproses yang boleh menyebabkan jerawat. Gula juga mempercepatkan degradasi kolagen dan elastin pada kulit.
3) Bijirin sarapan
Bijirin sarapan terdiri daripada 'highly refined' dan kebanyakkannya ditambah dengan gula.
4) Susu
Susu, walaupun telah dipasturkanm masih mengandungi 'growth hormone' (hormon pertumbuhan) dan 'growth factor' (faktor pertumbuhan) yang masih aktif sifat biologinya. Susu meninggikan hormon insulin di dalam darah yang mengakibatkan keradangan dan menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan.
5) Kerepek
Makanan seperti kerepek mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi. Ini mengakibatkan keradangan yang boleh merosakkan DNA sel dan mengakibatkan proses pengoksidaan yang merosakkan kolagen. Apabila kolagen rosak, kulit akan mula berkedut dan melalui proses penuaan. Makanan seperti ini merupakan penyebab utama terjadinya jerawat di luar usia remaja.
6) Smoothies
Minuman smoothies yang dibeli di kedai mengandungi banyak gula yang tersembunyi kerana smoothies biasanya perlu ditambah dengan yogurt mahupun aiskrim.
7) Agave
Agave ataupun pengganti gula mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi. Fruktos akan ditukar menjadi lemak di dalam hati. Fruktosa juga boleh merosakkan kolagen dalam badan.
8) Jus dan soda
Buah-buahan yang dijadikan jus telah dipisahkan serat daripada gulanya iaitu fruktosa. Serat buah melambatkan prsoes penghadaman supaya paras gula dalam badan tidak naik secara mendadak. Walaupun tidak ditambah dengan gula, meminum jus seolah-olah kita meminum air gula. Oleh itu, adalah lebih baik memakan buah daripada meminum jusnya.
9) Makanan segera
Makanan segera mempunyai indeks glisemik dan lemak tepu yang tinggi. Ini menyebabkan kulit menjadi berminyak dan berjerawat.
10) Marjerin
Marjerin mengandungi lemak trans yang boleh mengurangkan hidrasi kulit. Lebih banyak lemak trans yang dimakan, lebih cepat proses kedutan berlaku pada kulit.
Jadi, inilah 10 senarai makanan yang boleh merosakkan kulit.. Awak dah check ke makanan yang disukai..?
Kena take note ni.. byk juga yg mama makan ni
ReplyDeleteLahh saya ingat susu tu bagus utk kulit.. Alaa banyak tersasar ni.. Number 1 pun dah terkena dah sbb tu fav kunyah2 masa lapang, haha.
ReplyDeleteAdui kerepek tu favourite kinah. Banyak tak boleh makan ni
ReplyDeleteHahah kebanyakan semua kite sukaaaaaaa.. patut la kulet x brp nk cantekk.. haha!!
ReplyDelete